KOMPONEN Harga repair hard disk laptop

Harga Repair Hard Disk Laptop Di Kuala Lumpur

Penggunaan komputer atau komputer riba pada masa kini amat diperlukan, lebih-lebih lagi pada mereka yang perlu menyiapkan tugasan menggunakan komputer. Namun, jika terlebih hadnya, ianya pasti akan mengalami kerosakkan dan Harga Repair Hard Disk Laptop bukan murah. Salah satu bahagian yang ramai dalam kalangan anda hadapi adalah bahagian hard disk.

 

HDD Harga repair hard disk laptop

 

Hard disk drive (HDD, hard drive, hard disk, atau disk drive) adalah perangkat untuk menyimpan dan mengambil maklumat digital terutama pada data komputer.  Selain digunakan untuk menyimpan data dalam sebuah komputer (internal HDD), hard disk juga dapat digunakan dalam external data storage (penyimpanan external data). Kebiasaannya hard disk akan mudah rosak apabila pengguna sering menggunakan laptop sepanjang masa tanpa tutup. Ia boleh mengakibatkan kerosakan pada HDD laptop. Selain itu, cara tutup laptop dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan hard disk laptop rosak. Terputus arus elektrik atau arus yang tidak stabil boleh menyebabkan berlaku boot sector. Hal ini akan menyebabkan hard disk yang digunakan cepat rosak.

 

Punca Hard Disk Rosak

 

Terdapat beberapa simptom hard disk komputer yang menunjukkan punca-punca mengapa ianya akan rosak. Jom kita ketahui apa punca-punca tersebut.

 

Kerap sleep dan hibernate

 

sleep Harga repair hard disk laptop

 

Sleep untuk jangka masa yang pendek seperti satu jam dan ke bawah, tiada masalah, tetapi kalau nak biarkan lama-lama lebih baik shutdown.

 

Terkena impak

 

Punca paling kerap berlaku yang menyebabkan hard disk biasa lekas rosak adalah kerosakan fizikal yang disebabkan oleh terjatuh atau gegaran. Binaan dalaman hard disk yang terdiri dari komponen-komponen kecil mekanikal sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku terhadap jajarannya (alignment). Terlari sikit pun sudah cukup untuk menjadikan hard disk berkenaan bermasalah.

 

fb Harga repair hard disk laptop

 

Untuk itu, langkah sebaiknya adalah meminimumkan sebarang pergerakan luaran yang melibatkan hard disk anda. Hard disk desktop yang bersaiz faktor 3.5 inci lebih berisiko untuk rosak berbanding hard disk untuk kegunaan laptop (2.5 inci) kerana hard disk untuk laptop dibina lebih tahan lasak kerana ia dibina khusus untuk peranti mudah alih. Namun, anda tetap perlu mengendalikan dengan berhati-hati kerana kalau anda terhentak sikit pun hard disk berkenaan mempunyai risiko untuk berlakunya kerosakan data.

 

Suhu yang tinggi

 

Sama juga dengan perkakasan-perkakasan elektronik lain, hard disk perlu di operasi di bawah julat suhu yang optimal bergantung kepada model dan pengeluarnya. Asalkan anda menggunakannya di dalam julat suhu yang bersesuaian, hard disk dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

 

bako Harga repair hard disk laptop

 

Namun, masalah kepanasan sering timbul apabila kerangka desktop tidak di selenggara dengan baik hingga aliran udara di dalamnya terganggu akibat dipenuhi habuk. Begitu juga halnya dengan laptop di mana anda perlu ambil perhatian pada bahagian rongga aliran keluaran udaranya supaya bebas dari habuk-habuk yang menyekat.

 

Pengguna laptop boleh juga menggunakan pelapik laptop berkipas yang mampu melancarkan aliran udara pada permukaan bawah laptop dan mengurangkan risiko lampau panas pada laptop.

 

Tiba-tiba kehilangan kuasa

 

Bekalan kuasa elektrik ada masanya tidak konsisten. Pada satu-satu masa, voltan boleh melebihi dari kadar biasa dan lonjakan voltan yang naik secara mengejut dalam waktu yang singkat dipanggil sebagai pusuan voltan (voltage surge).

 

cas Harga repair hard disk laptop

 

Pusuan voltan boleh menyebabkan kerosakan terhadap perkakasan komputer anda termasuklah hard disk. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan pelindung voltan pusuan (surge protector) dapat melindungi perkakasan komputer anda dari kerosakan yang berpunca dari gangguan bekalan elektrik.

