3 Sebab Anda Harus Memiliki Mechanical Keyboard

1. Better key feel (rasa kelainan dari keyboard yang biasa)

Sesetengah pengguna, apabila mereka telah mencuba papan kekunci mekanikal (mechanical keyboard), kebanyakan dari mereka tidak akan kembali ke model papan kekunci (keyboard) yang biasa menggunakan getah (rubber-dome). Kenapa? Ia kerana, menekan butang pada keyboard tersebut lebih syok.

Better key feel, secara amnya merujuk kepada ciri-ciri seperti kelajuan yang apabila anda menekan butang keyboard dan kembali pada kedudukan asal dan feeling lain macam, bunyi ada sedikit macam typewriter.

keyboard mechanical bunyi agak kuat sedikit berbanding keyboard yang biasa. Bagaimana pun nikmat ketika anda sedang menaip dengan menggunaka keyboard mechanical ini agak sukar untuk digambarkan, anda kena cuba sendiri baru boleh rasa feeling yang lain macam sedikit.

2. Outstanding durability (ketahanan yang luar biasa) 

Jangka hayat untuk mechanical keyboard adalah jauh lebih lebih lama jika dibandingkan dengan keyboard lain yang ada diluar sana, ini tidak dapat dinafikan dan ini juga adalah salah satu kelebihan keyboard tersebut.

Sebagai contoh yang paling terkenal adalah keyboard IBM Model M, yang di keluarkan pada tahun 1984 dan terus dihasilkan ke hari ini. Banyak diantaranya yang dihasilkan pada tahun 80-an masih lagi digunakan hingga ke hari ini, malah berfungsi dengan elok.

Ketahanan keyboard mechanical bergantung pada reka bentuk. Butang suis keyboard ini dibuat daripada logam, dan kebanyakan menggunakan metal-to-metal contact (bahagian reka bentuk butang yang membolehkan komputer anda tahu kekunci telah di tekan)

Hasilnya, keyboard mechanical mampu bertahan lebih lama jika nak di bandingkan dengan rubber-dome keyboard. Disamping itu, getah pada keyboard yang biasa sering direndahkan dari masa ke semasa.

3. Easy Maintanance (mudah diselenggara)

Kebanyakan keyboard biasa agar sukar untuk diselenggara. Getah yang ada pada keyboard tersebut cenderung untuk menarik kotoran, terutamanya jika keyboard tersebut sudah lama dan getah tersebut melekit. Disebabkan ini membuatkan anda sukar atau mustahil untuk di selenggara.

Disamping itu, keyboard biasa menggunakan kaedah attachment yang tidak mesra penyelenggaraan (not maintenance friendly). Secara teknikal butang kekunci perlu diletakan di tempat betul, supaya sebahagian kecil logam digunakan untuk lock butang tersebut dari tercabut.

Bagaimanapun ia agak sukar untuk dipasang jika tercabut dari logam tersebut.

Kebanyakan keyboard mechanical adalah sangat contrast dari keyboard biasa, membolehkan anda keluarkan setiap kekunci, dan di antara suis tersebut ada ruang antara mereka adalah plastik. Ini menjadikan pembersihan mudah dan kekunci tersebut boleh dipasang semula dengan sedikit tekanan.

Harga untuk keyboard mechanical jauh lebih mahal dari keyboard yang biasa. Bukan semua orang menghargai atau minat dengan keyboard tersebut. Jika anda kerap menghabiskan masa anda lebih dari 4 jam sehari menggunakan pc, atau anda seorang kaki game, anda boleh pertimbangkan untuk memiliki keyboard ini.

Kepentingan Firewall Untuk Laptop Anda

 

kepentingan firewall

Kepentingan firewall tak ramai yang tahu meskipun ramai yang menggunakan laptop dan juga desktop. Bahkan ada yang tak pernah dengar langsung tentang firewall ini.

Kebanyakan operating system yang digunakan sekarang semuanya mempunyai firewall yang telah di install semasa anda memasukan windows pada laptop atau pc anda.

Tapi apa kepentingan firewall? Apa yang anda dapat jika tidak menggunakannya?

