SOFTWARE MEMBOLEHKAN ANDA MELIHAT SUHU DAN HEALTH HARDISK, SSD, CPU, GPU

Haba yang melampau pada komputer, terutamanya laptop boleh menyebabkan malapetaka. Ada yang berlaku disebabkan pembentukan habuk yang mengakibatkan peredaran udara menjadi perlahan dan lemah, tanpa peredaran udara yang baik menyebabkan ia akan laptop cepat panas.

Sekiranya masalah ini diabaikan secara tidak langsung akan menyebabkan kerosakan pada laptop anda.

Haba yang melampau boleh menjejaskan prestasi komputer, ini kerasa komponen di dalam adalah sensitif dengan keadaan yang panas. Jangan risau ada software yang membolehkan anda memeriksa suhu laptop anda dengan percuma.

 

CRYSTALDISK INFO

Jika ada prihatin terhadap suhu hard drive anda, cuba gunakan crystaldisk info. Ini adalah salah satu utiliti khusus untuk memeriksa health HDD dan SSD dan sangat berguna

  • Monitor suhu HDD & SSD
  • Memaparkan status health untuk hard drive anda
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit
HWINFO

Adalah alat diagnostik yang ringan untuk hardware dan memantau sistem secara real-time. Ia sangat mudah digunakan.

  • Real-time information
  • Memaparkan laporan untuk cpu, ram, hdd, ssd, bateri dan banyak lagi
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

 

OPEN HARDWARE MONITOR

Open hardware monitor adalah serupa seperti Hwinfo, kecuali ia adalah open source.

Ia mempunyai dua kelemahan iaitu update versi baru lambat ( kemungkinan dalam setahun itu hanya akan ada beberapa update sahaja) jadi ada kemungkinan ia tidak dapat membaca sensor pada sistem yang lebih baru. Untuk sistem yang lama, ia berfungsi dengan baik.

  • Membaca kebanyakan sensor dengan voltan, suhu dan fan
  • Simpan data sensor ke log untuk troubleshooting

 

SPECCY

Speecy memberi anda maklumat terperinci megenai setiap hardware dalam komputer & laptop anda. Memaparkan statistik seperti cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi.

  • Real-time information
  • Memaparkan laporan untuk cpu, motherboard, RAM, dan grafik kad dan banyak lagi
  • Sesuai untuk 32-bit & 64-bit

 

HARD DISK SENTINEL

Sotware Hard disk sentinel memberi maklumat berkenaan hard drive anda seperti Hdd, dan Ssd. Software khusus untuk periksa health hdd dan ssd.

 

  • Monitor suhu HDD & SSD
  • Memaparkan status health untuk hard drive anda
  • Sesuai untuk 32-bit dan 64-bit

 

TIPS UNTUK MENGURANGKAN SUHU LAPTOP

Pastikan anda memeriksa suhu semasa komputer atau laptop anda (tanpa membuka apa-apa aplikasi yang running) dan semasa menggunaka software yang overload (seperti software yang high perofrmance yang running)

Suhu tertinggi biasanya semasa komputer atau laptop overload dengan running software. Dari situ anda dapat melihat berapa suhu tertinggi.

Anda juga boleh melihat tips bagaimana untuk mengelakkan laptop anda dari overheating di artikel yang sebelumnya di www.frlaptopservice.com

 

FREE MICROSOFT PAINT ALTERNATIF SOFTWARE

Microsoft kini lebih fokus terhadap paint 3D yang baru, dan versi lama seperti Microsoft Paint sehingga kini masih kekal seperti dahulu.

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda mencari alternatif baru yang percuma? berikut adalah 4 yang terbaik untuk anda cuba

 

PAINT.NET

Paint.NET semakin berkembang dan menjadi salah satu editor imej yang terbaik pada sistem operasi windows dan ianya adalah percuma. Sekiranya anda (light user) pengguna biasa, ia juga merupakan alternatif seperti photoshop dan GIMP.

Jika anda biasa dengan Microsoft paint, perkara yang paling besar adalah mempunyai banyak persamaan. Skrin utama kelihatan mirip dengan aplikasi microsoft.

jika di kaji lebih mendalam, ia penuh dengan ciri-ciri yang sangat unik dan menarik yang menjadikan aplikasi ini menyerlah.

aplikasi ini mempunyai photoshop-esque layer, pelbagai special effect, unlimited undo/redo, pelbagai alatan melukis bentuk, dan yang paling penting pengguna adalah kepelbagain plugins yang boleh didapati.

PHOTOSCAPE

Photoscape lebih fokus kepada photo editting. Jika anda menggunakan Microsoft Paint untuk mengedit dan tweak snaps yang telah anda ambil, ia adalah pengganti yang sempurna.

Banyak tools yang ditawarkan adalah berorientasikan foto yang tiada pada paint. Sebagai contoh, mudah untuk menggabungkan pelbagai foto ke dalam satu imej atau melihat foto tersebut dalam slideshow. Anda juga boleh convert imej tersebut dari format RAW ke JPEGs.

Seperti yang anda harapkan, ia mempunyai editor asas yang komprehensif. Anda boleh mengubah saiz imej, menyesuaikan kecerahan dan warna, masukan text, lukis gambar, tambah filter dan macam-macam lagi.

Akhir sekali, photoscape mempunyai alat yang membolehkan anda mencetak ketas berjalur, graf, musik dan kelender menggunakan imej anda.

 

PIXLR

Jika anda tidak mahukan paint pada sistem anda, tidak perlu menyusahkan diri anda untuk menambah junk pada hard drive anda.

Anda boleh menggunakan online editor, dan Pixlr adalah salah satu yang terbaik.

Reka bentuk Pixlr kepada photoshop daripada paint. Tetapi, jika dan meluangkan sedikit masa untuk belajar menggunakan aplikasi ini, anda dapati ia adalah salah satu mengganti paint yang terbaik diluar sana.

Ia mempunyai semua tool asas yang diperlukan, ditambah dengan ciri-ciri canggih sperti smudging, blurring, layers, dan list filters dan effects.

 

KRITA

Krita ditujukan kepada artist digital. Khususnya, aplikasi ini fokus kepada ilustrator, matte dan texture, dan mereka yang bekerja dalam industri visual effect. Itu tidak bermakna ia bukan salah satu alat yang hebat untuk mereka yang mahukan alternatif kepada Microsoft Paint.

Jika anda memilih untuk download, anda boleh menikmati pelbagai ciri berguna yang tiada dalam paint. Seperti pemilihan warna yang cepat, penstabil berus, vektor, filters, group dan file layers.

Krita juga menawarkan beberapa alat lukisan bentuk yang terbaik. Dengan andanya (drawing assistant). anda boleh membuat ellipse, arrow atau fisheye.

 

APLIKASI MANA YANG PATUT ANDA GUNAKAN?

Untuk pengalaman yang berlainan, anda boleh cuba aplikasi tersebut sekiranya anda bersedia untuk mengembangkan lagi pengetahuan anda dalam mencuba sesuatu yang baru.

Terdapat banyak lagi aplikasi percuma seperti ini di luar sana, ini hanya segelintir yang sempat di bincangkan dalam artikel ini. Harap ia dapat menarik minat anda dalam mencuba sesuatu yang baru.

6 SOFTWARE PORTABLE APPS YANG MENARIK

Portable app adalah versi (lite) untuk perisian tersebut yang saiz program lebih kecil dan ringan.  Selain menawarkan lebih banyak fleksibiliti dan juga security semasa anda menggunakan public komputer (seperti komputer di makmal atau perpustakaan).

Satu lagi kelebihan portable apps ini dapat mengurangkan bilangan aplikasi yang anda install dan juga menjimatkan space komputer dan laptop. Tetapi portable apps mana yang terbaik? Terdapat begitu banyak portable apps di luar sana untuk dipilih.

 

AUDIO & VIDEO PLAYER

 

  • VLC PLAYER

VLC Player sangat popular kerana kemampuannya untuk mengendalikan hampir semua format fail video yang anda buka dengan menggunakan VLC. Ia memainkan DVD, video streaming, dan music.

 

  • MPLAYER

Media player ini terkenal kerana developer yang sentiasa aktif untuk mengembangkan lagi feature apps ini dimana anda boleh mempunyai dua sari kata pada skrin pada masa yang sama, bersebelahan.

Ini adalah baik untuk mereka yang mahu belajar bahasa negara lain, sebagai contoh sarikata ibunda disebelah kiri dan sarikata bahasa lain disebelah kanan skrin.

 

  • AIMP

AIMP adalah aplikasi yang menarik, yang meyokong pelbagai jenis file format, mempunyai pelbagai playlist, audio converting, sorting tags, mudah dan user friendly interface dan ia juga ada fungsi sebagai jam penggera (alarm clock).

 

  • FOOTBAR2000

Antara media player yang bagus, mempunyai skins yang berbeza, playlist, dan mempunyai keupayaan untuk memainkan audio. Ia menyokong pelbagai jenis format, dan anda boleh customize keyboard shortcut.

 

AUDIO EDITOR & EXTRACTOR

 

  • AUDACITY

Jika mengedit audio adalah perkara yang anda selalu buat, jadi Audacity harus ada dalam senarai anda. Senang untuk cut, copy, splice dan mix audio, record live files, tukar speed dan pitch recording, import/export file format. Anda juga boleh buat ringtone untuk smartphone anda dengan menggunakan aplikasi ini.

 

COMMUNICATION

 

  • SKYPE

Aplikasi instant messaging dan video call. Sekarang skype diintegrasikan ke dalam Xbox, dan semua akaun Windows Live Messenger boleh di akses dari skype interface.

Buat panggilan percuma ke pengguna skype lain, caj bayaran murah untuk panggilan ke landline dan telefon bimbit, anda juga boleh menghantar SMS tetapi memerlukan kredit.

 

Ini adalah beberapa software portable apps yang menarik mengikut pendapat saya. Terdapat banyak lagi software portable apps yang menarik di luar sana yang mungkin ada di antara anda yang menggunakannya.

3 Sebab VPN Berbayar Lebih Baik Dari VPN Percuma

Kenapa perlu menggunakan VPN berbayar sedangkan ada alternatif seperti VPN percuma? Selepas melakukan beberapa penyelidikan, VPN berbayar adalah lebih baik daripada versi percuma. Ada juga dimana kosnya lebih rendah, bergantung pada servis VPN yang anda gunakan.

Dibawah merupakan sebab mengapa VPN berbayar lebih baik dari VPN percuma

 

VPN BERBAYAR MEMPUNYAI KURANG SEKATAN

Jika dibandingkan kelajuan VPN percuma, mereka menghadkan pengguna dalam beberapa benda, untuk menghalang penyalahgunaan pengguna. Sekatan yang paling biasa adalah data limits, speed limits, connection limits, poor regional availability, dan login queues.

Dengan VPN berbayar anda kurang mendapat sekatan berbanding VPN percuma dan mendapat akses yang penuh untuk penggunakan VPN tersebut.

 

VPN BERBAYAR MEMPUNYAI PERKHIDMATAN YANG LEBIH BAIK

Sebagai pengguna VPN berbayar, anda adalah sumber pendapatan untuk perkhidmatan tersebut.

Dengan itu kepentingan yang terbaik adalah untuk memastikan anda sebagai pelanggan tidak lari dari menggunakan servis mereka. Mereka akan menyediakan pelbagai insentif untuk membuat anda berasa bahagia selalu.

Antara manfaat yang diberikan untuk VPN berbayar biasanya mempunyai pemilihan pelayan yang lebih luas di seluruh dunia. Server VPN berbayar lebih cepat dan mempunyai uptime yang lebih dipercayai.

VPN clients berbayar memberi lebih qualiti. Apa yang lebih penting adalah sekiranya berlaku masalah VPN berbayar mempunyai customer support sedang VPN percuma jarang mendapat customer support.

 

VPN BERBAYAR LEBIH TRUSTED

Sekiranya anda mendaftar dengan servis VPN berbayar yang dipercayai, anda boleh menarik nafas lega kerana mereka tidak akan tutup secara tiba-tiba. Ada kemungkinan servis VPN berbayar boleh tutup, tetapi ianya jarang berlaku. Sebaliknya untuk pengguna VPN percuma terpaksa bertukar-tukar dari servis perkhidmatan ke perkhidmatan yang lain.

 

Hanya beberapa tahun yang lalu, VPN berbayar hanya digunakan oleh mereka yang mahir IT, ahli perniagaan dan juga mereka yang mementingkan privasi. Kini, orang ramai faham akan faedah yang diberikan VPN berbayar untuk mereka dan juga industri.

Laptop Slow? Nak Format Laptop Tapi Mencari-Cari Tempat Untuk Format Laptop Di Area Kuala Lumpur Dan Lembah Klang?

Di zaman dunia tanpa sepadan  menjadikan teknologi seperti laptop, komputer dan perlbagai jenis peranti elektronik lain yang menjadi keperluan orang ramai kini. Tidak seperti Gen X & Y terdahulu di mana penggunaanya tidak macam sekarang.

Penggunaan laptop sudah menjadi trend dan sangat penting bagi mereka yang melakukan perniagaan offline, online tidak lupa pada anak-anak sekarang yang majoritinya celik IT.

(contoh gambar laptop)

Walau bagaimana pun, kita semua tidak akan dapat lari dengan masalah seperti laptop slow dan sebagainya. Masalah laptop slow ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi kerja kita. Sebagai contoh anda seorang student dan sedang membuat thesis ataupun assignment dan laptop tersebut meragam.

Anda sebagai pengguna laptop mesti tertanya-tanya kepada laptop yang anda gunakan ini slow? Bukan anda seorang saja mengalami masalah ini, ramai lagi di luar sana yang mengalami situasi seperti anda.

 

KENAPA LAPTOP BOLEH JADI SLOW? (ungkapan seperti ini akan bermain difikiran anda)

DI ANTARA PUNCA KENAPA LAPTOP JADI SLOW :
  1. MASALAH PADA HARDISK LAPTOP ANDA (hardisk health dah drop, bad or weak sector, fungsi read&write hardisk slow)
  2. TERLALU BANYAK BROWSER ADD-ONS (anda boleh check add-ons ini di browser yang anda gunakan, buang mana yang tidak diperlukan)
  3. RUNNING LEBIH DARI 3 PROGRAMS DALAM MASA YANG SAMA (running program-program yang menggunakan banyak memory boleh menyebabkan laptop slow)
  4. FILE WINDOWS ATAU REGESTRY CORRUPTED (masalah ini mungkin disebabkan hardisk rosak atau virus)
  5. MEMBUKA TERLALU BANYAK OPEN TABS PADA BROWSER (ini memang ramai yang suka buat buka banyak sangat open tabs)
  6. MENGGUNAKAN PROGRAMS YANG HEAVY DUTY (sebagai contoh aplikasi seperti video editing)
  7. LAPTOP SUDAH DIJANGKITI VIRUS (seperti malware dan sebagainya boleh menjadikan laptop anda slow)
  8. BANYAK START UP PROGRAMS YANG RUNNING
  9. HARDISK PENUH ATAU HAMPIR PENUH
  10. TAK CUKUP MEMORY (RAM)
  11. OVERHEATING (lama tak servis komponen laptop cepat panas)
MENCARI-CARI TEMPAT UNTUK FORMAT LAPTOP ANDA?

Kami di FR Laptop Service sedia membantu anda dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan laptop anda yang mahu di format. Ramai pelanggan datang ke kedai kami mengadu tentang masalah laptop slow dan nak format.

FR Laptop service telah menyelesaikan banyak servis berkenaan dengan laptop slow dan format dan tidak perlu bimbang. Semasa anda datang ke kedai staff kami akan melayan dan bertanya akan masalah laptop anda serta memberi penerangan dan penyelesaian dan servis apa.

(contoh gambar)

(contoh gambar)

FORMAT / UPGRADE OPERATING SYSTEM UNTUK WINDOWS

Clean format / Format backup

  • WINDOWS 7
  • WINDOWS 8.1
  • WINDOWS 10

 

Basic software yang diberikan secara percuma

  • Media player
  • Antivirus
  • Office word
  • Web browser
  • Pdf reader
  • Web cam software
  • Picasa
  • Installed driver
  • Winrar

 

FR JUGA ADA SERVIS UNTUK FORMAT OPERATING SYSTEM MAC & IMAC

Format clean / Format backup

  • OS X Yosemite + software office word
  • OS X El Capitan + software office word

 

Apa yang menarik di FR LAPTOP SERVICE?

Setiap servis dilakukan dengan dengan berkualiti dan jujur sama seperti yang motto kami yang menekankan servis berkualiti dan jujur semasa menjalankan tugus dan macam-macam lagi kelebihan dan kelainan yang lain dari kedai lain.

Banyak customer kami telah memberi feedback yang positif dan juga review 5 bintang. Tak percaya dengan apa yang telah FR katakan? Anda semua boleh melihat sendiri review dan feedback daripada pelanggan kami yang sangat berpuas hati di www.facebook.com/pg/FRLaptopService/reviews/

 

FR ADA MENYEDIA SERVIS LAIN?

Kami di FR Laptop Service juga ada menyediakan perkhidmatan lain selain dari format laptop dan mac / imac.

  1. Service Clean Dust & Thermal Paste
  2. Replace screen laptop dan macbook
  3. Replace battery External & Internal
  4. Adepter Laptop
  5. Replace Hardisk & SSD
  6. Replace CMOS battery
  7. Replace External & Internal Keyboard
  8. Replace Macbook Battery
  9. Repair Motherboard
  10. Replace Graphic Chipset
  11. Replace Cable Screen
  12. Replace Charger Port
  13. Replace RAM Laptop & Macbook
  14. Replace Fan
  15. Replace Macbook Keyboard
  16. Replace Wireless Card
  17. Replace Webcam
FR JUGA MENYEDIAKAN SERVIS RUNNER BAGI MEREKA YANG TIADA MASA DAN SIBUK UNTUK DATANG KE KEDAI

BERMINAT DAN NAK DATANG KE FR LAPTOP SERVICE?

Anda boleh google map / waze & taip `FR Laptop Service’

 

Waktu perniagaan

Sabtu – Khamis       : 9am – 9pm

Jumaat                       : 9am – 12pm, 3pm – 9pm

Cuti                             : Cuti AM

 

Anda juga boleh like dan follow facebook FR Laptop Service untuk mendapatkan info terkini seperti tips berkenaan dengan laptop, contest dan juga promosi yang di sediakan oleh FR Laptop Service.