Punca Windows crash ada beberapa sebenarnya. Mungkin anda sendiri rasa bingung bila setiap kali nak guna laptop, dan Windows pada laptop anda crash. Tambahan lagi anak nak guna untuk online class atau sebagainya.
Ada punca yang datang dari pengguna sendiri dan ada yang daripada laptop. So jom, kami akan kongsikan kepada anda 6 punca Windows crash supaya anda dapat mengelakkan masalah Windows crash ini terjadi.
6 PUNCA WINDOWS CRASH
1 Hardware Incompatibility (perkakasan/hardware tak sesuai)
Punca Windows crash yang pertama adalah disebabkan hardware yang tak sesuai untuk laptop.
Jika perkakasan tidak serasi dengan windows, ia boleh menyebabkan isu-isu kestabilan. Biasanya masalah perkakasan / hardware menyebabkan bluescreen windows akan dimatikan untuk mengelakkan kerosakan.
Apabila anda melihat system freeze / hang, tanya diri anda jika baru-baru ini ada connected new hardware contohnya printer, keyboard,usb drive,external device dan lain-lain lagi untuk komputer anda.
2 Driver Issue
Punca Windows crash yang kedua pula berpunca daripada driver yang bermasalah.
Sekiranya hardware tiada masalah, driver boleh menjadi punca masalah. Driver adalah software yang menghubungkan windows dengan hardware. Untuk menggunakan ciri-ciri khusus peranti, ia memerlukan driver peranti tersebut.
Masalah boleh berlaku jika driver yang dipasang / install ketinggalan zaman / outdated, tak sesuai dengan windows, atau driver yang salah. Sebagai contoh laptop anda datang dengan windows 8 dan downgrade kepada windows 7 tapi wi-fi tak boleh guna sebab laptop anda hanya sesuai untuk windows 8 bukan 7.
3 Windows Registry yang Bermasalah
Punca Windows crash yang ketiga pula adalah registry yang ada masalah.
Registry adalah pangkalan data di mana Windows memegang pelbagai maklumat terperinci tentang sistem anda dan konfigurasi. Setiap kali anda install or remove perisian, mengedit tatapan, atau membuat perubahan, windows mengambil nota dalam registry.
4 Malware
Punca Windows crash yang keempat adalah daripada malware yang masuk ke dalam laptop.
Malware, untuk istilah virus, spyware, worm, boleh mendatangkan malapetaka pada sistem. Boleh mengambil alih sistem & menjejaskan prestasi. Sebagai contoh virus brontok, zaman student dulu pc kawan terkena virus ni sebab pc takda antivirus.
Penangan virus ni pc slow macam siput, nak masuk windows dah lambat nak bukak folder pun kene tunggu beberapa minit. Tapi lepas install antivirus dan lakukan total scan nasib baik pc tu pulih seperti biasa.
5 Guna Antivirus yang tak berkualiti, atau menggunakan lebih dari satu antivirus
Punca Windows crash yang kelima pula adalah menggunakan antivirus yang tak cukup bagus.
Anda tidak perlu menjalankan program antivirus lebih dari satu, kerana mereka akan bercanggah dengan satu sama lain dan berpotensi menyebabkan komputer perlahan.
Bagi pendapat saya guna satu antivirus sudah memadai dari guna banyak. Sebab software antivirus ni boleh melambatkan prestasi laptop atau komputer anda. Tetapi ada juga antivirus yang ringan dan tidak memnjejaskan prestasi laptop dan komputer anda.
6 User Tweak
Punca Windows crash yang terakhir adalah mungkin disebabkan oleh setting yang pengguna ubah.
Kemungkinan masalah kestabilan anda datang dari beberapa tweak yang anda telah dibuat. Sebagai contoh tweak windows registry, dinasihatkan jangan usik windows registry kalau anda tidak tahu. Kerana kalau tersilap tweak macam-macam masalah akan berlaku, paling teruk kena format windows balik.
Sampai sini sahaja artikel berkenaan punca Windows crash ini, jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, sila sharekan dengan kawan-kawan dan juga ahli keluarga anda supaya benda baik ni dapat dikongsikan untuk manfaat bersama.






