Scroll to top

Punca Laptop Motherboard Rosak

No comments

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Motherboard ataupun di dalam Bahasa Melayu, papan induk adalah tulang belakang yang menghubungkan semua komponen dalam komputer dan membolehkan mereka untuk berinteraksi sesama mereka. Jika ada kerosakan pada motherboard, kebiasaannya laptop ataupun desktop ini tidak akan dapat berfungsi. Meskipun motherboard cuma berada di dalam casing laptop ataupun desktop, jika tidak dijaga dengan baik, kerosakan berkemungkinan akan terjadi.

Peranti elektronik seperti laptop sangat sensitif dan mudah rosak sekiranya tersilap cara penggunaan dan penjagaan dengan baik. Dan untuk memastikan motherboard laptop sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh bertahan lama, laptop harus diservis sekurang-kurangnya setahun sekali untuk mengeluarkan habuk dan kotoran juga menggantikan thermal paste pada laptop. Habuk dan kotoran serta thermal paste yang kering biasanya menjadi punca laptop motherboard rosak.

Oleh sebab itu, penting sebenarnya untuk kita tahu punca laptop motherboard rosak supaya kita boleh bersedia dan lebih berhati-hati semasa menggunakan laptop.

Salah satu tanda yang paling popular laptop motherboard rosak adalah apabila laptop tidak dapat dihidupkan. Tetapi, bukan semua masalah laptop tak boleh hidup berpunca daripada motherboard. Jadi, laptop harus diperiksa terlebih dahulu sebelum memastikan punca laptop tak boleh dihidupkan.

Punca laptop tak dapat dihidupkan mungkin disebabkan perkara lain, seperti:

Bateri

Sekiranya anda menggunakan bateri sahaja, dan laptop tidak dapat dihidupkan, anda boleh mencuba untuk menggunakan charger pula. Banyak kes yang kami terima dimana bateri laptop dah rosak, jadi sukar untuk hidupkan laptop tanpa menggunakan charger.

Charger

Jika anda sudah menggunakan charger asal laptop tapi masih lagi tidak boleh dihidupkan, anda boleh cuba pula menggunakan charger daripada laptop lain, tapi anda perlu pastikan jenis charger dan kapasiti charger juga sama agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

RAM

Untuk memeriksa RAM, anda hanya perlu menanggalkan RAM dan cuci pada bahagian yang dipasang pada laptop, dengan hanya menggunakan pemadam. Laptop yang dah lama digunakan tanpa servis kebiasaannya akan dipenuhi habuk dan menyebabkan laptop tidak dapat dihidupkan. Jika masih sama, anda boleh cuba untuk menukar kepada RAM yang lain. Jika masih sama, mungkin laptop motherboard rosak.

Jika anda sudah memeriksa semua komponen tapi masih tak dapat dihidupkan, berkemungkinan besar ia adalah tanda laptop motherboard rosak.

Tapi jika anda tidak mempunyai kemahiran membuka laptop, lebih baik anda hantar ke kedai yang berdekatan untuk mengelakkan masalah yang mungkin terjadi disebabkan oleh kesilapan dalam pemasangan. Risau sekiranya laptop hanya mempunyai masalah yang ringan, tetapi disebabkan kesilapan sendiri, boleh menyebabkan laptop motherboard rosak.

Sekiranya anda memerlukan khidmat untuk memeriksa atau membaiki laptop motherboard rosak, anda boleh hubungi FR Laptop Services. FR Laptop Services merupakan sebuah syarikat milik bumiputera yang menawarkan perkhidmatan untuk membaiki pelbagai jenis masalah laptop.

FR Laptop Services juga mempunya barisan staff yang terlatih dan bersedia untuk membantu menyelesaikan masalah laptop motherboard rosak. Jadi anda tak perlu ragu-ragu jika ingin menggunakan perkhidmatan mereka.

Anda boleh hubungi ataupun terus walk in:

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Post a Comment