Scroll to top

Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang

No comments

Skrin laptop memainkan peranan yang sangat penting untuk sesebuah laptop, oleh kerana denga nadanya skrin, anda boleh menggunakan laptop anda di mana-mana sahaja. Bila skrin laptop rosak ataupun rosak, boleh dikatakan laptop tak boleh digunakan lagi. Jangan risau, kami di Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang ada menyediakan servis penukaran skrin dengan kos yang berpatutan dan siap on the spot.

 

 

Antara salah satu faktor yang menjadi punca skrin pecah ataupun rosak adalah terjatuh. Namun begitu, masih ada beberapa punca lain yang boleh menyebabkan skrin laptop rosak. Dan kerosakan pada skrin bukanlah sesuatu yang boleh dibaiki. Apa yang anda boleh buat adalah dengan skrin yang rosak adalah dengan menukarkan kepada skrin yang baru. Jangan risau, kami di Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang – FR Laptop Service menyediakan servis untuk tukar skrin kepada yang baru.

 

Di Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang – FR Laptop Service, para staf akan berkongsikan punca-punca masalah kepada setiap pelanggan agar lebih berhati-hati dalam mengendalikan laptop dan mengelakkan daripada masalah skrin laptop ini berlaku lagi.

 

Antara kerosakan yang popular untuk skrin laptop adalah seperti

 

  • Skrin retak atau pecah
  • Ada ‘Dead pixel’ (titik-titik hitam) pada skrin
  • Ada warna putih pada skrin
  • Terdapat garisan-garisan pada skrin
  • Tiada backlight pada skrin
  • Tiada display sama sekali

 

 

Ketahui masalah yang berkaitan dengan skrin laptop

Seperti yang telah dimaklumkan tadi, terdapat 6 (enam) masalah skrin utama yang sering berlaku pada para pengguna laptop seperti anda iaitu:

  1. Skrin retak atau pecah

Skrin yang retak dan pecah semestinya berpunca daripada kemalangan yang berkaitan dengan fizikal seperti terjatuh dari tempat yang agak tinggi, terpijak secara tidak sengaja, terhempas dari genggaman, terjatuh dari bagpack, tertumbuk dan lain-lain lagi yang agak ganas kerana semua sudah tahu yang laptop ini amat sensitif dan perlu di kendalikan dengan lemah lembut.

 

Ada juga sesetengah kes mengatakan yang skrin laptop mereka retak kerana masalah overheat (panas melampau). Walau bagaimanapun, tidak semua masalah yang retak itu disebabkan oleh overheat.

 

  1. Ada dead pixel atau Skrin tompok-tompok

Jika laptop terjatuh, terhempas dan terpijak, sekiranya skrin tidak menjadi retak atau pecah, skrin terbabit mungkin akan menunjukkan tanda yang lain seperti gambar di atas. Keadaan skrin seperti ini di beri nama ‘dead pixel’ ataupun dalam bahasa melayunya keluar tompok-tompok pada skrin.

 

Antara sebab lain yang boleh mengakibatkan masalah dead pixel atau tompok-tompok pada skrin ini adalah di sebabkan tekanan. Sebagai contoh, anda letakkan di dalam beg sandang yang padat dengan buku-buku, kemudian anda letakkan pula bag sandang yang ada buku dan laptop kesayangan anda itu di dalam bonet kereta. Setelah itu, anda pandu kereta tersebut dengan kelajuan yang agak tinggi sehingga tidak nampak bonggol di depan, terus redahhhh jer.

 

Alamatnya, bila sampai ke destinasi dan hidupkan laptop anda itu terus muncul dead pixel di skrin. Situasi ini boleh di katakan di sebabkan tekanan dan hentakan yang agak kuat pada laptop terbabit walaupun hakikatnya laptop terbabit sama sekali tidak jatuh dari mana-mana tempat yang agak tinggi.

 

  1. Ada warna putih pada skrin

Warna putih pada skrin di kenali juga sebagai ‘white screen of death’ dan masalah ini selalunya berkait rapat dengan LCD skrin laptop anda. Terdapat beberapa keadaan warna putih pada skrin ini seperti warna putih keseluruhan pada skrin atau mungkin hanya separuh saja. Hakikatnya warna putih sebegini memang sangat menganggu dan memberi masalah untuk menggunakan laptop terbabit.

 

Masalah skrin putih ini perlu di periksa dan diketahui puncanya dengan segera supaya masalah laptop anda tidak menjadi semakin serius. Jika bernasib baik, anda tidak perlu mengeluarkan kos belanja yang terlalu banyak kerana tindakan yang cepat akan boleh menjadi penyelamat supaya poket anda tidak menjadi terlalu rabak.

 

  1. Terdapat garisan-garisan pada skrin

Jika tiba-tiba muncul sebarang garisan di skrin tidak kisahlah samaada garis-garis menegak atau mendatar, anda harus segera dapatkan khidmat membaiki dan menukar skrin ini dengan segera. Jangan sengaja dibiarkan kerana garisan itu tidak akan boleh hilang dengan sendirinya bahkan ia akan menjadi semakin banyak dan teruk jika dibiarkan dalam masa yang lebih lama.

 

Apa yang penting, skrin bergaris ini tidak akan hilang dengan sendirinya sebaliknya anda perlu buat pemeriksaan terlebih dahulu bagi memastikan apakah masalah yang sedang dihidapinya kerana ia berkaitan dengan dua perkara iaitu samada software atau hardware.  Setelah segala pemeriksaan di buat dan tetapi masih juga tiada perubahan, maka barulah boleh dianggap yang skrin anda benar-benar telah rosak dan perlu di tukar dengan skrin yang baru.

 

 

  1. Tiada backlight pada skrin.

Semuanya ada dan terpapar seperti biasa tetapi masalahnya tidak ada cahaya sebagai latarbelakang dan ia semestinya akan menyukarkan pengguna seperti anda untuk membacanya. Salah satu punca berlakunya perkara ini mungkin di sebabkan backlight lamp problem atau inverte. Kerana itu, sebelum mengambil kesimpulan bahawa skrin tersebut rosak sepenuhnya, anda perlu terlebih dahulu memeriksa keadaan bulp samada ianya pecah ataupun tidak. Jika benar ianya disebabkan masalah bulp yang pecah maka selamatlah wang anda dari terpaksa menukar skrin yang baru.

 

Sebab itu, adalah amat penting untuk anda merujuk kepada pihak yang jujur dan amanah seperti FR Laptop Servis untuk memeriksa dan memberitahu apakah masalah yang tepat dan benar mengenai kerosakan laptop anda.

 

 

  1. Tiada display pada skrin atau Black Screen

Tiada display atau sebarang paparan pada skrin selepas dihidupkan semestinya akan membuatkan anda boleh menitiskan airmata dan gelabah. Apa yang perlu di buat? Kenapa tiba-tiba gelap gelita? Makin stress jika perkara ini berlaku ketika sedang menyiapkan kertas kerja atau main permainan komputer.

 

Apakah punca masalah laptop no display?

  • Skrin rosak (screen problem)
  • Ribbon skrin putus/tercabut/rosak
  • BIOS bermasalah
  • RAM bermasalah
  • Motherboard

 

Untuk memastikan samada laptop anda itu benar-benar telah rosak adalah dengan memeriksa pada lampu LED monitor ketika anda memulakan PC. Pastikan sama ada ianya hidup atau warna lampunya berubah. Periksa juga samada suis pada plug laptop tersebut telah benar-benar dipasang dan dihidupkan. Jika masih tidak berfungsi, anda boleh mencuba dengan soket yang lain. Sekiranya masih lagi gagal untuk dihidupkan, anda boleh pula cuba menukarkan kabel plug monitor tersebut. Namun jika semua langkah terbabit gagal, sudah semestinya skrin laptop anda bermasalah dan rosak, maka suka ataupun tidak anda perlulah gantikan laptop anda itu dengan skrin yang baru.

 

Keistimewaan Servis Ke Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang – FR Laptop Service

Masalah skrin ini sememangnya amat menganggu proses kerja. Tidak mengapa, anda masih boleh menyelesaikan masalah ini dengan bantuan kepakaran daripada pihak FR Laptop Service ini. Untuk masalah warna putih, garisan pada skrin dan tiada display, pihak anda boleh memastikannya terlebih dahulu dengan menggunakan monitor tetapi jika mahu cara lebih mudah anda boleh terus melangkah ke premis FR Laptop Service untuk diagnose.

 

Jangan risau kerana pihak FR Laptop Service amat menekankan unsur jujur di dalam perniagaan. Mereka akan memeriksa terlebih dahulu samada skrin laptop anda itu masih boleh di baiki ataupun tidak. Jika boleh di baiki, maka mereka akan usulkan supaya di baiki saja tetapi jika benar sudah tidak berfungsi barulah mereka akan usulkan supaya penukaran skrin daripaya yang lama kepada yang baru dilakukan.

 

Pihak FR Laptop Service ada menyediakan skrin untuk laptop daripada saiz 10.1 inci sehingga 15.5 inci dan pihak mereka juga ada menyediakan khidmat untuk menukar skrin sentuh pada laptop. Walaupun nampak rumit namun anda tidak perlu menunggu lama, kerana masalah skrin anda boleh diselesaikan secara face to face, bergantung atas jenis skrin pada laptop anda.

 

 

Selain daripada membaiki masalah pada skrin laptop, pihak FR Laptop Service turut mempunyai kepakaran lain berkaitan masalah laptop ini. Maka, anda juga boleh memimta pihak mereka untuk melakukan pemeriksaan menyeluruh. Selepas pemeriksaan menyeluruh dilakukan, pihak FR akan menerangkan apa yang sepatutnya dan bergantung kepada anda samada ingin di baiki atau tidak. Jika masih belum mahu di baiki, tidak akan ada caj tambahan yang akan dikenakan kerana hakikatnya pemeriksaan laptop pihak FR itu adalah PERCUMA!

 

Maka, jika laptop anda itu lembap, banyak virus yang perlu di buang dan mungkin mahu lakukan format supaya laptop menjadi ringan seperti baru maka anda boleh dapatkan khidmat tersebut juga. Pihak FR Laptop Service ada pelbagai jenis pilihan Windows yang boleh anda pilih dari Windows 7 sehinggalah Windows 10. Jangan risau kerana harga yang dikenakan adalah sangat murah dan berbaloi.

 

Pelanggan Puas Hati Menjadi Keutamaan!

 

Jom Repair Skrin Laptop Murah di Ampang – FR Laptop Service!

Kedai FR Laptop Service terletak berdekatan dengan MRR2 dan sudah semestinya ia akan memudahkan anda untuk ke premis mereka. Pihak FR Laptop Service di buka dari jam 9 pagi sehingga 9 malam maka anda punya masa yang cukup untuk membawa terus laptop anda kepada mereka untuk diperiksa dan dibaiki.

Bagi anda yang tinggal di sekitar kawasan Lembah Klang tetapi sangat sibuk dengan urusan kerja seharian sehingga agak sukar untuk ke sana ke mari, maka anda boleh menelefon secara terus kepada pihak FR Laptop Service dan meminta pihak mereka untuk datang pickup laptop terbabit secara terus dari tangan anda.

Ini kerana pihak FR Laptop Service turut ada menyediakan khidmat runner bagi membantu memudahkan urusan anda. Selain daripada pickup, runner ini juga akan menghantar laptop anda itu setelah siap di baiki sepenuhnya mengikut tempoh masa yang telah dimaklumlah kepada anda sebelum itu.

 

 

Hubungi Kedai Repair Skrin Laptop Murah di Ampang – FR Laptop Service Sekarang!!!

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

Post a Comment