Scroll to top

PERBEZAAN ANTARA VERSI-VERSI WINDOWS 10

No comments


Windows 10 agak popular sekarang, dan kebanyakan laptop yang baru hadir dengan Windows 10. Windows 10 mempunyai peningkatan dari segi interface, tetapi, untuk sesetengah komputer ia masih lagi belum cukup stabil, dan ia juga boleh dikatakan agak berat untuk komputer dengan spesifikasi yang rendah.

Windows 10 juga hadir dalam beberapa variasi seperti Windows 10 Single Language, Windows 10 Home, Windows 10 Pro, dan Windows 10 S.

Windows 10 Single Language

Windows 10 Single Language adalah versi yang biasanya hadir pada laptop-laptop baru. Hanya mempunyai satu bahasa, dan agak limited pada fungsinya.

Windows 10 Home

Windows 10 Home ini merupakan Windows 10 pada versi asas. Ia khusus untuk pengguna dirumah. Seperti pada Windows 8.1 Basic, ia tidak mempunyai perlindungan yang lebih ketat. Tapi Windows Defender masih lagi ada.

Windows 10 Pro

Untuk versi Pro ia mempunyai penambahan pada Windows Information Protection, Bitlocker untuk menambahkan perlindungan pada komputer anda. Versi Pro juga mempunyai banyak kelebihan untuk Business Management.

Windows 10 S

Merupakan Windows 10 pada versi paling ringan dan dikhususkan untuk tablet, yang memudahkan penggunaan dan tanpa memakan ruang yang besar pada storage. Oleh kerana biasanya laptop yang menggunakan Windows 10 S, hanya mempunyai storage sebesar 32GB atau 64GB.

Post a Comment