Scroll to top

Kedai Servis Laptop Di Kuala Lumpur

No comments

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Pada zaman sekarang, memiliki sebuah laptop bukan lagi satu kemewahan kerana laptop kini sudah menjadi sebuah keperluan untuk hampir kesemua golongan. Di tambah lagi dengan musim pandemik Covid-19 yang melanda, memaksa untuk kebanyakan aktiviti dijalankan melalui atas talian atau online, dan secara langsung menjadikan laptop sebuah keperluan untuk setiap isi rumah. Terutama sekali untuk mereka yang diarahkan untuk bekerja daripada rumah ataupun para pelajar yang terlibat dengan PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah).

Telefon pintar hanya sesuai untuk sesetengah urusan di atas talian, menjadikan laptop lebih releven dan lebih sesuai untuk digunakan. Di dalam fasa ini, laptop sudah menjadi satu keperluan penting untuk sesetengah individu.

Disebabkan itu, laptop perlu dijaga dengan baik agar kondisi laptop sentiasa dalam keadaan yang baik dan tidak mengganggu urusan yang perlu diselesaikan. Ianya sangat penting terutama sekali apabila berada di dalam mesyuarat di atas talian ataupun kelas pembelajaran di atas talian. Bayangkan sekiranya laptop bermasalah, berlakunya masalah seperti tiba-tiba terpadam ataupun laptop menjadi hang semasa menggunakan laptop.

Penggunaan laptop di dalam jangka masa yang lama boleh menyebabkan laptop cepat panas. Dan setelah itu, ia boleh mendorong ke arah laptop motherboard rosak. Dan apabila terjadinya masalah pada laptop, sudah semestinya kita perlu menggunakan khidmat pakar untuk membaiki kerosakan pada laptop tersebut.

Faktor habuk dan kotoran yang terperangkap di dalam laptop juga boleh menjadikan laptop cepat panas dan laptop slow yang kemudiannya boleh menyebabkan kerosakan pada bahagian utama laptop iaitu motherboard. Disebabkan itu, servis laptop adalah penting untuk meastikan jangka hayat laptop anda tahan lebih lama dan juga untuk mengekalkan laptop bersuhu rendah.

Ramai yang tak tahu bahawa salah satu tip lajukan laptop adalah dengan menggantikan hard disk (HDD) kepada Solid State Drive (SSD). SSD boleh meningkatkan kelajuan laptop sehingga 10 kali ganda. Penting sebenarnya untuk memastikan laptop sentiasa lancar supaya tak perlu menunggu lama untuk menyelesaikan urusan menggunakan laptop. SSD ini sesuai untuk pelbagai jenis pengguna yang menginginkan laptop mereka menjadi lebih laju dan lebih selesa untuk digunakan.

Ini adalah sebab pentingnya untuk memastikan laptop sentiasa berada di dalam kondisi yang baik agar tiada masalah boleh terjadi semasa anda menggunakan laptop. Tetapi, jika laptop mengalami kerosakan, sudah semestinya masih boleh dibaiki. Cuma perlu merujuk kepada individu dan tempat yang betul sahaja.

Masih ramai lagi yang belum tahu tempat yang boleh repair motherboard di Kuala Lumpur kan? Tambah lagi dengan fasa pandemik sekarang, pergerakan kita dibataskan untuk keluar mencari kedai yang boleh membaiki perantik elektronik seperti laptop. Jadi dengan carian di Google sahaja dapat memberikan anda sedikit maklumat tentang kedai servis laptop di Kuala Lumpur.

Saya nak kongsikan satu kedai servis laptop di Kuala Lumpur. Kedai ini bukan hanya menyediakan servis format pada laptop malah menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan membaiki kerosakan lain untuk laptop.

Antara servis yang disediakan oleh kedai servis laptop di Kuala Lumpur adalah membaiki keyboard laptop rosak, skrin laptop rosak dan banyak lagi. Selain itu juga, mereka juga membuat perkhidmatan pickup dan delivery servis laptop di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar yang berhampiran.

Sekiranya anda mempunyai laptop bermasalah atau ingin servis laptop di Kuala Lumpur, anda boleh hubungi ataupun terus ke premis mereka di:

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Post a Comment