Scroll to top

Kenapa Desktop Lebih Baik Berbanding Laptop?

No comments


Pada suatu masa, mungkin anda rasa keliru sama ada untuk beli laptop gaming ataupun desktop untuk bermain game. Mungkin laptop lebih sesuai atas faktor mudah alih, dan ringan, dan desktop pula adalah sebaliknya.

Tetapi kami mempunyai 10 sebab kenapa desktop lebih baik berbanding laptop.



Sebab-sebab kenapa desktop lebih baik

1. Prestasi
Tak dinafikan lagi, desktop akan perform dengan lebih baik jika dibandingkan dengan laptop meskipun ia menggunakan komponen yang sama.


2. Kos
Untuk mendapatkan performance yang lebih baik pada laptop, anda perlu habiskan sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Dan boleh dikatakan tak berbaloi untuk anda habiskan duit macam tu sahaja.


3. Masalah overheat
Desktop dengan sistem penyejukan yang cukup agak susah untuk overheat. Manakala jika laptop digunakan untuk bermain game, ia akan menjadi lebih panas dengan cepat.


4. Saiz
Kalau laptop mempunyai kelebihan saiz untuk mudah alih, tetapi untuk desktop pula, anda boleh menggunakan pelbagai jenis saiz untuk komponen desktop anda.


5. Grafik
Grafik atau GPU digunakan untuk memberikan paparan pada komputer anda, dan ia juga bertanggungjawab untuk menjadikan game anda seronok untuk dimainkan. GPU merupakan salah satu komponen yang cepat panas, dan oleh kerana desktop mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik, jadi ia lebih efisien pada desktop berbanding laptop.


6. Processor
Untuk bermain game, bukan hanya grafik yang diperlukan, tetapi processor yang sesuai turut diperlukan. Dan pada desktop ia juga mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik, dan boleh kekalkan suhu yang rendah, berbanding laptop.


7. FPS
Prestasi game bergantung pada spesifikasi laptop dan desktop kita. Dengan bajet yang rendah, desktop boleh menandingi dan boleh mendapatkan FPS yang tinggi, menjadikan game lebih smooth dan seronok untuk dimainkan berbanding pada laptop.


8. Kebolehan untuk upgrade
Laptop hanya boleh diupgrade pada SSD, dan juga RAM. Andai kata ada komponen yang rosak, anda perlu hantar kekedai untuk repair. Jika desktop, anda boleh tanggalkan komponen yang rosak, dan gantikan terus dengan yang baru.


9. Bateri
Bateri merupakan salah satu sebab utama laptop lbih baik, tetapi untuk bermain game, lebih digalkkan anda menggunakan charger sahaja. Jika anda bermain sambil charging, ia akan memudaratkan bateri laptop anda.


10. Gaming Experience
Paling seronok ketika bermain game adalah diserap masuk ke dunia game, dan skrin pada laptop kebiasannya tidak memuaskan dan tidak cukup untuk menjadikan kita beradaa didalam dunia game.

Post a Comment