Scroll to top

Nak Jual Komputer? Ini Yang Anda Perlu Lakukan Dulu

No comments


Mungkin anda dah beli laptop ataupun desktop yang baru, dan anda ingin jualkan yang lama, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda menjualnya.

Jika anda hanya menjual komputer lama anda tanpa hard disk, ia merupakan salah satu langkah yang bijak. Ini kerana, pada hard disk tersebut, terdapat pelbagai data yang boleh diambil dan ia juga mungkin dapat menjejaskan kita sebagai pemilik asal.


Langkah-langkah sebelum jual komputer

1. Backup fail-fail anda
Apa sahaja data yang penting untuk anda, backup, simpan pada cloud ataupun pada external hard disk atau kedua-duanya sekali. Sekurang-kurangnya, data anda masih selamat dan anda boleh dapatkannnya bila-bila masa sahaja.

2. Download driver untuk komputer
Sekurang-kurangnya download driver wifi untuk Windows 7, andai kata lepas format, driver wifi tak detect secara automatik, anda boleh installkan secara manual. Mana kalah untuk Windows 8.1 dan Windows 10, anda tak perlu risau, ia akan detect driver secara automatik.

3. Format laptop anda
Delete semua partition dan buat semula partition baru, dan install semula Windows pada komputer anda.

Jika anda mempunyai data sensitif, anda boleh gunakan software untuk wipe semua data anda.

Post a Comment