pompuan Punca Kerosakan Kipas Laptop Yang Anda Perlu Elak

Punca Kerosakan Kipas Laptop Yang Anda Perlu Elak

Salah satu masalah terbesar yang biasa dialami oleh pemilik laptop adalah overheat atau panas laptop yang melebihi paras normal. Masalah ini biasanya terjadi pada laptop yang sudah berusia, tapi laptop yang masih baru juga tidak mustahil boleh rosak. Laptop yang mengalami overheat boleh dirasa dengan hanya memegang bahagian bawah laptop kerana disitulah terletaknya kipas.

 

 

Laptop Overheating Jika Dibiarkan Boleh Merosakkan Hardware Lain

 

Panas yang berlebihan boleh merosakan komponen hardware lain di dalamnya jika dibiarkan secara terus menerus. Kebiasaannya, laptop yang mengalami kerosakan laptop akan sering mati sendiri. Hal tersebut disebabkan kerana BIOS sudah mengatur sedemikian rupa agar laptop mati secara automatik ketika suhunya sudah melebihi paras yang tinggi. Hal ini dilakukan agar tidak ada komponen yang rosak atau terbakar.

 

 

Punca-punca Kerosakan Kipas Laptop/komputer

 

Kadang-kadang,  boleh menjadi sukar untuk memberitahu jika  kipas laptop anda berfungsi dengan betul. Ia boleh berputar lebih dari biasa, lebih kuat daripada biasa, atau lebih panas daripada biasa, tetapi masih bekerjadengan sebaiknya. Apabila kipas laptop anda tidak berfungsi dengan betul, ia boleh menjadi tanda akan ada beberapa isu hardware yang lebih teruk dengan laptop anda jika masalah kipas anda tidak ditangani, dan  adalah lebih baik memeriksa kipas laptop anda dengan lebih awal. Lihat punca kerosakan kipas pada laptop/komputer anda :

 

 

  1. Habuk @ Dust yang melekat

 

Nampak remeh, tapi benda macam ni lah yang boleh memudaratkan laptop anda semua. Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu dengan gumpalan habuk-habuk yang melekat lalu menyebabkan kepanasan pada CPU meningkat. Graphic chipset juga sensitif terhadap kepanasan yang melampau. Panas adalah musuh utama komponen elektronik yang sering kali menyebabkan windows hang. Sikit demi sikit habuk yang terkumpul lama-lama akan menjadi bukit.

 

 

Pasti anda tidak selesa sekiranya kipas laptop anda berbunyi kuat. Tetapi tahukah anda apa yang menyebabkan kipas tersebut berpusing dengan kuat? Mesti ada sebabnya. Salah satunya, terdapat banyak habuk yang telah melekat dan berkumpul di bilah-bilah kipas laptop anda. Selain daripada itu, thermal grease pada bahagian pemproses dan GPU laptop anda telah mula mengering dan keras.

 

 

  1. Guna Laptop Pada Permukaan Fabrik

 

Kenapa tak boleh guna atas fabrik? Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop. Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.

 

 

  1. Tidak pernah servis dalaman laptop.

 

Kipas yang menjadi sistem penyejukan ini, lama kelamaan akan memerangkap habuk. Jika anda tinggal di persekitaran yang ada karpet atau berhabuk, habuk akan lebih cepat terkumpul di kipas ini. Apabila habuk-habuk ini berkumpul, sistem menjadi tidak efisien kerana ianya menghalang udara panas dari keluar. Apabila ianya tidak efisien, komponen penting seperti processor dan pemproses grafik ini akan rosak kerana terlebih panas (overheating).

 

 

  1. Laptop terjatuh, boleh menyebabkan bilah kipas patah.

 

Kadang kadang kita tidak boleh mengelak dari perkara yang tidak diingini tetapi kita boleh kurangkan kesannya. Sentiasa gunakan beg laptop yang berkualiti ( walaupun berat), Elakkan dari menggunakan beg laptop yang cantik di luar tapi tidak melindungi!Jangan bawa laptop anda merata rata tanpa menyimpannya di dalam beg dahulu! jadikannya amalan!Jangan letakkannya di tepi tepi meja atau tempat tempat yang tidak stabil. Jika terjatuh, anda boleh memecahkanLCD skrin, hinge (susah sangat jumpa) Cover (pun susah sangat nak jumpa) Frame (lagi sangat susah nak jumpa)Hard Disk( mudah diganti tetapi data tidak dapat diganti)Pastikan getah yang sepatutnya berada di bawah laptop masih ada dan berada dalam keadaan baik . Ini akan mengelakkannya dari tergelincir secara tak sengaja.

 

 

  1. Laptop panas akan menyebabkan kerosakan pada kipas.

 

Tanda awal dan yang paling penting membawa kepada kegagalan  atau kerosakan kipas adalah, haba. Kipas laptop berjalan dan kelihatan seperti terlalu laju atau terlalu kuat atau tidak mencukupi, tetapi penunjuk sebenar adalah CPU anda. Sebab kipas  berjalan pada laptop anda adalah untuk memerangi dan mengawal haba yang dikeluarkan oleh processor bersama-sama dengan heatsink yang terletak pada processor dan motherboard laptop.

 

 

  1. Telah sampai jangka hayat kipas laptop.

 

Jika kipas laptop anda berhenti bekerja sepenuhnya, haba yang dihasilkan oleh mesin anda boleh melengkungkan sistem motherboard laptop anda, menyebabkan CPU terlalu panas, atau menyebabkan beberapa isu-isu lain yang akhirnya boleh memusnahkan laptop anda. Jika  kebimbangan tentang fungsi kipas laptop anda adalah konsisten, atau notis laptop anda secara rutin menjadi lebih panas daripada biasa, hubungi kedai membaiki komputer atau spare part laptop dan melakukan penggantian secepat mungkin.

 

 

  1.  Main Game Terlalu Lama

 

Perkara ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan video game kat pc / laptop. Ye la sape yang tak suka main game. Untuk bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan mempunyai spec yang tertentu. Apa yang terjadi ketika anda main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang anda main tu memerlukan graphic yang tinggi.

 

 

Disebabkan komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut akan menjadi panas. Sekiranya anda pengemar video game saya nasihatkan beli laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh upgrade macam-macam berbanding laptop.

 

  1.  Overclocking

 

Sebelum saya bercerita pasal overclocking, anda tahu tak overclocking tu apa? Secara ringkasnya, overclocking bermaksud menetapkan atau memaksa CPU dan memory laptop anda untuk berjalan pada kelajuan yang lebih tinggi daripada gred kelajuan yang telah ditetapkan oleh manufacturer. Sebagai contoh, Intel Core i7 860 berjalan dengan kelajuan 2.80 Hz. Overclocking Core i7 860 bermaksud memaksa CPU ke kelajuan jauh lebih tinggi daripada 2.80 Hz. Kalau anda melakukan overclocking cpu akan berkerja dengan lebih keras dan suhu akan meningkat.

 

 

Kipas laptop rosak? Patah? FR Laptop Service Bole Bantu Anda

 

Kenapa perlu beli baru sedangkan kipas laptop yang rosak boleh dibetulkan? Jika kipas laptop anda sudah tidak berfungsi, maka anda harus segera membawanya ke tempat servis. Boleh jadi ada masalah internal yang membuatnya tidak berfungsi lagi atau mungkin juga kipasnya sudah rosak sehingga harus diganti dengan yang baru. FR Laptop servis menawarkan perkhidmatan baik pulih laptop/ komputer yang telah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang ini. Segala masalah mengenai laptop/komputer adalah kepakaran mereka.

 

 

Pelbagai jenis kipas mengikut jenis laptop ada di FR Laptop Servis

 

Brand laptop pon pelbagai apatah lagi jenis kipas nya pula pasti berbeza. InshaAllah jika anda menghadapi masalah kipas laptop rosak mereka ada kipas gantian yang baru tanpa perlu tunggu stock. Jadinya, takda lah anda kena tunggu lama untuk mereka betulkan laptop.

 

 

Servis clean dust adalah percuma apabila anda tukar kipas laptop anda dengan kami

 

Yaa! Betul tu. inilah keistimewaan untuk semua pelanggan FR Laptop Servis. Alang-alang mereka tukarkan kipas laptop anda terus dibuatkan servis clean dust secara percuma untuk anda. Macam mana proses clean dust dilakukan? Mereka akan tanggalkan semua komponen dan bersihkan setiap habuk yang terdapat pada komponen tersebut. Bila dah dibersihkan pasti tiada lagi masalah overheating.

 

 

Laptop lembab? Kami juga menyediakan servis format dan siap dalam 24jam

 

Selain servis menukarkan kipas, FR Laptop Servis juga ada menyediakan servis untuk format laptop. Kalau anda rasa laptop anda berat atau lambat sangat nak loading tu tanda awal kena format. Yelah, kadang-kadang kita ni suka install software yang tidak perlu sampai berat laptop dibuatnya. Jenis window yang ditawarkan pula ada window 7, window 8.1 dan juga window 10. Anda boleh pilih jenis window yang anda suka dan tempoh siap format adalah 24 jam sahaja. Bila dah format pasti disertakan sekali basic software seperti Google Chrome, Microsoft Office dan sebagainya. Jimat duit anda!

 

 

FR Laptop Servis menyediakan servis hardware seperti keyboard, skrin dan banyak lagi.

 

Tentulah ada servis lain di FR Laptop Servis seperti baiki atau tukar keyboard, skrin, motherboard dan banyak lagi. Team mereka tidak tertumpu pada kerosakan laptop yang sedikit malah secara menyeluruh. Jika anda ada masalah laptop jangan segan silu untuk hantar kepada mereka.

 

Lokasi FR Laptop Servis berdekatan dengan MRR2

 

Lokasi FR Laptop Servis yang berdekatan dengan MRR2 mudah untuk dicari dan tidak jauh dari jalan raya akan kelihatan kedai mereka. Jika anda tidak berapa mahir kawasan disini, gunakan aplikasi waze dan inshaAllah akan jumpa kedai mereka.

 

 

Servis Runner juga disediakan untuk mereka yang jauh dari kawasan kedai FR Laptop Servis

 

Tiba-tiba laptop hang sampai tak boleh on. Dah la ada banyak kerja nak siapkan. Kenderaan plak xde nak hantar repair. Aduh…

Pasti tension bila tiba-tiba situasi begini berlaku kan? Jangan bimbang, andai kata anda mengalami situasi begini terus hubungi FR Laptop Servis untuk mereka menghantarkan runner menyelamatkan laptop anda. Syarat untuk menggunakan runner mereka, pastikan kawasan rumah anda tidak terlalu jauh dari tempat mereka ok.

 

 

Tunggu apa lagi, jom repair kipas laptop ada di FR Laptop Servis Sekarang!

Nak repair kipas laptop tidaklah semudah yang dijangka. Sesetengah laptop ada banyak part perlu dibuka. Maklumlah, setiap brand laptop pasti kipasnya terletak ditempat yang berbeza. JIka anda rasa laptop anda mulai rasa panas bila pakai beberapa jam pakai, silakan servis segera sebelum semakin teruk. Hubungi mereka di talian bawah :

FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Murah di Kuala Lumpur

Telefon / WhatsApp : +60172882349 Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

Satu pandangan pada “Punca Kerosakan Kipas Laptop Yang Anda Perlu Elak”

  1. Irfan berkata:

    Salam,

    Bole tahu berapa harga format laptop?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *