Alamat:
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
No tel: 0172882349
Waze/Google Maps: FR Laptop Services
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm
Assalamualaikum para readers mekyunie.com sekalian .
Dalam musim pandemic ni, dalam 80% juga kehidupan kita berubah dan perlu mengadaptasi normal baharu sebagai rutin harian dalam kehidupan. Korang okei ke tak dengan cara sekarang ni? Walaubagaimanapun, nak atau tak nak, kita tetap kena hadap dan cuba untuk sesuaikan diri dengan kehidupan sekarang ni. Jika dahulu kita tak pernah guna laptop ataupun computer untuk belajar, sekarang kita atau anak-anak kita sudah mula menggunakannya. Mek mengharapkan korang dapat penuhi keperluan seharian korang dari segi mental fizikal ataupun lain-lain keperluan dengan baik
walaupun ianya mungkin mengambil masa yang lebih untuk sesuaikan diri.
Bila dah berkenalan dengan laptop mahupun computer, memang ianya akan datang bersama keyboard. Keyboard ni kalau dalam bahasa katanya sebagai PAPAN KEKUNCI. Peranan keyboard ini tersangatlah banyak tapi yang paling penting ianya untuk kita menaip apa sahaja yang memerlukan taipan pada akses internet mahupun sekadar Microsoft word. Maka, tanpa keyboard – laptop tidak dapat berfungsi sepenuhnya malah 90% penggunaan laptop bergantung pada keyboard ini. Oleh yang demikian, korang kena tahu serba sedikit apa punca yang boleh menyebabkan keyboard laptop
rosak.
Keyboard laptop rosak boleh jadi disebabkan daripada beberapa perkara yang berlakunya kerana kecuaian diri sendiri mahupun penjagaan yang ringan terhadap laptop mahupun computer. Perkara yang paling mudah menyebabkan keyboard laptop rosak adalah kerana kita mengetuk keyboard laptop dengan kuat. Tak dinafikan ada juga kadang kala kita merasakan geram lalu melepaskan perasaan itu pada keyboard laptop. Tapi jika keyboard laptop rosak, banyak pula masalah lain yang akan timbul. Maka elakkan daripada melepaskan geram pada keyboard laptop ye. Selain daripada itu, keyboard laptop rosak boleh disebabkan oleh penjagaan kita yang tidak begitu cermat,
membiarkan debu atau makanan dan minuman tumpah ke atas keyboard. Namun ada juga keyboard laptop rosak yang disebabkan oleh software corrupt menyebabkan windows tidak boleh kesan keyboard pada laptop dengan baik.
Jadi, untuk mengelakkan daripada berlakunya keyboard laptop rosak, di sini mek akan huraikan beberapa tips untuk korang amalkan bagi mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Terutamanya, korang kenalah membuat pembersihan laptop secara berkala. Pembersihan laptop secara berkala ini boleh sahaja buat di rumah dengan lap laptop dengan spray pembersihan laptop. Ini bagi bertujuan untuk elakkan daripada debu terkumpul dan memasuki ruang-ruang celah laptop korang. Tapi apa yang mek amalkan adalah dengan menghantar laptop ke pusat servis laptop bagi memastikan laptop mek mendapat servis yang sepatutnya. Selain daripada itu, keyboard laptop
rosak juga boleh berlaku akibat daripada windows corrupt, maka korang juga kena servis berkala dalam memastikan windows berfungsi dalam keadaan optimum.
Pilihan mek untuk servis lengkap bab laptop semestinya FR Laptop Services. Tapi sekarang ni pandemic dah lama mek tak menjengah ke sana. Kalau dulu, bila pergi je Kuala Lumpur memang bawa laptop ke FR Laptop Services untuk service apa yang patut. Semua kerosakan yang laptop hadapi, team FR Laptop Services sure dapat membantu dengan baik. Apa juga masalah laptop ataupun computer, mereka dapat diagnose dengan cepat dan akan terangkan step yang perlu diambil samada boleh dibaiki ataupun perlu ditukarkan / digantikan dengan yang baru. Contohnya
keyboard laptop rosak, mereka akan check terlebih dahulu samada ianya melibatkan windows ataupun memang keyboard laptop rosak dan perlukan penggantian.
Jangan risau, consultation mereka amat berhemah bagi mek.
Contact mereka di sini jika korang ada masalah dengan laptop / computer korang :
Alamat:
508 Jalan Kanan 1
Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
No tel: 0172882349
Waze/Google Maps: FR Laptop Services
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm