Tips Membeli laptop

Laptop adalah komputer mudah alih, jadi pada dasarnya, ia boleh digunakan ketika di rumah, di pejabat, ataupun di dalam perjalanan. Sesetengah orang berpendapat, laptop lebih sesuai untuk buat kerja, main game, dan sebagainya kerana ia mudah alih. Para pelajar ataupun pekerja boleh kesana kemari dengan satu laptop dan ia boleh buat semua.

Dengan pelbagai jenis laptop, ciri-ciri dan juga harga, agak sukar untuk memilih laptop yang sesuai dengan kita. Oleh itu, kita perlu tahu, apa yang kita perlukan.

 

  1. PILIH JENIS OPERATING SYSTEM

Windows
Windows cukup popular dikalangan pengguna laptop kerana ia fleksibel, ia boleh digunakan untuk kerja, gaming dan juga entertainment.

ChromeOS
ChromeOS pula merupakan sebuah OS daripada Google. Ia lebih kepada penggunaan kerja harian. Ia lebih selamat tetapi agak terhad.

MacOS

MacOS adalah operating system daripada Apple untuk siri MacBooknya. Kebanyakan MacBook digunakan untuk kerja-kerja dan rendering kerana sistemnya dioptimasikan untuk kerja-kerja sedemikian.

 

  1. TENTUKAN JIKA PERLU 2-IN-1

    Laptop 2-in-1 adalah laptop yang didatangkan dengan touch screen dan ia boleh dilipat untuk menjadi sebuah tablet. Ia juga akan lebih mahal berbanding laptop biasa.

 

  1. PILIH SAIZ YANG SESUAI
  • 11 – 12 inci: kebiasaannya laptop pada saiz ini ia lebih ringan dan kecil.
  • 13 – 14 inci: Laptop saiz ini memberikan keseimbangan diantara mudah alih dan juga penggunaan.
  • 15.6 inci: Saiz laptop ini paling popular dikalangan pengguna laptop. Jika anda suka saiz skrin yang besar, ini adalah saiz untuk anda.
  • 17 inci keatas: Jika anda menggunakan laptop anda hanya pada satu tempat tanpa perlu anda beralih, ia sesuai untuk anda. Kebiasaannya laptop 17 inci dan keatas ini adalah pada kategori laptop gaming.

 

  1. PILIH SPESIFIKASI YANG DIPERLUKAN
  • Processor

Processor adalah otak kepada komputer, ia menghubungkan semua device yang di pasang pada motherboard. Buat masa sekarang hanya ada 2 company yang menghasilkannya iaitu Intel dan juga AMD.

 

  • RAM

Jika anda hanya menggunakan untuk melakukan kerja-kerja biasa, anda tak perlukan ram yang tinggi, cukuplah dengan hanya 4GB. Tetapi jika anda gamer, dan anda suka buka pelbagai aplikasi serentak, boleh lah nak tambah RAM.

 

  • Storage

Storage adalah komponen penting dimana digunakan untuk menyimpan data. Jika anda prefer SSD dan harganya mungkin jauh lebih mahal, namun begitu ia masih lagi memuaskan.

 

  • Saiz skrin

Bila kita beli laptop, pastinya kita akan tengok skrin dulu, laptop bajet kebiasaannya didatangkan dengan 720p display dan ia agak kecil, namun begitu, jika anda mempunyai bajet yang besar, anda boleh mendapatkan skrin beresolusi Full HD.

 

  • Graphics chipset

Graphic chipset ini biasanya digemari oleh para gamers, yang inginkan laptop dengan harga murah tetapi dengan kualiti yang tinggi

 

  1. CHECK KEYBOARD DAN JUGA TOUCHPAD

Spesifikasi yang bagus tidak bermakna ia memberikan rasa yang best ketika menaip dengan keyboard. Pastikan ia memerlukan tekanan yang sesuai dengan tangan anda, agar anda lebih selesa menaip, tanpa rasa sakit pada jari.

 

  1. CHECK JANGKA HAYAT BATERI

Bateri merupakan sesuatu yang cukup penting untuk pengguna laptop, dengan adanya bateri, laptop boleh dibuka sana sini tanpa perlunya adapter. Sekurang-kurangnya anda memerlukan laptop yang boleh bertahan lebih dari 3 jam untuk kegunaan biasa.

TIPS PENJAGAAN LAPTOP

 

MENJAGA KEBERSIHAN FIZIKAL

  • Bersihkan laptop anda secara berkala dengan mengunakan kain lap yang lembut di bahagian Case laptop dan keyboard untuk membersihkan habuk-habuk yang ada.
  • Servis laptop sekurangnya 1 tahun sekali pada kipas laptop dan tukar thermal paste.

 

JANGAN OVERCHARGING BATERI

  • Setelah bateri 100% penuh cabut charging adapter ini dapat menjaga dan memanjang jangka hayat bateri.
  • Jangan biarkan bateri 0% baru nak charging, sebaiknya kurang dari 20% sudah memadai.

 

KAWAL SUHU

  • Pastikan laptop anda tidak terlalu panas dengan meletakkan di permukaan rata dan mengelakkan saluran udara terhalang. Gunakan alas fan bahagian bawah laptop atau ekzos fan laptop sekiranya perlu.

 

JANGAN MINUM BERDEKATAN LAPTOP

  • Jauhkan minuman dan cecair lain dari laptop anda kerana ia boleh menyebabkan kerosakan serius pada komponen laptop anda.

 

KEMASKINI SISTEM

  • Pastikan sistem operasi dan perisian di laptop anda sentiasa dikemaskini dengan versi terkini untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan.

 

GUNAKAN ANTI-VIRUS

  • Install perisian anti-virus yang berbayar atau yang percuma untuk melindungi laptop anda daripada ancaman virus dan perisian berbahaya.

 

BACKUP DATA

  • Selalulah membuat salinan sandaran (backup) data penting anda ke peranti lain external hardisk, cloud storage mengelakkan kehilangan data yang tidak diingini.

 

 

JANGAN MAKANAN BEDEKAT LAPTOP

  • Ini boleh mengundang semut bersarang dekat dalam laptop boleh mendatangkan masalah pada komponen dalaman.

 

ELAK MENGGUNAKAN PLUG BERMASALAH

  • Risiko berlakunya short circuit, ada kemungkinan charger laptop rosak,meletup paling terus laptop tak boleh on langsung.

 

BERHATI-HATI KETIKA DOWNLOAD SESUATU DI INTERNET

  • Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku contoh macam kecurian data pribadi, ataupun laptop terkena virus yang menganggu prestasi laptop fail corrupt yang lagi teruk terkena ransomware habis data fail kena enrypted tak boleh nak buat apa masa ni.

 

 

 

Cara untuk buka Task Manager

Terdapat banyak cara untuk buka task manager di komputer atau laptop anda. Diantaranya menggunakan keyboard shortcut key, dari paparan start menu, menggunakan windows search dan lain-lain lagi.

  1. Menggunakan Keyboard Shortcut

    Cara yang yang paling mudah dan cepat untuk membuka task manager adalah dengan menggunakan kaedah menekan butang Ctrl+Shift+Esc pada keyboard atau Ctrl+Shift+Delete.

  2. Menggunakan Windows Search

    Di bahagian start menu terdapat pelbagai jenis aplikasi yang sedia ada termasuklah task manager dan anda boleh terus search sahaja.

    Tekan Windows Key > Taip Task Manager dalam search box > Klik Task Manager > Open

  3. Menggunakan File Explorer

    Buka File Explore/This PC > Taip taskmgr dibahagian bar bahagian atas sekali > Enter

  4. Menggunakan Windows Power Menu

    Tekan windows key + X atau right klik pada start menu.

  5. Menggunakan Task Bar

    Right klik taskbar di desktop anda.

  6. Menggunakan Run Box

    Tekan Windows key + R serentak > Taip taskmgr dan tekan enter.

 

Cara Terbaik Untuk Mencegah Low Disk Space

Dari masa ke semasa, dengan tanpa kita sedari windows akan membina banyak junk file yang tidak diperlukan dan mengambil banyak space pada disk drive anda.

Ini merupakan perkara biasa yang berlaku jika kita mengabaikan untuk melakukan servis atau pembersihan pada fail-fail dan aplikasi lama di komputer atau laptop anda. Kebanyakkan masalah yang berlaku juga berpunca dari fail dan program yang lama.

Jika anda tidak melakukan servis atau pembersihan terhadap fail-fail dan aplikasi lama pada komputer atau laptop anda, lama-kelamaan anda akan menghadapi  masa seperti low disk space dan kemungkinan besar juga akan mempengaruhi komputer atau laptop menjadi lebih perlahan. Ada beberapa kaedah yang boleh anda cuba.

 

  • Membuang Junk Files

Di dalam windows 10 sendiri ada tool yang membolehkan membuang temporary junk file ini dari disk drive.

 

DISK CLEANUP

Tekan start menu > taip disk cleanup untuk membuka program tersebut.

Atau anda boleh scan lagi sekali dengan lebih menyeluruh dengan klik pada Clean up system files.

Berhati-hati ketika melakukan disk cleanup pastikan tick pada kotak junk files yang memang tidak diperlukan lagi untuk di buang.

Un-tick kotak RECYCLE BIN sekiranya anda mahu recover kembali fail yang ada di recycle bin sekiranya anda telah kosongkan sudah tidak boleh recover kembali.

 

UNISTALL PROGRAMS

Uninstall apps atau program lama yang anda tidak gunakan lagi. Tekan start menu > settings > apps > apps & feature.

DELETE OLD FOLDER FILES

Tidak lupa juga untuk buang fail dan juga folder lama yang memang anda tidak gunakan lagi seperti di dalam folder download,picture,video, dan lain-lain.

KEMASKAN PAPARAN DESKTOP

Dengan mengemaskan paparan fail di desktop anda juga sedikit sebanyak dapat membantu, ini kerana kesemua ikon mahupun fail di desktop menggunakan temporary storage space laptop anda. Sesudah melakukan ini desktop anda akan kelihatan lebih kemas dan lancar.

 

Saya berharap dengan keadah ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam menyelesaikan masalah low disk space sekiranya berlaku.

Cara Create Restore point Windows 10

Membuat  Restore Point di Windows 10 anda merupakan salah satu cara untuk melindungi diri dari sebelum berlakunya system crash atau windows crash.

Restore Point boleh dikatakan macam polisi insuran juga. Antara ciri-ciri Restore Point adalah dengan membuat  dan menyimpan rekod setting untuk system dan programs anda yang masih berfungsi dengan baik.

Sekiranya berlaku masalah yang menyebabkan windows anda tidak berfungsi atau crash, antara solusi yang boleh anda lakukan terlebih dahulu adalah dengan Restore Point untuk kembali kepada setting yang sebelum berlaku masalah pada windows anda.

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMBUAT RESTORE POINT

  • klik pada start menu kemudian taip create a restore point pada search bar dan enter

Pastikan dibahagian protection setting di local disk anda itu ON membolehkan anda untuk create restore point.

Di bahagian ini klik turn on system protection, apply dan ok

Seterusnya boleh boleh klik dibahagian create untuk membuat restore point dan wajib letak nama untuk membolehkan anda untuk create restore point tersebut.

 

Mudah dan cepat je nak create restore point ni tak sampai 5 minit pun. Sesiapa yang belum ada lagi boleh cuba create restore point dan digalakkan. Mana lah tahu kan, takda angin takda ribut tiba-tiba windows crash. Jadi yang dah buat restore point kemungkinan besar selamat. Boleh juga membantu serba sedikit untuk rollback balik system tu pada point yang sebelum berlaku masalah.