Scroll to top

Tips Lajukan Laptop Kesayangan Anda

No comments

 

tips lajukan laptop

Tips lajukan laptop kesayangan anda adalah mudah sahaja sebenarnya, dan anda tak lagi perlu menggunakan laptop dalam keadaan yang lembab dan bermasalah. Sebab kita sebagai pengguna laptop yang kita mahukan adalah, laptop kita cukup laju untuk kita siapkan kerja dan kemudian berseronok dengan movie atau game dan sebagainya.

Jadi kami di FR Laptop Services menginginkan semua pengguna laptop dapat merasai kelajuan pada laptop. Kerana saya faham, kalau laptop slow, sakit kepala boleh muncul, stress pun muncul last sekali migraine pun ada sekali.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya mengikuti beberapa tips lajukan laptop kesayangan anda ini, dan inshaAllah, kelajuan laptop anda akan meningkat secara drastik, bergantung dengan tips yang anda lakukan. Tapi, tips yang terakhir tu memang gerenti laptop anda akan jadi laju berdesup, bak kata pelanggan kami.

Hari ni saya akan berikan beberapa tips lajukan laptop kesayangan anda. Harap anda boleh terus baca sehingga ke penghujungnya.

 

7 Tips Lajukan Laptop Anda

1. Disk Cleanup

Tips lajukan laptop yang pertama adalah buat disk cleanup pada laptop.

Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.

Langkah-langkah untuk buat disk clean up:

Windows 7

  1. Buka start menu
  2. Pilih programs
  3. Pilih accessories
  4. System tools
  5. Dalam system tool
  6. Pilih Disk Cleanup utility.

Windows 8 & 10

  1. Tekan Windows key + R
  2. Taip cleanmgr dan tekan enter.

tips lajukan laptop

2. Defragmentation

Tips lajukan laptop yang kedua adalah buat defragment pada laptop anda.

Defragment adalah baik dan berkait dengan system fail dalam hard disk. Pergerakan read/write hard disk di kawasan-kawasan yang berlainan pada disk semasa mengakses fail yang fragment adalah lambat berbanding dari mengakses fail yang tiada masalah fragmentation.

Langkah-langkah untuk buat disk defragmentation:

Windows 7

  1. Buka start menu
  2. pilih programs
  3. pilih accessories
  4. system tools
  5. dalam system tool
  6. pilih disk defragmenter.

tips lajukan laptop

3. Check for Malware & Viruses

Tips lajukan laptop yang ketiga adalah scan malware dan virus pada laptop kesayangan anda.

Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keseluruhan hard disk laptop.

Jika ia mengesan apa-apa jenis virus atau malware, terus remove atau delete untuk buang malware dan virus pada laptop kesayangan anda.

Download perisian AntiVirus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian AntiVirus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.

Jangan lupa muat turun perisian CCleaner, boleh check error pada registry pada laptop anda.

4. Check Power Setting

Tips lajukan laptop kesayangan anda yang keempat adalah mengubah power settings pada laptop.

Power setting pada Windows 7 dan ke atas jauh lebih baik berbanding sebelumnya kerana ia mempunyai kelebihan untuk menetapkan waktu untuk laptop anda Sleep dan Wake Up, dan tak lupa juga anda boleh menetapkan berapa banyak tenaga yang laptop anda gunakan.

Processor pada masa kini mempunyai kelebihan untuk melajukan atau memperlahankan performance bergantung atas setting yang anda telah tetapkan. Tetapi, jika anda tersilap tetapan, laptop anda mungkin akan beroperasi lebih perlahan daripada yang anda harapkan.

  1. Right click pada ikon bateri di taskbar
  2. Pilih power options

5. Add More Memory

Tips lajukan laptop yang kelima adalah upgrade atau tambah RAM pada laptop anda. Jika jumlah RAM laptop anda terlalu rendah, laptop anda akan menghadapi kesukaran untuk bermultitasking.

Kegunaan RAM adalah untuk menyimpan data sementara software yang anda sedang buka dan juga tugasan yang sedang anda lakukan.

Semakin besar kapasiti RAM laptop anda, semakin banyak aplikasi yang anda boleh buka dan gunakan dalam satu masa sekaligus mempercepatkan lagi masa pemprosesan laptop kesayangan anda.

tips lajukan laptop

6. Format New Windows 7/8/10

Tips lajukan laptop yang keenam pula adalah format semula laptop kesayangan anda dan masukkan semula Windows yang baru.

Windows yang bermasalah juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi perlahan dan kebiasaannya format boleh menyelesaikan laptop lembab ini. Sebelum anda format laptop kesayangan anda, anda perlu pastikan kesemua data yang penting pada laptop anda telah pun dibackup. Bukan apa, takut jika anda terformat sekali data-data penting anda.

7. Upgrade SSD

Dan tips lajukan laptop yang terakhir adalah upgrade hard disk laptop anda ke SSD.

SSD atau Solid State Drive adalah alternatif kepada media storan tradisional iaitu hard disk, dan kelajuannya hingga sepuluh kali ganda. Meskipun SSD ini hadir dengan saiz yang lebih kecil, namun kelajuan yang diberikan cukup memuaskan.

Jangan risau soal hard disk anda, anda boleh menggunakannya pada laptop dengan menggantikan CD-Rom dengan hard disk caddy.

tips lajukan laptop

 

Dan itulah 7 tips lajukan laptop kesayangan anda, dan harap anda dapat manfaatkan apa yang anda telah baca hari ini.

Jika anda seronok dengan artikel kami ini, boleh SHARE dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

Post a Comment