 

Selain dari masalah pusuan voltan, masalah terputus bekalan elektrik yang berlaku terlalu kerap juga mampu mendatangkan kesan buruk terhadap perkakasan komputer terutamanya hard disk. Untuk itu, sebaiknya anda boleh menggunakan power supply yang lengkap dengan surge protector. Perlindungan dua-dalam-satu ini sekurang-kurangnya mampu melindungi anda dari bahaya yang tidak diduga.

 

Kerap forced shutdown

 

Pabila Laptop hang (tidak bertindak balas), pengguna biasanya mematikan komputer riba dengan menekan power dan memegangnya seketika sehingga laptop dimatikan, tetapi bukan shutdown biasa, ia dipanggil force shutdown.

 

tunggu Harga repair hard disk laptop

 

Fragmentasi fail

 

Fragmentasi fail bukanlah punca kerosakan hard disk secara langsung. Bagaimanapun, fragmentasi akan membuatkan hard disk bekerja dengan lebih kuat kerana perlu mencari pecahan-pecahan data yang bersepah dan tidak bersusun pada satu tempat.

 

defrage Harga repair hard disk laptop

 

Oleh itu, kerja-kerja defragmentasi perlu dilakukan supaya pecahan-pecahan data ini dapat disusun kembali dan memudahkan capaian data dapat dilakukan dengan lebih pantas. Defragmentasi juga penting untuk meningkatkan prestasi komputer anda secara keseluruhannya. Hard disk yang menggunakan format FAT32 perlu lebih kerap melakukan defragmentasi berbanding yang menggunakan format NTFS.

 

Bagaimanapun, anda tidak perlulah terlalu kerap melakukan defragmentasi ini kerana fragmentasi berlaku apabila anda banyak perubahan data terlalu kerap berlaku pada hard disk anda. Sebaiknya, anda melakukan defragmentasi apabila fragmentasi anda sudah mencapai di antara 5 hingga 10 peratus.

 

Tanda-Tanda Hard Disk Yang Rosak

 

Bagi anda yang setiap hari menggunakan PC untuk menyelesaikan tugas kerja dan sebagainya, anda mesti tahu tanda hard disk komputer riba mulai rosak.

 

komponen HDD Harga repair hard disk laptop

 

Kerosakan pada HDD tidak semestinya dikaitkan dengan kerosakan fizikal pada hard disk. Sebab kemungkinan kerosakan ini berlaku kerana sistem mulai error seperti bad shadow, Bad sector, bad cluster, dan lain-lain. Ada beberapa tanda-tanda hard disk yang mula rosak.

 

Bunyi bising pada hard disk

 

Dengarlah bunyi pada hard disk sewaktu dinyalakan, biasanya hard disk yang masih elok dan normal akan mempunyai bunyi yang lembut. Akan tetapi berbeza dengan hard disk yang rosak/bad sector akan berbunyi sangat kasar. Ini kerana dari slider (berbentuk jarum) yang digunakan untuk membaca kepingan hard disk tidak stabil dan akhirnya bergerak kasar. Biasanya ini disebabkan oleh arus elektrik yang tidak stabil.

 

Jari Harga repair hard disk laptop

 

Data-data hilang atau corrupt

 

Biasanya user tidak mengetahui jika komputer yang di milikinya mempunyai masalah hard disk sampai salah satu data hilang atau program yang ada pada komputer tidak boleh di jalankan.

 

Kerap Hang

 

walaupun LED berkedip menunjukkan hard disk anda sedang membaca, tetapi berkedip berulang-ulang, kemungkinan masalah bad sector. Symptom ini juga biasanya dilihat apabila setup atau install yang baru tetapi  blue screen tetap muncul.

 

monitor rosak Harga repair hard disk laptop

 

Lambat masuk ke Windows

 

Pernah tak sakit hati bila tunggu windows nak start up pun sejam tak masuk-masuk, Dah la banyak kerja nak buat, Laptop pula slow macam kura-kura, Bila buka words tunggu 10 minit baru loading. Jika perkara ini berlarutan bermaksud besar kemungkinan Hard Disk anda bermasalah.

 

pening Harga repair hard disk laptop

 

Mengambil masa yang lama untuk membuka fail yang ringan

 

Apabila menyalin fail atau membaca fail dari hard disk, anda boleh rasai prestasi yang sangat perlahan, dengan tugas-tugas mudah yang memerlukan lebih banyak masa untuk selesai berbanding sewaktu dahulu. Ini mungkin merupakan tanda bahawa hard disk anda menuju kegagalan.

 

Lamanya Harga repair hard disk laptop

 

Repair hard disk dengan FR Laptop Service

 

Jika anda mempunyai masalah hard disk, kami syor kan anda ke FR Laptop Service.FR Laptop Service adalah sebuah syarikat bumiputera yang membaik pulih pelbagai jenama komputer riba yang pelbagai model sehinggalah model tersohor iaitu Apple. FR Laptop Service beroperasi secara rasminya di Jalan Kanan 1, Kuala Lumpur. FR Laptop Service mempunyai pengalaman dalam membaik pulih komputer riba dan membaik pulih Apple Mac book lebih dari 5 tahun.

 

board Harga repair hard disk laptop

 

Selain itu, FR Laptop Service memberi anda Jaminan selama setahun termasuk dengan servis format dan dengan pilihan antara Windows 7 sehingga Windows 10. Malah, software basic turut disertakan sekali dengan pakej ini. Anda juga tidak perlu lama untuk menunggu kerana tempoh siap repair hard disk dan format PC atau laptop anda mengambil masa hanya 48 jam bersamaan dengan 2 hari sahaja. Cepat bukan? Inilah salah satu kelebihan yang ada pada FR Laptop Service.

 

health Harga repair hard disk laptop

 

Tak Pernah Servis Laptop?

 

Apakah itu servis laptop? Ramai yang menganggap servis hanyalah melibatkan proses membuang habuk, betul ke? Terlebih dahulu persoalannya kenapa anda perlu servis (buang habuk) dalam laptop? Ini kerana haba panas yang melampau akan menyebabkan motherboard laptop rosak seperti tiada display, tidak boleh on dan lain-lain. Cooling fan juga tidak dapat menghalang perkara ini berlaku jika habuk sudah menebal dalam laptop anda.

 

Berus kipas Harga repair hard disk laptop

 

Tapi anda langsung tidak pernah servis laptop anda langsung? Anda akan membahayakan laptop dalam jangka masa panjang. Laptop juga sama seperti kereta, perlu sentiasa diservis dalam waktu berkala seperti 6 bulan sekali. Hal ini dapat mengekalkan ketahanan motherboard laptop anda. Jangan buat-buat terkejut sangat kalau motherboard laptop anda kerap sangat rosak. Ini adalah kerana anda tidak mengambil langkah awal!

 

letak thermal paste Harga repair hard disk laptop

 

FR Laptop Service turut menyediakan servis Clean dust untuk membersihkan dalaman laptop anda di mana ianya siap dalam tempoh 24 jam sahaja. Sangat pantas. Thermal paste juga digantikan untuk mengekalkan efisiensi pengaliran haba. Kenapa Perlu Tukar Themal Paste? Themal paste Adalah Selapis Bahan Untuk Menyerap Haba Panas Dari Prosesor Laptop Keluar.

 

FR Laptop Service Menawarkan Pelbagai Jenis Servis Laptop

 

Selain itu, anda juga mengalami masalah-masalah kerosakkan laptop yang lain seperti skrin gelap, Sambungan USB tidak berfungsi, Prestasi komputer semakin perlahan dan sebagainya?

 

komen Harga repair hard disk laptop

 

Hantar sahaja laptop anda di FR Laptop Service kerana mereka adalah pakar servis anda. Antara servis yang mereka turut tawarkan adalah seperti keyboard, skrin, motherboard, dan banyak lagi servis yang disediakan.

Testimoni Harga repair hard disk laptop

 

Jom Baiki Laptop Anda Di FR Laptop Service

 

Bagi yang ada masalah tentang laptop, tidak kira sama ada masalah luaran atau dalaman, anda bolehlah ke Kedai FR Laptop Service. Mereka menawarkan harga yang berpatutan dan barang-barang gantian yang bermutu tinggi serta original. Bahkan lokasi kedai ini juga berdekatan dengan MRR2 yang memudahkan anda untuk ke kedai FR Laptop Service. Jika anda tiada masa yang terluang untuk ke kedai mereka, pihak FR Laptop Service turut menyediakan khidmat Servis runner untuk anda yang jauh daripada kedai mereka. Jadi, tunggu apa lagi, jom baiki laptop anda di FR Laptop Service sekarang juga.

 

saya puas hati Harga repair hard disk laptop

best Harga repair hard disk laptop

kemas Harga repair hard disk laptop

FR LAPTOP SERVICE | REPAIR HARD DISK MURAH

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

2 padangan di “Harga Repair Hard Disk Laptop Di Kuala Lumpur”

  1. SHAHRIZAL BIN KALBI berkata:

    Salam, boleh repair external dardisk tak?
    brand seagate
    2 terra
    jatuh masa tengah on

    1. dev hensem berkata:

      saya minta maaf tuan, kami tak repair external hard disk. untuk repair external hard disk, tuan boleh terus ke hard disk specialist.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *