Scroll to top

Faktor Laptop Cepat Panas

No comments

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Peranti elektronik seperti Laptop adalah alat yang mempunyai kompenen yang sensitif terhadap suhu terutama panas berbanding pc. Ini kerana rekabentuk laptop itu sendiri yang nipis dan lebih kecil berbanding pc menyebabkan kompenen di dalamnya menjadi sangat padat dan membuatkan kekurangan udara di dalamnya.

Sangat bahaya jika laptop cepat panas. Ini kerana boleh menganggu prestasi laptop anda untuk bekerja. Suhu panas boleh menyebabkan bukan sahaja kerosakan malah bahaya kepada pengguna. Sebab itu sangat penting untuk tahu punca kenapa Laptop cepat panas dan cara mengelakkan berlaku Laptop cepat panas.

Banyak sebab laptop cepat panas walau tempoh penggunaan tidaklah terlalu lama. Mungkin di sebabkan gangguan pada kipas kerana kita sedia maklum kipas berfungsi untuk mengelakkan berlaku laptop cepat panas. Jika berlaku kerosakan pada kipas di dalam laptop, ia mungkin penyebab laptop cepat panas.

Selain kipas pada Laptop rosak, habuk atau kotoran yang terperangkap pada kipas
juga mungkin menjadi punca laptop cepat panas. Sebab itu penting untuk selalu servis laptop bagi memastikan habuk dan kotoran dapat di bersihkan.

Ramai mungkin masih tidak tahu di dalam laptop salah satu kompenen yang cepat panas adalah processor. Biasanya laptop baru ada seakan gel yang di sebut sebagai thermal paste pada processor. Fungsinya adalah bertujuan untuk kurangkan kepanasan yang di hasilkan oleh processor. Tapi semakin lama hayat sebuah laptop, thermal paste tersebut mula mengering dan processor akan cepat panas. Dan ia juga menjadi salah satu punca laptop cepat panas.

Bermain games juga boleh menyebabkan Laptop cepat panas. Jadi pastikan anda menghadkan masa permainan games di laptop. Atau lebih baik menggunakan pc atau desktop jika ingin bermain game atas talian. Kerana penggunaan laptop untuk bermain games mungkin kurang sesuai kerana laptop lebih sensitif berbanding pc atau desktop.

Jika Laptop cepat panas dan tiba tiba mati. Ini mungkin berpunca daripada penyerapan udara ke dalam laptop tersekat. Jadi elakkan meletak laptop di atas permukaan lembut seperti bantal dan sebagainya kerana ia menyekat aliran udara. Walaupun nampak seperti perkara remeh tapi mampu merosakan kompenen dalaman laptop anda jika laptop cepat panas.

Selain itu penggunaan yang terlalu lama juga  antara punca laptop cepat panas. Jadi perlu limitkan juga masa penggunaan dan rehatkan seketika laptop sebelum menyambung semula aktiviti menggunakan laptop. Jika anda dapati Laptop cepat panas walaupun tempoh penggunaan tidak terlalu lama, jangan biarkan sehingga laptop anda mati seterusnya tidak boleh di buka semula. Segeralah mencari punca berlaku dan di perbaiki dengan segera.

Tapi sekiranya anda dapati laptop cepat panas yang anda tidak tahu punca dan anda tidak ada kepakaran membaiki jangan cuba cuba untuk membaiki sendiri kerana mungkin kerosakan kecil boleh menyebabkan berlaku kerosakan lebih besar pada kompenen lain jika anda cuba membaiki tanpa kepakaran.

Jika anda memerlukan perkhidmatan pakar untuk servis laptop anda, Salah satu pusat servis laptop yang anda boleh kunjungi adalah FR Laptop service. Mereka mempunyai staff yang terlatih untuk membantu masalah laptop anda. Mereka juga menyediakan perkhidmatan konsultasi untuk para pelanggan bagi membincangkan masalah dan cara penyelesaiannya.

Boleh hubungi atau walk in terus ke

 


Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Related posts

Post a Comment