 

APA ITU FIREWALL?

kepentingan firewall

Pertama sekali, mari kita lihat apa itu firewall sebenarnya. Anda perlu faham bahawa tiada api, tiada percikan, tiada bahan api yang terlibat.

Firewall adalah penghalang atau perisai yang bertujuan untuk melindungi PC anda, tablet, laptop, smart phone daripada serangan merbahaya oleh malware berasaskan data yang wujud di internet.

data ditukar antara komputer anda dan pelayan (server) dan router di ruang siber dan firewall memantau data ini (sent in packet) untuk memeriksa sama ada ia selamat atau tidak.

Ini dilakukan dengan menentukan sama ada packets memenuhi peraturan yang telah ditetapkan. Berdasarkan peraturan-peraturan ini, packets data diterima atau ditolak.

Video menjelaskan tentang firewall: https://www.youtube.com/watch?v=fsjspQ-MgY0

4 KEPENTINGAN FIREWALL UNTUK LAPTOP ANDA

1. FIREWALL MELINDUNGI KOMPUTER ANDA DARI DI AKSES OLEH PIHAK YANG TAK DIKENALI

Kepentingan firewall yang pertama adalah untuk melindungi komputer anda daripada diakses oleh orang yang dikenali

Salah satu perkara yang paling teruk yang boleh berlaku pada komputer anda jika seseorang cuba untuk mengawal komputer anda dari jauh. Melihat mouse bergerak-gerak dengan sendiri pada skrin oleh penceroboh, mengambil alih kawalan keatas data anda, amat menakutkan.

Dengan konfigurasi firewall yang betul dan operating system yang modern, anda boleh disable remote access dari komputer, dengan itu menghalang penggodam daripada mengambil alih komputer anda.

Akan tetapi, ini tidak langsung dapat menghalang aplikasi remote access yang digunakan oleh mereka yang menyamar sebagai windows tech support scammer. Kerana ia merupakan browser-based, dan browser anda mempunyai kebenaran untuk laluan data melalui firewall, anda akan terdedah khususnya pada risiko ini.

Jadi anda harus sentiasa berhati-hati.

kepentingan firewall

2. FIREWALL JADIKAN PERMAINAN DALAM TALIAN (ONLINE GAMING) LEBIH SELAMAT

Kepentingan firewall yang kedua pula adalah memberikan perlindungan ketika anda bermain permainan dalam talian.

Permainan dalam talian adalah salah satu yang paling penting dalam sejarah perkembangan permainan video, tetapi ia juga mempunyai risiko keselamatan. Pelbagai malware telah dibangunkan yang mensasarkan permain dalam talian yang sedia ada pada pelayan yang tidak dilindungi adalah berisiko.

Manakala publisher permainan tersebut biasanya akan sentiasa memastikan tahap sekuriti pada pelayan (server) merekan tinggi, ia merupakan idea yang baik untuk enable firewall sebelum anda memulakan permainan dalam talian.

Apa-apa cubaan oleh penggodam dengan malware untuk masuk ke dalam sistem akan disekat, menjadikan komputer anda lebih selamat.

 

Dalam kebanyakan kes, firewall akan mengkonfigurasi sendiri berdasarkan keperluan pemain, menggunakan profile untuk tajuk atau jenis perisian yang termasuk dalam permainan atau boleh didapati  melalui update.

kepentingan firewall

3. ANDA BOLEH MENYEKAT CONTENT YANG TIDAK SESUAI ATAU TIDAK BERMORAL DENGAN FIREWALL

Seterusnya, kepentingan firewall yang ketiga pula adalah menyekat content yang tidak bermoral.

Bercakap mengenai menyekat penggodam dan pelbagai jenis akses malware dari jauh, tetapi firewall jauh lebih mampu daripada ini. Serta melindungi direktori peribadi daripada ransomware, aplikasi firewall juga mungkin mempunyai pilihan untuk menghalang lokasi dalam talian yang tertentu

Walaupun jenis ini penyekatan ini biasanya ditemui dalam parental control, anda akan mendapati bahawa penapisan kandungan datang dengan beberapa suite keselamatan domestic.

kepentingan firewall

4. FIREWALL BOLEH JADI HARDWARE ATAU SOFTWARE

Dan, kepentingan firewall yang terakhir adalah memberikan perlindungan dari segi software dan juga hardware.

Seperti yang disentuh di atas, firewall tidak semestinya perlu menjadi software. Firewall hardware terdapat di kebanyakan rumah yang dibina ke dalam router. Mengakses firewall ini adalah dengan menggunakan administrator credential untuk router, dan apabila anda telah log masuk anda boleh mengkaji semula pilihan dan menukar jika perlu.

Pastikan anda menyemak dokumentasi untuk router anda untuk membiasakan diri dengan tatapan sebelum anda mula menyimpan sebarang perubahan.

kepentingan firewall

 

FIREWALL TIDAK BOLEH BUAT SEMUA PERKARA

Tetapi firewall tidak boleh menangani virus, worm, keyloggers, dan malware lain. Ini adalah mengapa firewall perlu digunakan bersama-sama dengan perisian antivirus.

 

Sampai sini sahaja artikel kepentingan firewall ini, semoga anda dapat manfaat daripada penulisan kami ini, jika anda rasa content ini baik, sila SHARE dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda agar semua dapat menggunakan firewall ini sepenuhnya.

Kesilapan Yang Merosakkan Motherboard

kesilapan yang merosakkan motherboard

Kesilapan yang merosakkan motherboard adalah kesilapan yang perlu dielak agar laptop anda boleh digunakan untuk jangka masa yang lama tanpa berlakunya kerosakan pada motherboard laptop anda.

Jika processor merupakan otak untuk komputer, manakala motherboard merupakan jantung. Motherboard merupakan satu papan yang menghubungkan setiap komponen-komponen lain. Sekiranya motherboard laptop bermasalah, ia merupakan isu yang besar dan bukan lagi hanya sekadar menggantikan parts yang rosak.

kesilapan yang merosakkan motherboard

Ada beberapa kesilapan yang merosakkan motherboard yang anda boleh elakkan supaya ia boleh berfungsi dengan baik dan boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. Melindungi motherboard daripada kerosakan adalah penting untuk melindungi laptop anda daripada rosak.

 

3 KESILAPAN YANG MEROSAKKAN MOTHERBOARD

 1. Berlakunya Litar Pintas

Kesilapan yang merosakkan motherboard yang pertama adalah menyebabkan motherboard laptop short.

Masalah ini biasanya terjadi pada desktop tetapi ianya juga boleh terjadi pada laptop. Jika pada desktop, ia selalunya terjadi semasa fasa pemasangan. Ini kerana jika komponen tidak dipasang dengan betul, ia akan menyebabkan motherboard mengalami short circuit atau litar pintas. Sama seperti laptop, laptop juga perlu dipasang dengan betul untuk mengelakkan berlakunya litar pintas pada motherboard laptop anda.

Motherboard mengalirkan tenaga elektrik kepada setiap komponen yang berhubung dengannya, jadi ia tak boleh bersentuhan dengan apa-apa jenis logam. Anda perlu pastikan komponen yang anda ingin pasang, dipasang pada soket yang betul, dan tidak longgar.

Ketika anda membuka laptop, anda harus memastikan semua skru ditanggalkan dengan baik dan pastikan juga anda memasangnya dengan baik dan kemas. Jika motherboard laptop menyentuh objek yang merbahaya, ia boleh menyebabkan motherboard laptop anda rosak.

Jangan terlalu memaksa semasa anda ingin skru motherboard tersebut dan pastikan tiada objek yang tidak diingini berada pada motherboard anda. Pastikan semua komponen yang disambungkan ke motherboard di pasang dengan baik.

kesilapan yang merosakkan motherboard

 

 2. Menggunakan Charger Dengan Wattage Yang Tinggi

Kesilapan yang merosakkan laptop yang kedua pula adalah menggunakan charger yang sesuai dengan laptop anda.

Charger port merupakan satu soket pada motherboard yang bertanggungjawab untuk mengalirkan tenaga elekrik kedalam laptop anda. Anda perlu menggunakan charger yang bersesuaian dengan laptop anda agar tidak berlakunya litar pintas pada laptop. Kalau litar pintas berlaku, motherboard laptop memang akan rosak.

Sekiranya charger anda rosak, anda harus membawa laptop sekali kerana dibelakang laptop terdapat maklumat untuk charger yang sesuai untuk penggunaan laptop anda. Jika laptop anda hanya memerlukan 18W, jadi anda haruskan dapatkan charger 18W bagi mengelakkan berlakunya litar pintas.

Sekiranya charger rosak, dapatkan charger yang sesuai dengan label dibawah laptop untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang merosakkan motherboard. 

kesilapan yang merosakkan motherboard

 

3. Tidak Pernah Servis Laptop

Kesilapan yang merosakkan motherboard yang terakhir sekali adalah tidak pernah servis laptop.

Suhu dan haba yang tinggi merupakan musuh utama semua peralatan elektronik. Laptop terdiri daripada komponen elektronik yang akan menjadi panas dan ianya boleh rosak sekiranya dibiarkan dalam keadaan yang panas buat tempoh yang lama.

Jika laptop anda kerap berada di dalam keadaan yang panas, anda perlu servis bagi mengelakkan masalah yang lebih serius yang mungkin akan terjadi pada laptop anda.

Apa yang perlu anda lakukan adalah servis laptop anda dengan membersihkan habuk dan menggantikan thermal paste. Dengan membersihkan habuk, airflow laptop anda boleh menjadi lebih lancar dan mudah untuk ia mengalirkan haba panas keluar daripada laptop. Thermal paste pula mengalihkan haba daripada komponen utama seperti processor, dan juga graphic kepada heat sink.

Perlu alert dengan keadaan laptop anda perhatikan suhu supaya tidak terlampau panas. Jangan lupa lakukan servi pada laptop sekurang-kurangnya setahun sekali untuk menjadikan laptop anda dalam keadaan yang baik dan boleh bertahan untuk tempoh yang lama.

kesilapan yang merosakkan motherboard

 

Sampai sini sahaja artikel kesilapan yang merosakkan motherboard. Semoga tips ini berguna untuk anda dan boleh menjadikan laptop anda lebih baik dan boleh tahan lebih lama tanpa isu pada motherboard.

Juga, jangan lupa share dengan ahli keluarga dan juga kawan-kawan.

3 Perisian Parental Control Untuk Memantau Anak-Anak Anda

Sekarang ini kita hidup dalam era digital yang makin membangun. Pada zaman ini amat penting untuk anda semua melindungi anak-anak dari website yang mempunyai kandungan matang / mature content.

Ia adalah mustahil untuk mengetahui berapa banyak website mengandungi mature/adult content di internet. Ini belum lagi dimasukan dengan website perjudian, dating sites, extreme profanity (kata-kata kesat yang melampau) dan lain-lain lagi.

Nasib baik, bilangan aplikasi seperti parental control berkembang pada kadar yang mengagumkan semenjak beberapa tahun yang lalu. Ibu bapa kini mempunyai pelbagai pilihan perisian untuk dipilih.

Tetapi perisian mana yang digunakan?

1. WINDOWS USER ACCOUNTS

Microsoft meningkatkan lagi ciri parental control yang sebelumnya pada windows 10. Sekarang anda boleh menetapkan akaun pengguna sebagai child account. Dengan membuat child account membolehkan anda menguruskan akaun perkhidmatan yang disambungkan pada akaun, termasuk windows, xbox, dan windows mobile.

Untuk membuat child account:-

  • Pergi ke start > pilih settings dan klik Pada panel pada sebelah kiri, klik family and others people.

  • Dibawah your family, klik add a family member. Pada pop-up tersebut pastikan anda pilih add child. Jika anak anda ada akaun e-mail, masukan pada bahagian yang disediakan. Jika tiada klik pada person who I want to add doesn`t have an email address.

  • Seterusnya selepas anda telah memasukan email. Akaun tersebut akan kelihatan pada bahagian your family.

  • Untuk manage akaun tersebut, klik manage family settings online. Akan ada option untuk sekat website, hadkan masa penggunaan, dan mendapat report setiap minggu untuk memantau apa yang anak anda lakukan.

2. QUSTUDIO

Qustudio adalah antara aplikasi yang bagus. Ia mempunyai version free dan premium, version yang percuma sudah cukup untuk anda. Tetapi premium version mempunyai lebih ciri-ciri berbanding dengan yang percuma

Version percuma menawarkan website filter, search filter, customize time limit untuk games dan aplikasi, live notification sekiranya anak anda melayari website yang mempunyai kandungan yang boleh dipersoalkan, mencatat apa yang mereka lakukan pada komputer.

Untuk menggunakan aplikasi ini cukup mudah. Anda perlu membuat akaun pada website dan install aplikasi tersebut. Anda boleh menguruskan settings terus dari website tersebut.

3. KIDS WATCH

Menyediakan website filtering, time limit, dan real time alert. semua ciri-ciri boleh disesuaikan mengikut kegunaan harian anak anda.

Real time alert terbahagi kepada 3 kategori

  • Predator alert – aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan kepada anda jika ada pesalah seksual yang berdaftar yang tinggal dikawasan kejiranan anda. Ia akan menyediakan anda dengan gambar wajah mereka, bersama-sama dengan alamat sebenar mereka.
  • Chat monitoring – ia akan memantau perbualan chat internet anak-anak anda untuk kata kunci. Ia termasuk alamat, dan nombor telefon anda dan rujukan kepada benda yang tidak bermoral . ada boleh menambah kata kunci sendiri untuk menjadikan ia lebih mantap.
  • Email alert – jika anak anda pernah mencari sesuatu yang tidak elok seperti google, aplikasi ini hantar email untuk alert anda.

Aplikasi ini juga menyimpan log terperinci bagi semua aktiviti dalam talian anak-anak anda. Ia termasuk data mengenai website yang mereka pernah lawati dan aplikasi yang mana mereka gunakan. Dan juga menyimpan chat dialog anda.

Tips Macbook Air Overheat

tips macbook air overheat

Tips Macbook Air overheat untuk mengelakkan Macbook Air anda overheat dan menjadikan Macbook Air anda boleh tahan lebih lama. Semua pengguna laptop mahukan laptop yang boleh digunakan untuk tempoh yang panjang tanpa sebarang isu.

Satu masalah yang paling common pada Macbook Air adalah ia akan overheat setelah digunakan untuk beberapa tahun. Satu cara untuk anda pastikan bahawa Macbook Air anda overheat adalah ia mengeluarkan bunyi seperti hairdryer dan anda juga boleh rasakan suhu Macbook Air pada casing alumniumnya.

Jika Macbook Air anda dibiarkan pada suhu yang tinggi dalam tempoh yang lama, ia boleh menyebabkan kerosakan yang lebih parah berkait dengan logic board, dan juga komponen yang lain

Satu masalah yang boleh terjadi adalah Macbook Air terpadam secara tiba-tiba ketika anda sedang menggunakannya. Jika anda sentuh casing, dan rasa panas yang melampau, itu bermakna Macbook Air anda sudah overheat.

 

Apa yang perlu dibuat jika Macbook Air overheat?

 

TIPS MACBOOK AIR OVERHEAT

1. KENALI HAD MAC ANDA

Tips Macbook Air overheat yang pertama sekali adalah anda perlu tahu had kemampuan Macbook Air anda.

MacBook Air ini sangat compact, bererti penyebaran haba bukan strong point untuk MackBook Air. MacBook Air ini mempunyai satu saluran vent, dan ia terletak pada engsel/hinge dan kebarangkalian untuk berlaku overheating adalah tinggi.

Menjalankan proses atau aplikasi yang intensif seperti, redering video & music, editing video, bermain permainan video games atau membuka berpuluh-puluh open tabs pada browser anda. Ini akan membebankan processor, bila perkara seperti ini berlaku processor akan berkerja dengan lebih keras.

Sebagai peringatan, anda perlu tahu Macbook Air ini tidak direka khas untuk melaksanakan tugasan yang berat seperti desktop PC.

Solution / Tips

  • Kurangkan membuka terlalu banyak open tabs pada browser
  • Elak daripada menggunakan aplikasi atau software yang terlalu intensif
  • Jangan bermain permainan video games terlalu lama.

2. HENTIKAN APLIKASI YANG TERLALU MENDESAK

tips macbook air overheat

Tips Macbook Air overheat yang kedua pula adalah matikan aplikasi yang berat pad Macbook Air anda.

Pernah tak scenario ini berlaku  kepada anda? Dimana ketika anda sedang berjalan ke bilik, kedengaran bunyi yang sangat kuat keluar dari MacBook Air anda. Kemungkinan besar ada aplikasi yang menyebabkan processor tersebut berjalan atau bekerja dengan lebih keras bagi untuk menjalan aplikasi itu

Di sini anda boleh check aplikasi apa yang menggunakan banyak kuasa dari processor dengan membuka activity monitor.

Solution / Tips

  • Cari applications > kemudian pilih utilities > klik pada bahagian cpu > double click aplikasi menggunakan terlalu banyak kuasa dari
  • Disable plugin seperti adobe flash ini akan memberhentikan flash video daripada

 

List proses adalah mengikut peratusan yang ada menggunakan kuasa pemprosesan. Anda boleh padam proses yang menggunakan banyak kuasa pemprosesan dari processor dan klik X untuk tutup/padam.

3. TEST FAN

tips macbook air overheat

Tips Macbook Air overheat yang ketiga adalah pastikan fan atau kipas Macbook Air anda berada dalam keadaan yang baik.

Jika masalah anda adalah sedikit lebih ketara dan MacBook Air anda kerap terpadam, anda perlu lakukan test pada fan anda. Kalau MacBook Air anda mengeluarkan bunyi seperti bergesel, itu tanda fan sudah ada masalah. Tetapi bukan semua masalah nampak jelas.

Mujurlah, boleh test peralatan anda dengan menggunakan apple hardware test atau menggunakan apple diagnostic. Jangan risau kedua-dua adalah sama cara untuk access pun menggunakan cara yang sama.

  • Shutdown Mac anda dan sambungkan power cable
  • Tekan butang power dan hold butang D ( sebelum grey startup screen muncul)
  • Pilih bahasa bila ia keluar di paparan skrin dan ikut instruction yang di berikan

Jika anda menggunakan apple diagnostic pada model Mac yang baru akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Anda tidak perlu buat apa-apa kerana test tersebut berjalan secara automatik. Sekiranya ada masalah dan Mac tiada lagi warranty, anda perlu mengeluarkan kos baik pulih.

 

Sekiranya anda menggunakan apple hardware test pada model Mac yang lama, ia akan mengeluarkan paparan basic test tersebut dan basic test ini sudah cukup untuk detect masalah cooling.

Mac yang datang dengan OS X 10.7 dan sebelumnya boleh menghantar maklumat ke internet. kalau anda masih ada warranty.

 4. BYPASS FAN

Tips Macbook Air overheat yang keempat pula adalah bypass fan atau kipas Macbook Air anda.

Sekiranya MacBook Air tersebut sentiasa panas dan berusaha untuk tahu kenapa, apa yang boleh anda lakukan ialah dengan install applikasi smcFanControl. Aplikasi adalah percuma dan membolehkan anda untuk lihat suhu cpu dan set kelajuan fan

Aplikasi ini membolehkan anda untuk bypass setting yang telah di set oleh apple berkenaan dengan kelajuan fan. Membolehkan anda memilih tahap kelajuan minimum atau maximum. Dengan matlamat untuk menjaga komponen hardware dari overheating.

 

5. CLEANDUST & THERMAL PASTE

tips macbook air overheat

Tips Macbook Air overheat yang terakhir sekali adalah buat servis dust cleaning dan gantikan thermal paste yang kemungkinan sudahpun kering.

Pilihan terakhir adalah dengan melakukan servis cleandust dan thermal paste. Dimana habuk dan debu yang telah banyak terkumpul dalam MacBook anda dan menyebabkan air flow tidak lancer yang boleh menyebabkan komponen-komponen didalam logicboard tersebut overheating.

Ataupun mungkin anda tidak pernah melalukan servis cleandust dan menukar thermal paste yang sudah kering senjak dari anda beli MacBook tersebut boleh menjadi punca overheating.

Solution / Tips

  • Buat servis cleandust
  • Menukar thermal paste yang sudah kering

 

Sampai sini sahaja artikel tips Macbook Air overheat yang anda boleh cuba untuk menurunkan haba pada Macbook Air anda.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, saya harap anda boleh SHARE kan dengan rakan-rakan dan juga ahli keluarga anda.