Bungie dan Activision dalam bekerjasama dengan Blizzard, sedang memberikan Destiny 2 untuk PC secara percuma, tetapi dalam tempoh yang terhad, dalam sambutan ulangtahun yang pertama pada game tersebut.
Destiny 2 boleh didapatkan bermula semalam sehingga 18 November 2018, dan jika anda berminat, anda boleh dapatkannya sekarang!
Macam Mana Nak Claim?
Apa yang anda perlu ada adalah akaun Battle.Net yang boleh dibuat secara percuma, dan jika anda mempunyai akaun tersebut sebelum 2 November, anda boleh terus claim game tersebut pada link ini. Tetapi jika anda baru mendaftar, anda perlu enablekan Blizzard SMS Protect, dan kemudian anda boleh terus download Destiny 2.
Kalau Dah Ada Destiny 2?
Anda akan mendapat emblem yang eksklusif yang akan ada bermula pada Disember ini.
Bateri CMOS adalah merupakan sebuah bateri yang dipasang pada motherboard yang akan menyimpan maklumat BIOS, tarikh, masa dan juga beberapa maklumat yang diperlukan oleh komputer ketika start-up.
Kebiasaannya, apabila komputer terpadam, maklumat-maklumat ini akan hilang, tetapi, bateri CMOS ini akan mengekalkan kuasa pada motherboard, dan meneruskan kiraan jam. Jadi, anda tak perlu tetapkan semula tarikh dan juga masa setiap kali hidupkan laptop.
Diantara simptom bateri CMOS anda bermasalah adalah:
Tarikh dan masa kat laptop tak sama dengan tarikh dan masa sebenar. Tarikh dan masa tetap berubah walaupun dah set kat “BIOS”.
Akan keluar message “Your Clock is behind” NET::ERR_CERT_DATE_INVALID ketika nak browse Internet. Kena set semula date/time baru boleh browse macam biasa.
Semasa boot akan keluar message “CMOS CHECK SUM ERROR” / CMOS ERROR READ.
Tak jadi masalah besar pun kalau tak tukar bateri CMOS tu. Cuma leceh sikit la nak kena tukar tarikh dan masa setiap kali on laptop untuk surf internet.
Safe Mode adalah salah satu jenis startup diagnostik yang merupakan cara alternatif untuk akses Windows dengan fungsi yang terhad. Kebiasaannya ia digunakan ketika Windows Normal Mode ada masalah.
Normal Mode pula adalah jenis startup yang biasa kita guna.
Bagaimana Display Safe Mode?
Pada Safe Mode, background pada dekstop digantikan dengan warna hitam, dan terdapat perkataan Safe Mode pada setiap penjuru. Pada bahagian atas skrin juga terdapat Windows build semasa.
Kegunaan Safe Mode
Safe mode boleh digunakan sama seperti Windows Normal Mode, tetapi, ia terdapat beberapa fungsi pada Windows yang tidak dapat digunakan.
Kegunaan biasa untuk Safe Mode:
1. Disable atau uninstall driver.
2. Uninstall program.
3. Menggunakan system restore.
4. Backup data penting sebelum format.
5. Scan untuk malware
Macam Mana Nak Akses Safe Mode? Windows 10 & Windows 8.1
1. Selepas beberapa kali tidak masuk ke Windows, akan keluar paparan Advanced Startup Options.
2. Pilih Troubleshoot.
3. Kemudian pilih Advanced options.
4. Dan pilih Startup Settings.
5. Kemudian akan ada senarai Startup, dan tekan nombor 4.
Windows 7
Jika beberapa kali tak lepas masuk ke Windows, akan ada pilihan untuk boot ke Safe Mode, pilih, dan tunggu hingga ia selesai.
Adobe Reader merupakan sebuah aplikasi yang amat popular dikalangan pengguna komputer sebagai sebuah software yang terbaik untuk membuka fail PDF. Namun begitu, masih terdapat lagi pelbagai aplikasi untuk membuka fail PDF yang boleh didapatkan secara percuma.
Sebenarnya tanpa memerlukan aplikasi tambahan, anda boleh membuka fail PDF dengan hanya browser anda! Dan secara tak langsung ia dapat menjimatkan storage dan juga cara yang paling mudah untuk membaca fail PDF.
Google Chrome
1. Right-click pada fail PDF.
2. Pilih Open with.
3. Tekan Choose another app.
4. Tandakan pada Always use this app to open .pdf files.
5. Pilih Google Chrome dan tekan OK.
Pada zaman ini, terdapat pelabagi jenis hard disk yang boleh didapati, ada yang laju, ada yang kompak, ada yang berkapasiti besar dan pelbagai lagi. Tetapi, untuk pengguna komputer tak kira sama ada pengguna laptop ataupun desktop, dua faktor yang memainkan peranan penting untuk memilih hard disk adalah kapasiti dan juga kelajuan.
Kebiasaannya hard disk untuk laptop mempunyai kelajuan 7,200RPM dimana cakera pada hard disk tersebut mampu berpusing sehingga 7,200RPM, menjadikan ia lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk laptop yang hadir dengan 5,400RPM. Terdapat juga beberapa jenis hard disk yang berkuasa tinggi dan boleh didapati dengan 10,000RPM.
Berapa Size Hard Disk Yang Diperlukan?
Jenis hard disk yang sesuai untuk komputer adalah bergantung atas jenis penggunaan anda. Lain-lain tugas memerlukan kelajuan dan juga kapasiti yang berbeza. Dan sudah semestinya, kapasiti hard diks pada masa kini jauh lebih besar berbanding pada waktu dulu. Berikut adalah senarai kerja yang biasa dilakukan dan juga kapasiti dan kelajuan hard disk yang bersesuaian dengan tugasan tersebut:
Dokumen
250GB ke atas, 5400 RPM
Melayari Web
320GB ke atas, 7200 RPM
Digital Music
750GB ke atas, 7200 RPM
Permainan
1TB ke atas, 7200 RPM
Penyuntingan Grafik
1.5TB ke atas, 7200 RPM
Video Digital
2TB ke atas, 7200 RPM
Bagaimana Pula Dengan SSD?
SSD yang merupakan salah satu alternatif yang terbaik kepada hard disk juga boleh digunakan pada komputer anda. Hanya dengan menggunakan cip, tanpa memerlukan sebarang komponen mekanikal, SSD adalah salah satu pilihan yang ideal untuk pelbagai tugasan. Cukup dengan SSD sebanyak 120GB, ia dapat meningkatkan prestasi komputer anda. Untuk storage tambahan, anda boleh menggunakan hard disk biasa pada komputer anda. Untuk desktop, anda memerlukan cable SATA, dan manakala pada laptop, anda boleh menggantikan CD-ROM anda dengan caddy, dimana hard disk boleh dimuatkan dan menambah storage pada laptop anda.