Scroll to top

Punca Laptop Lembab Dan Cara Selesaikan Masalah Laptop Lembab

No comments

Untuk anda pengguna laptop, semestinya pernah alami masalah laptop lembab macam siput kan. Masalah ni tidak asing lagi untuk semua orang, setiap orang pasti akan alami masalah pada satu tahap tertentu. Masalah laptop lembab ini bukan sahaja boleh menganggu emosi dan perasaan, tetapi ia juga boleh mengganggu kerja-kerja anda. Kerja yang tidak perlu mengambil masa yang lama, jadi lama disebab anda perlu menunggu laptop anda untuk load dengan sempurna. Jangan risau, kami akan kongsikan dengan anda punca laptop lembab.

 

 Apa Yang Menjadikan Punca Laptop Lembab?

 

  • MASALAH WINDOWS

Windows yang bermasalah ataupun Windows yang tak bersesuaian dengan spesifikasi laptop anda boleh menjadi punca laptop lembab. Tambahan pula dengan pelbagai jenis software yang berada di dalam laptop anda. Dan belum kira lagi software-software yang akan run ketika laptop on.

 

 

  • HARDISK PROBLEM

Salah satu punca laptop lembab yang lain adalah disebabkan hard disk yang rosak. Hard disk merupakan salaah satu komponen yang penting yang bertanggungjawab atas kelajuan laptop selepas processor. Dan jika hard disk rosak, meskipun processor anda laju, laptop anda akan tetap menjadi perlahan juga.

 

  • SPESIFIKASI LAPTOP RENDAH ATAU TERLALU LAMA

Bergantung atas penggunaan anda, ada kemungkinan disebabkan spesifikasi laptop yang rendah menjadi punca laptop lembab. Jika laptop anda berspesifikasi rendah, anda mungkin tidak boleh untuk multitasking, kerana multitasking memerlukan RAM yang tinggi. Apabila anda multitasking, laptop anda akan mula menjadi perlahan, tanda RAM anda tidak cukup.


 

  • VIRUS

Virus merupakan salah satu punca laptop lembab. Jika anda suka melayari Internet, dan anda suka tekan mana-mana link tanpa ragu, ada kemungkinan virus akan masuk ke dalam laptop anda, menjadikan laptop anda bermasalah dengan popup, pelbagai software yang tak dikenali terinstall di dalam laptop.

 

 Macam Mana Nak Selesaikan Punca Laptop Lembab?

 

 

  • FORMAT SEMULA LAPTOP ANDA

Untuk laptop yang mempunya masalah Windows sahaja, anda hanya perlu format semula laptop anda dan sepatutnya laptop anda akan menjadi lebih laaju dan lebih efisien berbanding sebelumnya. Dengan format semula, semua virus, programs yang tak diingini akan dibuang dan anda tidak perlu risau ia akan kembali semula.

 

 

  • TUKAR HARD DISK YANG BARU ATAUPUN SSD

Hard disk yang sihat dengan 100% health adalah lebih baik untuk laptop anda mendapatkan kelajuan yang normal untuk laptop anda. Ataupun jika anda suka laptop anda untuk menjadi lebih laju, anda boleh upgrade kepada SSD. Dengan kelajuan 10 kali ganda berbanding hard disk, ia merupakan salah satu pelaburan yang cukup berbaloi untuk laptop anda.

 

 

  • UPGRADE LAPTOP ANDA

Jika anda suka multitasking, dan laptop anda mempunya processor yang cukup seperti Pentium atau Intel i3, tetapi laptop anda hadir dengan 2GB RAM, anda boleh tambahkan RAM bergantung kepada penggunaan laptop anda. Jika anda menggunakannya untuk Adobe Photoshop, sambil browsing, jumlah RAM yang sesuai adalah 8GB untuk anda.

 

 

  • GUNAKAN ANTIVIRUS

Jika anda kerap mempunyai masalah virus, apa yang anda boleh buat adalah dengan installkan antivirus pada laptop anda. Jika anda suka melayari Internet, lebih baik anda dapatkan Internet Security untuk perlindungan secara online dan juga offline.

 

FR Laptop Service Bersedia Untuk Membantu Anda Selesaikan Masalah Laptop Lembab

 

Sekiranya laptop anda mempunyai masalah laptop lembab dan anda tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk selesaikan masalah laptop anda, anda boleh terus ke FR Laptop Service, sebuah kedai servis laptop di Kampung Pandan. Mereka menyediakan pelbagai jenis servis untuk laptop daripada segi software, dan juga hardware yang boleh menyelesaikan masalah laptop lembab.

 


Terdapat banyak perkhidmatan dan servis yang ditawarkan oleh FR Laptop Service dengan harga yang sangat murah dan berpatutan.  Anda boleh menyemak masalah laptop anda disini secara percuma, malah boleh terus membaiki laptop anda dalam masa 24 jam. Anda akan terima laptop anda semula dengan baik.

 

 

FR Laptop Service Menawarkan Pelbagai Jenis Servis Untuk Masalah Laptop Lembab

 

 Servis Format

  • Windows yang anda gunakan sama ada windows 8, window 7 atau apa sahaja windows anda akan dapat digunakan semula dengan baik.  Di sini, FR Laptop Service menawarkan pilihan Windows yang banyak iaitu Windows 7 sehingga Windows 10.
  • Setelah selesai format laptop, software asas laptop atau komputer anda turut diberikan.  Anda tidak perlu install atau download sendiri untuk masukkan ke dalam laptop anda kerana FR Laptop Service akan menyiapkan semuanya untuk anda. Semua perkhidmatan ini akan siap dalam tempoh 24 jam sahaja.

 

Servis Clean Dust

FR Laptop Service juga menyediakan perkhidmatan clean dust atau membersihkan latop luar dan dalam.  Laptop anda akan lebih bersih, tiada habuk tersumbat, tidak panas dan lain-lain lagi. Clean dust ini dijangka siap dalam masa 24 jam. Selain daripada clean dust, anda juga boleh menggunakan khidmat thermal paste.  Thermal paste berfungsi bagi mengekalkan pengaliran haba dengan efektif dan lebih baik bagi mengelakkan laptop anda menjadi panas dan sebagainya.

 

Servis Spareparts

Untuk mereka yang ingin upgrade laptop mereka kepada SSD, ataupun ingin tambah RAM, jangan risau, FR Laptop Service turut menyediakan servis ini kepada anda dengan harga yang berpatutan. Dan yang terbaiknya, anda tidak perlu menunggu lama untuk laptop anda siap.

 

Jom Selesaikan Masalah Laptop Lembab Di FR Laptop Service

Anda yang berada di KL terutamanya pelajar universiti dan pekerja yang menggunakan laptop serta mempunyai masalah laptop tidak harus melepaskan peluang membaiki laptop di kedai laptop yang berpengalaman dan hebat ini.  Di sini, anda boleh mendapatkan harga yang murah, berpatutan dan berbaloi kerana FR Laptop Servis sememangnya kedai laptop yang jujur dan berkualiti! Jom repair laptop murah di FR Laptop Service!

 

FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Murah Di KL

Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : @FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam (Setiap Hari)

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

 

 

Post a Comment