Jika punya laptop semestinya kita akan berasa sangat gembira apabila memiliki sebuah laptop yang sangat laju, lancar dan tidak punya apa-apa masalah ketika digunakan. Disini ada diceritakan tentang Cara Lajukan Laptop. Walaubagaimanapun, semakin lama kita menggunakannya maka semestinya laptop ini akan menjadi semakin berat dan lambat disebabkan pelbagai perkara termasuklah kesalahan pemilik laptop yang kurang arif mengenainya. Di sini, dikongsikan beberapa cara untuk lajukan laptop. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana.
-
Gunakan Solid State Drive daripada hard disk biasa
Solid State Drive lebih dikenali dengan panggilan SSD manakala hard disk (cakera keras) pula lebih dikenali sebagai HDD. SSD dan HDD ini merupakan satu keperluan wajib untuk semua komputer meja dan komputer riba cuma yang membezakan adalah pada tahap kemajuannya.
SSD ini sering terdapat pada semua komputer moden manakala HDD sering ada di komputer yang lebih lama. Ini kerana SSD ini adalah satu teknologi storan yang lebih baru, cekap, moden dan maju jika hendak dibandingkan dengan hard disk biasa yang sudah sering digunakan pada kebanyakan komputer meja dan laptop riba sejak bertahun-tahun lalu.
Pendekata, SSD ini adalah sejenis storan yang jauh lebih hebat daripada hard disk. Jika mahu melajukan laptop, anda harus menggunakan SSD kerana ia mempunyai kelajuan sebanyak 5 hingga 10 kali ganda lebih pantas berbanding dengan hard disk biasa.
-
Tambahkan jumlah RAM kepada size yang lebih besar
Bagi yang kurang arif soal komputer dan laptop, RAM ini bermaksud Random Access Memory. Fungsi utama RAM adalah untuk menjadi penyimpan pelbagai maklumat secara sementara untuk sesebuah komputer. Sebagai contoh, anda membuka aplikasi microsoft word lalu menaip beberapa patah ayat secara suka-suka maka RAM inilah yang akan menyimpannya secara sementara.
Sebagai contoh, katakan anda membuat suatu kerja di komputer. Malangnya sebelum ada sempat untuk menyimpan semua hasil kerja terbabit ke hard disk, anda telah mematikan komputer secara tidak sengaja maka RAM inilah yang akan memadamkan seluruh hasil kerja tadi dari komputer anda. Ini kerana memori-memori yang disimpan oleh RAM ini hanyalah ingatan sementara dan akan terpadam apabila komputer di tutup berbeza dengan cakera keras (hard disk) yang mempunyai ingatan secara kekal.
Walaubagaimanapun, jumlah RAM ini boleh di tambah kepada kapasiti yang lebih besar dan secara tak langsung ia dapat membantu melajukan laptop anda supaya menjadi lebih lancar ketika digunakan.
-
Membuang semua program yang tidak digunakan
Di dalam laptop ada banyak program ataupun perisian dengan pelbagai jenis nama file dan bagi yang kurang arif hal laptop pastikan akan berasa keliru jika melihat semuanya. Ada juga yang sama sekali tidak dapat membezakan samada aplikasi terbabit perlu atau tidak untuk berada di dalam laptop berkenaan.
Malah, apa yang lebih menyedihkan lagi ramai pengguna laptop hanya tahu memuatnaik apa-apa aplikasi tanpa tahu bagaimana untuk memadamnya. Kerana itu ada banyak aplikasi yang sama sekali tidak digunakan berada di dalam laptop dan perkara ini semestinya akan mengakibatkan kelajuan laptop menurun kerana adanya pelbagai aplikasi di dalamnya.
Selain dari itu, anda juga boleh membuang (uninstall) perisian seperti permainan komputer yang jarang atau sama sekali tidak digunakan. Cara untuk membuangnya tidaklah terlalu sudah, apa yang perlu anda lakukan adalah :
– klik pada butang Start/Windows
– klik pada butang Control Panel
– klik pada butang Uninstall A Program
– pilih perisian / permainan yang ingin di buang terbabit
-
Tutup startup program yang tidak digunakan
Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik sebaik saja laptop anda dihidupkan dan mula beroperasi. Startup program ini lebih mudah di kenali dengan nama windows. Apabila operating system ( windows ) ini mula hidup maka akan ada banyak juga programs termasuk virus, hijacker, spyware, dan malware yang telah di set sejak awal untuk bermula secara automatik apabila windows ini bermula.
Disebabkan ini jugalah laptop anda akan startup dengan perlahan bergantung pada berapa banyak aplikasi startup yang ada di dalam laptop anda. Kerana itu, ada baiknya anda tutup semua startup program yang tidak digunakan supaya laptop anda boleh bergerak dengan lebih laju dan lancar.
-
Pastikan health hard disk anda didalam keadaan yang baik
Jika anda menggunakan laptop dalam masa yang sangat lama maka laptop anda boleh menjadi panas. Tahap haba panas yang melampau pada komputer ini boleh mengakibatkan masalah hingga laptop anda boleh menjadi punah sepenuhnya.
Selain haba, habuk juga boleh memainkan peranan dengan memerangkap habuk dan mengakibatkan peredaran udara menjadi semakin perlahan dan tidak baik. Tanpa peredaran yang baik ini ianya boleh menyebabkan laptop anda menjadi cepat panas seperti yang di beritahu di awal tadi.
Haba yang terlebih panas ini boleh mengurangkan tahap kelajuan komputer dan dalam masa yang sama ianya mengakibatkan laptop anda rosak teruk kerana kompenan yang terdapat di dalam komputer atau laptop anda itu adalah sangat sensitif dan cepat terangsang dengan keadaan yang panas seperti itu.
-
Install antivirus dan buang semua virus yang ada pada laptop anda.
Antivirus adalah merupakan sejenis software yang boleh menghalang dan memusnahkan pelbagai jenis bentuk virus yang boleh menyerang laptop anda. Antivirus ini juga akan memainkan peranannya untuk membuang pelbagai jenis malware atau apa-apa saja perisian yang tidak sepatutnya terutama yang mempunyai potensi kurang baik hingga boleh menjadi penyerang untuk merosakkan komputer atau laptop anda.
Antara nama software antivirus yang agak terkenal dan sering diguna pakai oleh ramai pemilik komputer dan laptop adalah seperti Alexa, Bitdefender, Avast, AVG, Malwarebytes, Firewall dan lain-lain lagi. Software ini juga dikenali dengan gelaran pagar api kerana keupayaannya yang melindungi komputer atau laptop anda dari serangan virus yang berbahaya.
-
Tukarkan Power Settings kepada Maximum Performance.
Cara lain yang boleh dilakukan untuk melajukan laptop adalah dengan mengubah pada bahagian power settings kepada maximum perfomance. Dengan mengubah pada bahagian ini, laptop anda akan lebih lancar dan laju bergerak mengikut arahan namun ianya akan menggunakan lebih tenaga berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun. cara ini sedikit sebanyak boleh membantu melajukan tahap laptop anda ketika sedang digunakan.
-
Defrag hard disk laptop anda.
Fragmention adalah penggunaan ruang cakera keras yang tidak efisien. Ia merujuk kepada penyusunan fail pada cakera keras dengan cara tidak tersusun dan berterabur. Apabila susuan fail tidak efisien dan tidak tersusun maka sudah semestinya masa yang diperlukan untuk sesebuah fail itu diakses menjadi lebih panjang daripada masa yang sepatutnya.
Defragmentation pula adalah kerja untuk mencari dan mengumpulkan semua cebisan-cebisan data yang telah terpisah ketika disimpan di dalam cakera keras dan semua yang di cari itu akan di satukan supaya membentuk sebuah sebuah fail yang lengkap dan sempurna.
Ini pula adalah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk menyiapkan sebuah Defragmentation:
- Download kat google ‘ defraggler ‘
- Dah siap download kemudian install.
- Pilih drive & tekan defrag
- Tunggu hingga siap dan sambung dengan drive lain.
Walau terdapat penerangan dan panduan cara untuk melakukan pelbagai teknik bagi melajukan sesebuah laptop namun tidak dinafikan bahawa tidak semua orang yang mempunyai laptop ini mempunyai kecekapan dan keberanian untuk melakukan apa yang dikongsikan ini dengan sendirinya.
Maka, bagi anda yang sangat berhajat untuk melajukan laptop, membuang virus dan mem’format’ kembali laptop supaya menjadi lebih ringan, laju dan lancar tetapi masih lagi di tahap takut dan tidak tahu bagaimana untuk melakukkannya, maka anda boleh menggunakan servis dari mana-mana kedai servis komputer terpilih. Antara kedai servis laptop yang terbaik, murah dan pantas adalah FR Laptop Service.
Sebab Kenapa Anda Harus Pilih FR Laptop Service
FR Laptop Service ini bukan sekadar mampu untuk memberi nasihat bagaimana untuk mengembalikan kelajuan laptop anda dengan cepat malahan dengan menggunakan perkhidmatan FR Laptop Service ini anda juga boleh melajukan laptop dengan pelbagai pilihan seperti:
– Windows 7
– Windows 8.1
– Windows 10
Software-software basic akan turut disertakan. Semua ini hanya mengambil masa 24jam saja.
FR Laptop Service turut menyediakan perkhidmatan menukar SSD dengan Brand Kingston berserta dengan jaminan (Warranty) yang sangat lama iaitu selama 2 tahun. Pakej ini turut mengandungi format dan juga servis Clean Dust yang akan diberikan secara PERCUMA!
Bagi yang mempunyai laptop dengan jumlah RAM yang agak rendah, pihak FR Laptop Service turut mempunyai RAM yang berkualiti dengan ketinggian RAM dari DDR2 sehingga ke DDR4. Selain daripada itu, pihak FR Laptop Service turut mempunyai kepakaran untuk memberikan perkhidmatan servis hardware di laptop seperti keyboard, skrin dan lain-lain lagi.
Bagi anda yang mempunyai masalah laptop kurang laju pula, anda boleh segera mendapatkan khidmat servis daripada pihak FR Laptop Service yang amat terkenal dengan kepakaran mereka yang amat berpengalaman, cekap dan pantas.

Bagi yang ingin ke premis FR Laptop Service dengan cepat tanpa perlu buang masa tersangkut di dalam kesesakan lalulintas, anda boleh ke sana dengan menggunakan perkhidmatan awam kerana lokasi premis FR Laptop Service ini terletak berdekatan dengan MRR2 yang semestinya boleh membantu memudahkan anda untuk ke sana.
Ohya, perkhidmatan runner juga turut disediakan untuk anda yang berada agak jauh dari lokasi premis dan perkhidmatan runner ini bukan setakat boleh menolong mengambil laptop anda untuk di baiki malah ia akan turut berperanan untuk menghantar kembali laptop anda setelah siap di baiki sepenuhnya dengan selamat.
Servis runner ini semestinya merupakan salah satu kelebihan yang harus di puji kerana ia sangat-sangat membantu untuk mereka yang sibuk berkerja dan tidak punya masa terluang seperti anda. Perkhidmatan runner oleh pihak FR Laptop Service ini di sediakan untuk sekitar kawasan Lembah Klang.
FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Murah di Kuala Lumpur
Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp
Facebook : @FRLaptopService
Alamat :
508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100
Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam
Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3
Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2












