PERBEZAAN ANTARA VERSI-VERSI WINDOWS 10


Windows 10 agak popular sekarang, dan kebanyakan laptop yang baru hadir dengan Windows 10. Windows 10 mempunyai peningkatan dari segi interface, tetapi, untuk sesetengah komputer ia masih lagi belum cukup stabil, dan ia juga boleh dikatakan agak berat untuk komputer dengan spesifikasi yang rendah.

Windows 10 juga hadir dalam beberapa variasi seperti Windows 10 Single Language, Windows 10 Home, Windows 10 Pro, dan Windows 10 S.

Windows 10 Single Language

Windows 10 Single Language adalah versi yang biasanya hadir pada laptop-laptop baru. Hanya mempunyai satu bahasa, dan agak limited pada fungsinya.

Windows 10 Home

Windows 10 Home ini merupakan Windows 10 pada versi asas. Ia khusus untuk pengguna dirumah. Seperti pada Windows 8.1 Basic, ia tidak mempunyai perlindungan yang lebih ketat. Tapi Windows Defender masih lagi ada.

Windows 10 Pro

Untuk versi Pro ia mempunyai penambahan pada Windows Information Protection, Bitlocker untuk menambahkan perlindungan pada komputer anda. Versi Pro juga mempunyai banyak kelebihan untuk Business Management.

Windows 10 S

Merupakan Windows 10 pada versi paling ringan dan dikhususkan untuk tablet, yang memudahkan penggunaan dan tanpa memakan ruang yang besar pada storage. Oleh kerana biasanya laptop yang menggunakan Windows 10 S, hanya mempunyai storage sebesar 32GB atau 64GB.

Nak Jual Komputer? Ini Yang Anda Perlu Lakukan Dulu


Mungkin anda dah beli laptop ataupun desktop yang baru, dan anda ingin jualkan yang lama, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda menjualnya.

Jika anda hanya menjual komputer lama anda tanpa hard disk, ia merupakan salah satu langkah yang bijak. Ini kerana, pada hard disk tersebut, terdapat pelbagai data yang boleh diambil dan ia juga mungkin dapat menjejaskan kita sebagai pemilik asal.


Langkah-langkah sebelum jual komputer

1. Backup fail-fail anda
Apa sahaja data yang penting untuk anda, backup, simpan pada cloud ataupun pada external hard disk atau kedua-duanya sekali. Sekurang-kurangnya, data anda masih selamat dan anda boleh dapatkannnya bila-bila masa sahaja.

2. Download driver untuk komputer
Sekurang-kurangnya download driver wifi untuk Windows 7, andai kata lepas format, driver wifi tak detect secara automatik, anda boleh installkan secara manual. Mana kalah untuk Windows 8.1 dan Windows 10, anda tak perlu risau, ia akan detect driver secara automatik.

3. Format laptop anda
Delete semua partition dan buat semula partition baru, dan install semula Windows pada komputer anda.

Jika anda mempunyai data sensitif, anda boleh gunakan software untuk wipe semua data anda.

4 Kesilapan Yang Anda Lakukan Menjadikan Laptop Anda Lembab


Kenapa laptop dah jadi slow? Soalan yang biasa ditanya oleh pengguna laptop. Cara penggunaan laptop mampu memberi kesan kepada performance laptop anda. Ia juga boleh menjadikan laptop anda lebih perlahan berbanding sebelumnya.


Apa Yang Menyebabkan Laptop Slow?
1. Jumlah RAM terlalu rendah
2. Virus dan Malware
3. Terlalu banyak aplikasi pada background
4. Hard disk yang rosak


null
Kesilapan Pertama: Install banyak aplikasi
Apa yang biasa kita akan buat lepas beli laptop baru, adalah, install software yang kita akan gunakan. Namun begitu sesetngah program akan running pada background dan ia akan menjadikan laptop kita lebih slow.

Apa yang anda patut buat adalah, disable startup dan juga buang aplikasi yang anda tidak akan gunakan.



Kesilapan Dua: Tak penah reboot atau restart
Restart atau reboot ini akan refresh semula laptop anda dan akan tingkatkan performance laptop anda.



Kesilapan Ketiga: Tekan atau download sesuka hati
Sebelum kita tekan ataupun download, kita perlu pastikan link dan fail yang didownload itu tidak mengandungi malware ataupun virus yang kemudiannya boleh menyebabkan laptop kita slow.



Kesilapan Keempat: Tak pernah lakukan maintenance
Fragmentation akan terjadi apabila kita gunakan hard disk pada laptop. Dan cara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan Disk Defragmenter. Ia akan menyusun fail anda dan menjadikan masa untuk akses data anda lebih cepat.

Apa Itu System32? Dan Kenapa Anda Tak Boleh Delete Fail Ini


Bila anda berada di Internet, anda mungkin akan terjumpa sebuah meme atau prank yang meminta anda untuk memadam System32 untuk meningkatkan kelajuan laptop anda.

Apa yang akan jadi bila kita padam System32? Jom kita kena System32 dulu.


Apa Itu System32
System32 adalah sebuah fail yang ada pada Windows, sejak Windows 2000 lahgi. Ia mengandungi pelbagai jenis fail yang penting untuk Windows berfungsi dengan baik.



Apa Jadi Lepas Kita Padam System32?
Selepas fail System32 dipadam, laptop akan mula kehilangan fungsi dan kebolehannya. Fungsi asas seperti run programs, menggunakan Start Menu tidak akan berfungsi, oleh kerana failnya sudah dipadam.



Macam Mana Nak Dapatkan System32 Semula?
Anda hanya mempunyai satu pilihan untuk dapatkan fail System32 semula adalah format semula laptop anda dan anda akan dapat semula fail System32.

Cara Mudah Untuk Menjaga Laptop Anda


Pernah anda terfikir bahawa laptop anda memerlukan servis? Atau mungkin anda pernah terfikir cara untuk mengekalkan laptop anda dalam keadaan yang baik. Jadi kami akan kongsikan dengan anda beberapa tips untuk anda menjaga laptop anda.

Berbanding desktop, laptop boleh dikatakan lebih mudah untuk rosak, dan kos untuk membaik pulihnya lebih mahal.


Pastikan bateri anda sejuk
Bateri lithium yang digunakan pada masa sekarang tidak mempunyai jangka masa yang panjang, tetapi anda boleh melambatkan masalah ini. Elakkan haba dan gunakan bateri sekurang mungkin, jika anda menggunakan charger, lebih baik tanggalkan bateri semasa menggunakan laptop.


Elakkan makan dan minum berdekatan dengan laptop
Setiap barang elektronik sensitif terhadap air, dan jika air tertumpah, ia boleh merosakkan keyboard dan paling teruk, merosakkan motherboard anda. Makanan pula boleh mengundang tetamu yang tidak dijangkakan; semut.


Gunakan beg laptop yang sesuai
Laptop juga sensitif terhadap impak, jadi dengan beg yang betul, seandainya berlaku kemalangan, laptop anda masih dalam keadaan yang baik.


Bersihkan keyboard laptop anda
Kalau butang keyboard anda sudah mula susah ditekan, ataupun tersangkut, sudah sampai masanya untuk membersihkan habuk-habuk yang ada pada keyboard. Gunakan compressed air untuk bersihkan keyboard anda.


Bersihkan skrin laptop anda
Jika skrin anda sudah mulai kabur, ambil kain microfibre, dan lap pada skrin anda, sehingga segala kotoran hilang. Jika ia tidak berkesan, basahkan sedikit kain dengan glasss cleaner, dan lap skrin laptop anda.