Scroll to top

Tukar SSD Di Kuala Lumpur

No comments

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Salah satu isu yang biasa pengguna laptop atau desktop hadapi adalah terpaksa menunggu lama untuk masuk ke Windows. Isu seperti ini sudah pasti akan membuatkan kita rasa hilang sabar terutama di waktu getir dan memerlukan laptop atau desktop untuk menyiapkan urusan penting. Tapi ramai yang tak tahu punca dan cara untuk lajukan laptop atau desktop.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa laptop atau desktop kita boleh jadi sangat perlahan dan mengambil masa yang lama untuk dibuka. Antara punca biasa adalah:

Pada laptop dan desktop, terdapat satu komponen untuk menyimpan data, iaitu hard disk. Hard disk ini ada jenis storage yang lama, dan ia menggunakan cakera yang berpusing didalam menyebabkan laptop mudah untuk menjadi panas, selain daripada menghasilkan bunyi bising dan agak perlahan berbanding SSD.

Disebabkan itu, ramai yang sudah mula beralih kepada Solid State Drive ataupun SSD. SSD adalah peranti storan yang lebih laju, lebih ringan, lebih senyap dan menjimatkan tenaga. Semua kelebihan pada SSD ini menjadikannya lebih kurang panas dan mampu untuk bertahan lama.

Sekiranya anda berminat untuk menukarkan HDD daripada laptop atau desktop anda kepada SSD, ada beberapa perkara asas yang anda perlu tahu terlebih dahulu. Antaranya:

Saiz Storan

Saiz storan ini adalah perkara utama yang perlu anda pertimbangkan. Anda harus tahu saiz storan yang bersesuaian dengan penggunaan anda kerana saiz SSD ini yang akan menentukan harga. Semakin besar saiz storan, semakin tinggi harganya.

Jenama

Kini, terdapat pelbagai jenama untuk SSD yang berada di pasaran termasuklah jenama yang dikenali juga jenama yang belum pernah didengari. Untuk pemilihan SSD ini lebih dicadangkan untuk mengambil SSD daripada jenama yang terkenal atau popular bagi mengelakkan apa-apa masalah yang boleh timbul dengan penggunaan SSD yang tidak berjenama dan murah.

Jaminan

Oleh kerana terdapat pelbagai jenis SSD di pasaran, setiap SSD juga mempunyai durasi jaminan yang berbeza. Dan ambillah SSD yang mempunyai jaminan sekurang-kurangnya 3 hingga ke 5 tahun. Ini supaya sekiranya berlaku apa-apa jenis kerosakan, SSD anda masih boleh ditukarkan secara percuma tanpa anda mengeluarkan kos tambahan.

Jika anda berminat untuk upgrade laptop anda daripada HDD kepada SSD, tetapi anda kurang mahir untuk lakukannya sendiri, anda boleh tukar SSD di Kuala Lumpur dengan FR Laptop Services.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa perlu ke FR Laptop Services kalau hendak tukar SSD di Kuala Lumpur?

FR Laptop Services adalah pakar laptop dan komputer yang berpusat di Kuala Lumpur. Selain daripada tukar SSD di Kuala Lumpur, FR Laptop Services juga menyediakan pelbagai jenis khidmat terutama dalam membaiki dan servis laptop dan juga desktop.

Untuk anda yang tidak mempunyai pengetahuan asas tentang laptop dan ingin tukar SSD di Kuala Lumpur, anda boleh dapatkan nasihat percuma di FR Laptop Services. Mereka mempunyai barisan staf yang terlatih dan sentiasa bersedia untuk membantu masalah laptop dan desktop anda.

Memang ada banyak lagi pilihan sekiranya anda ingin tukar SSD di Kuala Lumpur, tetapi keistimewaan FR Laptop Services adalah ia adalah 100% milik bumiputera. Jadi selain daripada anda dapat perkhidmatan professional, anda juga dapat membantu ekonomi orang Muslim.

Untuk tukar SSD di Kuala Lumpur, kami galakkan untuk anda berurusan terus di tempat yang mempunya premis seperti kedai komputer supaya anda dapat mengelakkan berurusan dengan individu kerana kini semakin banyak kes penipuan yang berlaku. Jika masalah terjadi dan anda ingin menuntut jaminan, inidividu tersebut tidak dapat dikesan.

Jadi sekiranya anda berminat untuk tukar SSD di Kuala Lumpur, anda boleh hubungi FR Laptop Services dengan nombor di bawah:

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Post a Comment