Scroll to top

Punca Laptop Cepat Panas

No comments

Alamat
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Peralatan elektronik seperti laptop mempunyai komponen yang sensitif terhadap suhu berbanding desktop. Ini kerana rekabentuk laptop itu sendiri lebih nipis dan lebih kecil berbanding desktop dan ini menyebabkan komponen di dalam agak padat dan mengurangkan udara di dalamnya. Ini boleh mengundang masalah laptop cepat panas yang kemudiannya boleh menganggu prestasi laptop anda untuk bekerja.

Suhu yang tinggi bukan sahaja boleh merosakkan laptop malah anda juga boleh terdedah kepada ancaman bahaya. Sebab itu sangat penting untuk tahu punca kenapa laptop cepat panas dan cara untuk mengelakkan berlakunya laptop cepat panas.

Banyak punca laptop cepat panas walau tempoh penggunaan tidaklah terlalu lama. Mungkin disebabkan oleh kerosakan pada kipas, kerana tujuan kipas adalah untuk menyejukkan laptop dan mengelakkan berlakunya laptop cepat panas. Jika kipas di dalam laptop sudah rosak, maka ia adalah punca laptop cepat panas.

Selain daripada kipas di dalam laptop yang rosak, habuk dan kotoran yang tersangkut pada kipas juga boleh menjadi punca laptop cepat panas. Sebab itu penting untuk servis laptop secara berkala untuk memastikan laptop sentiasa beroperasi dengan suhu yang rendah.

Mungkin ramai yang masih belum tahu di dalam laptop terdapat satu komponen yang mudah untuk panas iaitu processor. Biasanya pada processor ini akan ada satu kompaun yang dipanggil sebagai thermal paste. Thermal paste ini bertujuan untuk mengalihkan haba daripada processor untuk mengurangkan haba serta menyejukkannya. Tapi semakin lama laptop digunakan, semakin kering kompaun yang bergelar thermal paste ini dan akan mengakibatkan punca laptop cepat panas.

Bermain permainan video juga boleh menjadi punca laptop cepat panas. Jadi anda perlu menghadkan waktu bermain anda di laptop. Atau lebih baik untuk menggunakan desktop untuk bermain permainan video untuk jangka masa yang lama. Oleh kerana laptop tidak mempunyai sistem penyejukkan yang kurang baik jika dibandingkan dengan desktop. Jika laptop digunakan untuk jangka masa yang lama, laptop cepat panas dan akan lebih cepat rosak.

Jika anda ada masalah laptop cepat panas dan tiba-tiba mati, ini mungkin daripada laluan udara kedalam laptop yang telah disekat. Jadi anda harus elakkan daripada menggunakan laptop di atas permukaan yang lembut seperti tilam, bantal, selimut, baju. Lebih disarankan untuk menggunakan laptop di atas permukaan yang rata untuk mengelakkan laptop cepat panas,

Selain daripada itu, penggunaan laptop yang terlalu lama juga boleh menjadi punca laptop cepat panas. Jadi anda perlu mengurangkan waktu penggunaan laptop dan memberikan waktu rehat untuk laptop anda sebelum anda menyambung semula aktiviti menggunakan laptop.

Jika anda perlukan khidmat pakar untuk masalah laptop cepat panas, dan anda berada di Kuala Lumpur, anda boleh terus mengunjungi FR Laptop Services. Mereka mempunyai staf yang terlatih dan bersedia untuk membantu masalah laptop anda.

Anda boleh terus hubungi atau walk in:

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100, Kuala Lumpur

No Tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad; 9 am – 9 pm

Related posts

Post a Comment