Kedai Repair Laptop Murah Ampang

Teknologi pada masa kini semakin laju berevolusi, dan semakin banyak masa berlalu, semakin banyak peralatan canggih yang diciptakan oleh manusia genius. Dengan teknologi ini, pelbagai jenis kerja boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama sekali kepada mereka yang mempunyai perniagaan. Namun begitu, dengan teknologi ini, masih ada kelemahan yang tidak dapat dielakkan.

Salah satu contoh kelemahan gajet – gajet ini adalah ia memerlukan jumlah wang yang banyak untuk memulihkan semula laptop, telefon pintar dan juga komputer anda. Peralatan gantian untuk laptop adalah sangat mahal, jadi disebabkan itu kos untuk memulihkan laptop anda agak tinggi. Belum dikira sekali kos upah pemasangan. Hasilnya anda terpaksa menghabiskan wang untuk membaikpulih laptop disebabkan harga laptop yang makin meningkat.

Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service

Masalah laptop yang popular adalah laptop lembab, dan juga bateri rosak. Masalah laptop lembab boleh menyebabkan kerja-kerja terganggu dan akibatnya kerja anda tidak dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, yang secara tak langsung memberi kesan kepada anda sendiri. Manakala masalah batteri pula apabila digunakan pada jangka masa yang lama, ia menyebabkan bateri laptop anda habis dengan cepat.

Jika anda berada di Kawasan Ampang, Kuala Lumpur anda boleh berkunjung ke FR Laptop Service di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Kami adalah pakar membaiki pelbagai jenis masalah laptop untuk pelbagai jenis model laptop. Bukan hanya masalah laptop, masalah telefon pintar, dan juga computer boleh diselesaikan. Kami juga menyediakan perkhidmatan runner, untuk pickup dan juga hantar semula laptop kepada anda bagi Kawasan Cheras, Gombak, Shah Alam, Puchong dan pelbagai lagi.

Para staff dan technician Kedai Repair Laptop Murah KL – FR Laptop Service hanya memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan. Mereka akan memeriksa keadaan laptop semasa hantar di depan anda, dan kemudiannya akan menerangkan punca-punca masalah dan juga cara untuk menyelesaikan masalah pada laptop anda beserta kos yang diperlukan.

Servis Yang Disediakan Di Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service

Di antara jenis servis yang disediakan di Kedai repair Laptop Murah KL adalah:

  • Masalah Windows seperti lembab, kerap hang, dan bluescreen.
  • Masalah motherboard seperti tak boleh on, tiada gambar dan autoshutdown.
  • Masalah skrin seperti skrin retak, skrin gelap, dan skrin bergaris.
  • Port charger rosak, USB tak boleh detect dan hinge patah.
  • Charger, bateri rosak.
  • Dan pelbagai lagi.

Kelebihan Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service

Untuk mereka yang mempunyai masalah dengan laptop, anda seharusnya berkunjung ke FR Laptop Service kerana mereka menyediakan pelbagai jenis servis untuk laptop dan mereka juga bersedia untuk bantu menyelesaikan masalah laptop anda tanpa memerlukan kos yang tinggi. Di atara kelebihan dengan membaiki Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service adalah:

  • Menyediakan Perkhidmatan Servis Repair Macbook Dan iMac

Kebanyakan pengguna produk Apple seperti Macbook, iMac mempunyai masalah untuk membaikpulih peranti mereka disebabkan tidak semua kedai yang menyediakan servis untuk model-model ini. Jika membaikpulih di Authorised Service Centre, harganya jauh lebih mahal dan dengan kos tersebut anda boleh dapatkan laptop yang baru. Namun begitu, jangan khuatir, Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service menyediakan servis untuk peranti-peranti Apple.

  • Kos Service Yang Murah Dan Berpatutan

Kami di Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service menyediakan servis repair laptop dengan harga yang lebih murah jika dibandingkan dengan kedai-kedai lain, Untuk proses mengenal pasti punca masalah adalah percuma, dan anda tidak akan dikenakan sebarang cas untuk check laptop anda.

  • Hasil Kerja Technician Yang Berkualiti

Servis yang Kedai Repair Laptop Murah KL – FR Laptop Service sediakan dijamin berkualiti oleh kerana kami mempunyai technician yang berpengalaman membaiki pelbagai jenis laptop. Dan servis pada laptop anda akan siap dalam masa yang dijanjikan.

 

Testimoni Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service

 

Baiki Laptop Anda Di Kedai Repair Laptop Murah Ampang – FR Laptop Service Sekarang!

Bagi anda yang berdekatan dengan Ampang, jemput datang ke kedai kami. Kami akan memberikan servis yang terbaik untuk anda. Khidmat professional dan layanan terbaik semestinya khas untuk anda.

FR Laptop Service | Kedai Repair Laptop Melayu Terbaik dan Murah di Ampang


Telefon / WhatsApp : +60172882349 | Link WhatsApp

Facebook : FRLaptopService

Alamat : 

508 Jalan Kanan 1 Kg Pandan
Kuala Lumpur, Malaysia 55100

Waktu Operasi : 9.00 Pagi – 9.00 Malam Setiap hari

Buka Waze di Mobile : https://waze.to/lr/hw283ghwh3

Buka Google Maps di Mobile : https://goo.gl/maps/qKcejbkgYiM2

 

 

Kenapa Desktop Lebih Baik Berbanding Laptop?

Pada suatu masa, mungkin anda rasa keliru sama ada untuk beli laptop gaming ataupun desktop untuk bermain game. Mungkin laptop lebih sesuai atas faktor mudah alih, dan ringan, dan desktop pula adalah sebaliknya.

Tetapi kami mempunyai 10 sebab kenapa desktop lebih baik berbanding laptop.

Sebab-sebab kenapa desktop lebih baik

1. Prestasi
Tak dinafikan lagi, desktop akan perform dengan lebih baik jika dibandingkan dengan laptop meskipun ia menggunakan komponen yang sama.

2. Kos
Untuk mendapatkan performance yang lebih baik pada laptop, anda perlu habiskan sejumlah wang yang banyak untuk mendapatkannya. Dan boleh dikatakan tak berbaloi untuk anda habiskan duit macam tu sahaja.

3. Masalah overheat
Desktop dengan sistem penyejukan yang cukup agak susah untuk overheat. Manakala jika laptop digunakan untuk bermain game, ia akan menjadi lebih panas dengan cepat.

4. Saiz
Kalau laptop mempunyai kelebihan saiz untuk mudah alih, tetapi untuk desktop pula, anda boleh menggunakan pelbagai jenis saiz untuk komponen desktop anda.

5. Grafik
Grafik atau GPU digunakan untuk memberikan paparan pada komputer anda, dan ia juga bertanggungjawab untuk menjadikan game anda seronok untuk dimainkan. GPU merupakan salah satu komponen yang cepat panas, dan oleh kerana desktop mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik, jadi ia lebih efisien pada desktop berbanding laptop.

6. Processor
Untuk bermain game, bukan hanya grafik yang diperlukan, tetapi processor yang sesuai turut diperlukan. Dan pada desktop ia juga mempunyai sistem penyejukan yang lebih baik, dan boleh kekalkan suhu yang rendah, berbanding laptop.

7. FPS
Prestasi game bergantung pada spesifikasi laptop dan desktop kita. Dengan bajet yang rendah, desktop boleh menandingi dan boleh mendapatkan FPS yang tinggi, menjadikan game lebih smooth dan seronok untuk dimainkan berbanding pada laptop.

8. Kebolehan untuk upgrade
Laptop hanya boleh diupgrade pada SSD, dan juga RAM. Andai kata ada komponen yang rosak, anda perlu hantar kekedai untuk repair. Jika desktop, anda boleh tanggalkan komponen yang rosak, dan gantikan terus dengan yang baru.

9. Bateri
Bateri merupakan salah satu sebab utama laptop lbih baik, tetapi untuk bermain game, lebih digalkkan anda menggunakan charger sahaja. Jika anda bermain sambil charging, ia akan memudaratkan bateri laptop anda.

10. Gaming Experience
Paling seronok ketika bermain game adalah diserap masuk ke dunia game, dan skrin pada laptop kebiasannya tidak memuaskan dan tidak cukup untuk menjadikan kita beradaa didalam dunia game.

PERBEZAAN ANTARA VERSI-VERSI WINDOWS 10


Windows 10 agak popular sekarang, dan kebanyakan laptop yang baru hadir dengan Windows 10. Windows 10 mempunyai peningkatan dari segi interface, tetapi, untuk sesetengah komputer ia masih lagi belum cukup stabil, dan ia juga boleh dikatakan agak berat untuk komputer dengan spesifikasi yang rendah.

Windows 10 juga hadir dalam beberapa variasi seperti Windows 10 Single Language, Windows 10 Home, Windows 10 Pro, dan Windows 10 S.

Windows 10 Single Language

Windows 10 Single Language adalah versi yang biasanya hadir pada laptop-laptop baru. Hanya mempunyai satu bahasa, dan agak limited pada fungsinya.

Windows 10 Home

Windows 10 Home ini merupakan Windows 10 pada versi asas. Ia khusus untuk pengguna dirumah. Seperti pada Windows 8.1 Basic, ia tidak mempunyai perlindungan yang lebih ketat. Tapi Windows Defender masih lagi ada.

Windows 10 Pro

Untuk versi Pro ia mempunyai penambahan pada Windows Information Protection, Bitlocker untuk menambahkan perlindungan pada komputer anda. Versi Pro juga mempunyai banyak kelebihan untuk Business Management.

Windows 10 S

Merupakan Windows 10 pada versi paling ringan dan dikhususkan untuk tablet, yang memudahkan penggunaan dan tanpa memakan ruang yang besar pada storage. Oleh kerana biasanya laptop yang menggunakan Windows 10 S, hanya mempunyai storage sebesar 32GB atau 64GB.

Nak Jual Komputer? Ini Yang Anda Perlu Lakukan Dulu


Mungkin anda dah beli laptop ataupun desktop yang baru, dan anda ingin jualkan yang lama, terdapat beberapa perkara yang anda perlu lakukan sebelum anda menjualnya.

Jika anda hanya menjual komputer lama anda tanpa hard disk, ia merupakan salah satu langkah yang bijak. Ini kerana, pada hard disk tersebut, terdapat pelbagai data yang boleh diambil dan ia juga mungkin dapat menjejaskan kita sebagai pemilik asal.


Langkah-langkah sebelum jual komputer

1. Backup fail-fail anda
Apa sahaja data yang penting untuk anda, backup, simpan pada cloud ataupun pada external hard disk atau kedua-duanya sekali. Sekurang-kurangnya, data anda masih selamat dan anda boleh dapatkannnya bila-bila masa sahaja.

2. Download driver untuk komputer
Sekurang-kurangnya download driver wifi untuk Windows 7, andai kata lepas format, driver wifi tak detect secara automatik, anda boleh installkan secara manual. Mana kalah untuk Windows 8.1 dan Windows 10, anda tak perlu risau, ia akan detect driver secara automatik.

3. Format laptop anda
Delete semua partition dan buat semula partition baru, dan install semula Windows pada komputer anda.

Jika anda mempunyai data sensitif, anda boleh gunakan software untuk wipe semua data anda.

4 Kesilapan Yang Anda Lakukan Menjadikan Laptop Anda Lembab


Kenapa laptop dah jadi slow? Soalan yang biasa ditanya oleh pengguna laptop. Cara penggunaan laptop mampu memberi kesan kepada performance laptop anda. Ia juga boleh menjadikan laptop anda lebih perlahan berbanding sebelumnya.


Apa Yang Menyebabkan Laptop Slow?
1. Jumlah RAM terlalu rendah
2. Virus dan Malware
3. Terlalu banyak aplikasi pada background
4. Hard disk yang rosak


null
Kesilapan Pertama: Install banyak aplikasi
Apa yang biasa kita akan buat lepas beli laptop baru, adalah, install software yang kita akan gunakan. Namun begitu sesetngah program akan running pada background dan ia akan menjadikan laptop kita lebih slow.

Apa yang anda patut buat adalah, disable startup dan juga buang aplikasi yang anda tidak akan gunakan.



Kesilapan Dua: Tak penah reboot atau restart
Restart atau reboot ini akan refresh semula laptop anda dan akan tingkatkan performance laptop anda.



Kesilapan Ketiga: Tekan atau download sesuka hati
Sebelum kita tekan ataupun download, kita perlu pastikan link dan fail yang didownload itu tidak mengandungi malware ataupun virus yang kemudiannya boleh menyebabkan laptop kita slow.



Kesilapan Keempat: Tak pernah lakukan maintenance
Fragmentation akan terjadi apabila kita gunakan hard disk pada laptop. Dan cara untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan Disk Defragmenter. Ia akan menyusun fail anda dan menjadikan masa untuk akses data anda lebih cepat.