Punca Mac Device Lembab Dan Jalan Penyelesaiannya

punca mac device lembab

Punca mac device lembab ada banyak sebenarnya. Ada yang dari device itu sendiri dan ada juga daripada kesilapan kita sendiri sebagai pengguna. Saya tahu, ramai yang diluar sana menggunakan Mac Device seperti Macbook dan iMac.

Macbook dan iMac ni biasanya datang bukan lah dengan spec biasa-biasa, maklum lah harga bangsawan. Dan dengan harga bangsawan, pengguna akan dapat laptop atau desktop dengan design yang cantik, user experience yang luar biasa dan kualiti yang tinggi.

Kebanyakan pengguna Mac Device ini terdiri daripada programmer, editor, rendering disebabkan produk Apple ini mampu untuk tampung semua keperluan pengguna. Ini salah satu sebab kenapa ramai orang berminat dengan produk-produk Apple ini.

Meskipun Mac Device ini hampir sempurna, tapi masalah lembab memang akan ada. Ada yang ambil masa sekejap dan ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk bermasalah. Tak kisah lah Macbook Pro atau Macbook Air, iMac, confirm akan tetap mengalami masalah lembab ini.

 

Tetapi jangan risau, kali in FR nak kongsikan punca Mac Device lembab supaya Mac Device anda boleh baut sendiri di rumah dengan lancar seperti biasa. Korang boleh decide apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan Mac tu laju semula.

 

9 PUNCA MAC DEVICE LEMBAB DAN JALAN PENYELESAIANNYA

1 Hard Disk Penuh

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang pertama sekali adalah hard disk Mac dah penuh. Hard disk merupakan salah satu dari komponen Mac yang menyimpan semua data-data anda simpan, contohnya seperti dokumen, gambar, video, muzik termasuk dengan OS (Operating System).

Bila hard disk penuh, ia akan memberatkan proses dan juga boleh menjadi punca Mac Device lembab. Apa yang kita patut buat adalah meringankan beban yang ditanggung oleh hard disk kita dengan membuang apa-apa sahaja yang tidak diperlukan untuk penggunaan anda.

Jalan Penyelesaian:

  • Clean up data, file, document lama yang tidak diperlukan
  • Organize desktop anda
  • Backup data, file, document yang penting yang diperlukan sahaja.

2 Menggunakan OS Lama

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kedua pula adalah masih menggunakan OS yang lama. Untuk Mac Device, OS atau Mac OS X adalah antaramuka yang memudahkan pengguna, berbeza dengan laptop biasa yang menggunakan Windows.

Sebab tu lah Apple menyeluarkan OS X yang baru setiap tahun atau pun lebih. OS X yang sesuai digunakan bergantung pada model / year Mac anda di manufacture bukan semua OS X yang di keluar kan oleh Apple sesuai untuk semua product Mac.

OS X yang baru Apple perkenalkan OS Seirra 10.12, kebanyakkan Mac tahun 2015 keatas sesuai menggunakan OS Seirra.

Jalan Penyelesaian:

  • Update latest OS X

3 Terlalu Banyak Startup Programs

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang ketiga adalah banyak Startup programs. Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan. Bila anda ON Mac anda, banyak software, programs akan akan load dalam background.

Perkara ini bukan sahaja slow kan Mac Device dan juga startup OS anda sepanjang permulaan OS.

Jalan Penyelesaian:

  • Remove startup untuk software / programs yang tidak diperlukan
  • Pergi ke system preference > user&group > klik username anda > klik pada login item > pilih dan klik pada apps yang anda tak mahu lauch ketika startup > kemudian klik symbol “-“ terletak dibawah list disebelah kiri, ini akan remove apps yang ada di dalam list. ( lagi kurang apps di dalam list lagi bagus. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi Mac anda.

4 Model Mac Device Yang Lama

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang keempat pula adalah model yang terlalu lama. Jika anda masih lagi menggunakan Macbook dari tahun 2008 ke bawah, sudah sampai masanya untuk anda beralih ke model yang lain. tetapi jika anda menggunakan model 2009 ke atas, ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk menjadikan Mac Device lebih lancar dan laju.

Jalan Penyelesaian:

  • Upgrade RAM
  • Upgrade harddisk
  • Upgrade SSD

5 Software Yang Belum Di Update

Punca Mac Device lembab yang kelima pula adalah banyak software yang tak pernah update. Anda perlu pastikan semua software yang ada telah pun diupdate untuk mengekalkan kestabilan Mac Device anda. Jika terlalu banyak oftware yang belum di update, Mac Device anda akan terkesan dengan menjadi perlahan dan boleh juga muncul masalah lain.

Jalan Penyelesaian:

  • Update software
  • Jangan tunggu banyak software yang perlu di update baru nak update, ini memakan masa anda nanti.

6 RAM Terlalu Rendah

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang keenam adalah RAM yang terlalu sedikit. RAM ini digunakan untuk mempermudahkan multitasking. Jika anda pengguna yang heavy, banyak tab dan aplikasi dibuka dalam satu masa, jadi anda perlu tambahkan RAM untuk membolehkan Mac Device anda boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Jalan Penyelesaian:

  • Hentikan semua programs yang tidak lagi digunakan.
  • Jangan bukan terlalu banyak browser
  • Elakkan buka banyak programs
  • Tambah RAM jika kapasiti sekarang terlalu rendah

7 Buka Banyak Aplikasi Dalam Satu Masa

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang ketujuh adalah menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa. Jika anda mempunyai jumlah RAM yang tidak mencukupi, membuka pelbagai apps dalam satu masa boleh menjadikan Mac Device anda lebih lembab. Lagi banyak apps yang aanda buka, lagi tinggi RAM yang anda perlukan.

Jalan Penyelesaian:

  • Upgrade RAM sekiranya tidak mencukupi.
  • Padam apps yang tidak lagi digunakan, lagi banyak lagi bagus

8 Terlalu Banyak File Di Dekstop

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kelapan pula adalah menyimpan terlalu banyak fail pada dekstop. Apabila Mac Device anda dihidupkan, ia akan loadkan semua fail fail yang ada pada hard disk dan paparkan berdasar lokasi simpanan fail anda.

Mac Device anda akan render preview untuk kesemua ikon dan juga isi kandungan yang ada pada deksyop, menjadikan Mac Device anda lembab.

Jalan Penyelesaian:

  • Kemaskan icon di desktop anda, hanya biarkan folder yang penting sahaja
  • Buat satu folder contoh “desktop folder” letak segala icon di desktop anda di dalam folder tersebut.
  • Hide icon di desktop

9 Hard Disk Rosak

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kesembilan adalah rosaknya hard disk. Hard disk ini digunakan untuk menyimpan semua fail, tak kira gambar, video, dokumen, lagu dan banyak lagi. Dan ia juga terletaknya fail-fail OS Mac Device anda.

Jika hard disk rosak, ia boleh menyebabkan Mac Device anda lembab dan anda juga berisiko untuk kehilangan data-data penting atau data-data ini juga boleh corrupt. Sudah pasti, masalah ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.

Tanda-tanda harddisk anda bermasalah, bunyi yang pelik , bunyi tik-tik macam jam, sekiranya anda menjalankan  Disk utility first aid selalu fail, keluar paparan error unrepairable ‘verify’ atau ‘repair disk’ function.

Jalan Penyelesaian:

  • Segera backup data anda dan run time machine
  • Backup data dalam external harddisk
  • Tukar harddisk yang rosak dengan harddisk baru
  • tukar kepada SSD sekiranya anda mahukan performance yang lebih baik

 

Dan sampai sini sahaja artikel punca Mac Device lembab, sekiranya anda pengguna Macbook atau iMac, semoga anda dapat meningkatkan kelajuan Mac Device anda.

Share jika anda suka dengan artikel kami ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *