Tips Menarik Windows 10

 

tips menarik windows 10

Tips menarik Windows 10 adalah mengejutkan. Perubahan Windows dari generasi sebelumnya, Windows 7 dan Windows 8, adalah lebih ketara dan menjadikan Windows 10 ini lebih menarik berbanding versi yang lama.

Windows 10 kini dilengkapi dengan pelbagai fitur yang boleh diubah dan menjadikan penggunaan Windows jauh lebih efisien dan menarik.

Jadi kami di FR Laptop Services ingin menerangkan tips menarik Windows 10 yang boleh diubah dan menjadikan user experience jauh lebih baik.

 

7 CIRI-CIRI MENARIK WINDOWS 10

1. Dark Mode

 

Tips menarik Windows 10 yang pertama sekali adalah dark mode.

Dark mode ataupun dark theme merupakan satu tema warna yang menjadikan paparan lebih gelap, dan mengurangkan rasa sakit pada mata jika digunakan untuk tempoh masa yang lama.

Microsoft telah menurutkan sekali Dark Mode pada Windows 10 sejak Anniversary Update.

Jika anda ingin menggunakan Dark Mode, ianya sangat mudah, anda ikut langkah ini:

  1. Right-click pada desktop
  2. Pergi ke Colors
  3. Pada bahagian Choose your color, tukar ke Dark.

tips menarik windows 10

 

 

2. Command Prompt Yang Sudah Dikemaskini

Tips menarik Windows 10 yang kedua pula adalah command prompt yang telah diupdate dan ditambahkan fitur yang baru.

Salah satu fitur yang paling berguna adalah keboleh untuk copy dan juga paste, menggunakan hotkey yang sama, Ctrl + C untuk copy dan Ctrl + V untuk Paste.

Cara untuk mengaktifkan fitur ini adalah dengan:

  1. Buka Command Prompt
  2. Right click pada Title
  3. Pilih Properties
  4. Dan enablekan Enable Ctrl key shortcuts

tips menarik windows 10

 

 

 

3. Tukar Audio Devices

Tips menarik Windows 10 yang ketiga pula adalah kebolehan untuk menukar speaker.

Kini, pada Window 10, anda tidak perlu lagi untuk masuk ke Control Panel untuk menukar hardware untuk audio output, anda hanya perlu tekan ikon Volume pada taskbar dan tukar speaker anda pada bahagian atas laras audio.

tips menarik windows 10

 

 

 

4. Tutup Quick Access View

Tips menarik Windows 10 yang keempat adalah menutup Quick Access View.

Jika anda buka File Explorer, ia telah disetkan untuk Quick Access View yang menunjukkan fail yang paling kerap diakses dan fail yang baru anda buka atau lihat.

Caranya mudah sahaja:

  1. Buka File Explorer
  2. Tekan File
  3. Buka Change folder and search options
  4. Tukar Open File Explorer to This PC (My Computer)
  5. Dan klik OK

tips menarik windows 10

 

 

 

5. Tetapkan Masa Untuk Update

Tips menarik Windows 10 yang kelima pula adalah menetapkan bila Windows 10 akan update.

Jika anda mempunyai update yang masih lagi belum selesai, dan memerlukan masa untuk update Windows, Windows 10 ada fitur untuk membolehkan anda menjadualkan masa tertentu untuk Windows anda berbuat demikian.

Caranya begini:

  1. Tekan Start
  2. Buka Settings
  3. Pilih Update & Security
  4. Scroll ke bawah dan tekan Change active hours
  5. Kemudian anda tetapkan bila Windows anda boleh menyelesaikan update

tips menarik windows 10

 

 

 

6. Guna Tablet Mode

Tips menarik Windows 10 yang keenam pula adalah kebolehan untuk mengubah ke tablet mode.

Seperti Windows 8, Windows 10 juga sesuai untuk digunakan untuk laptop dengan skrin sentuh. Dan anda boleh dapatkan paparan yang sama menjadikan penggunaan Windows jauh lebih mudah tanpa perlu menggunakan keyboard dan juga mouse.

Cara untuk enablekan tablet mode:

  1. Tekan Notifications Center
  2. Tekan butang Tablet mode

tips menarik windows 10

 

 

 

7. Buang Fail Yang Tak Diperlukan

Tips menarik Windows 10 yang ketujuh pula adalah dengan menggunakan Disk Cleanup anda boleh uang fail yang tak lagi diperlukan pada Windows anda.

Disk Cleanup ini boleh buang Temp Files, fail yang anda download, dan banyak lagi. Temp files kebiasaannya akan cepat penuh jika anda kerap membuka fail RAR tanpa extract terlebih dahulu.

Caranya mudah sahaja:

  1. Buka This PC
  2. Right click pada partition yang mengandungi Windows
  3. Pilih Properties
  4. Tekan Disk Cleanup

tips menarik windows 10

 

 

 

Dan itulah 7 tips menarik Windows 10 yang saya ingin kongsikan dengan anda semua, jika anda ras artikel ini menarik, sila kongsikan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga untuk manfaat semua.

Yang baik-baik kita kongsi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *