Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

SSD atau nama penuhnya, Solid State Drive, adalah sejenis peranti storan yang kini tidak asing lagi untuk pengguna laptop dan juga desktop. Kita boleh menambahkan kelajuan dan kestabilan pada laptop lama, desktop lama, dengan hanya upgrade hard disk kepada SSD.

SSD adalah peranti storan yang tidak meruap (non-volatile) yang menggunakan flash memory untuk menyimpan dan mengakses data. Dalam kata lain, SSD tidak menggunakan komponen mekanikal dan ini memberikan perbezaan yang besar.

Dan untuk artikel ini saya akan menjelaskan kenapa perlu upgrade ke SSD supaya anda lebih mudah buat keputusan untuk upgrade daripada perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli laptop yang baru.

 

Kenapa Perlu Upgrade Ke SSD?

Ketahanan SSD

Haba merupakan salah satu punca hard disk boleh rosak, dan haba boleh terhasil daripada bergerakan hard disk, yang kemudiannya boleh menyebabkan ia rosak dari semasa ke semasa. Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen mekanikal, ia boleh mengekalkan suhu yang rendah tapi memberikan prestasi yang lebih baik. SSD juga boleh bertahan dari sebarang pergerakan, hentakan, terjatuh dan menjadikan SSD ini lebih susah untuk rosak.

 

SSD Lebih Laju Daripada Hard Disk

SSD adalah seratus kali ganda lebih laju jika dibandingkan dengan hard disk. SSD memberikan boot time yang lebih rendah dan mempercepatkan pengalihan data dan bandwith yang lebih tinggi. Kelajuan yang tinggi bermakna SSD boleh mengendalikan data pada kadar yang lebih laju pada zaman bisnes online seperti sekarang, terutama sekali apabila membuuka programs yang memerlukan data yang banyak seperti operating system. Tak lupa juga, SSD lebih stabil, dan menjamin data yang tersimpan lebih selamat.

 

Menjimatkan Tenaga

Oleh kerana SSD tidak mempunyai komponen yang bergerak, SSD tidak menggunakan tenaga yang banyak untuk beroperasi berbanding hard disk yang mempunyai cakera yang berpusing. Penjimatan tenaga ini adalah kelebihan yang besar jika menggunakan SSD pada desktop dan juga laptop. Oleh kerana dengan SSD, bateri laptop boleh bertahan dengan lama berbanding menggunakan hard disk.

 

Lebih Ringan Dan Tanpa Bunyi

Saiz SSD yang lebih nipis dan menggunakan flash memory menjadikan laptop lebih ringan berbanding hard disk. Desain yang kompak ini menjadikan SSD sesuai untuk laptop, tablet dan juga komponen elektronik yang lain. Dengan ketiadaan bahagian mekanikal, SSD adalah lebih senyap berbanding hard disk, yang boleh menghasilkan bunyi dan getaran yang agak menjengkelkan.

 

Jadi, kenapa perlu upgrade ke SSD?

SSD mempunyai ketahanan yang lebih tinggi dan mampu untuk menahan sebarang kerosakan yang boleh terhasil daripada hentakan, terjatuh. SSD juga boleh meningkatkan kelajuan tak kira untuk boot, load program, game dan juga movie. Tambahan pula, dengan teknologi yang terkini, SSD lebih ringan dan menjimatkan tenaga dan bateri pada laptop yang kemudiannya boleh mengurangkan haba yang terhasil pada laptop.

 

Nak upgrade ke SSD?

Tekan je link bawah ni 👇

Saya Nak Upgrade Ke SSD!

3 Tips Mudah Lajukan Laptop Windows 10!

Zaman sekarang, laptop semakin diperlukan untuk kerja-kerja tak kira sama ada untuk pekerja, pelajar dan juga pemilik bisnes persendirian. Dan Windows 10 juga merupakan salah satu Windows yang paling popular untuk kebanyakan laptop.

Tapi laptop-laptop ini mempunyai risiko masalah laptop lembab, dan masalah ini boleh menyebabkan produktiviti kerja menurun dan boleh menyebabkan kerja semakin menimbun.

Untuk artikel ini saya akan kongsikan beberapa tips mudah lajukan laptop yang anda boleh lakukan sendiri.

 

3 TIPS MUDAH LAJUKAN LAPTOP!

Tips 1: Bersihkan Fail ‘Temp’

Fail ‘Temp’ ini mengandungi fail-fail yang tercipta semasa menggunakan apa-apa aplikasi. Dan sekiranya dibiarkan saiznya akan menjadi lebih besar dan memberi kesan kepada kelajuan laptop anda.

  1. Tekan butang Windows + butang R serentak.
  2. Dan taipkan %temp%, kemudian tekan butang enter.
  3. Pilih semua fail di dalam folder ‘temp’ dan tekan butang delete.
  4. Tekan Continue. Jika ada fail yang tak boleh dibuang, tekan Skip sahaja.

 

Tips 2: Tutup Program Startup Yang Tak Perlu

Program startup adalah program yang akan run apabila anda masuk sahaja ke Windows setelah tekan butang on.

Program-program inilah yang boleh menjadikan laptop anda perlahan ketika on.

Jika anda bersetuju ada program yang anda tak perlukan, anda boleh disable sahaja terlebih dahulu dan kemudian boleh onkan secara manual.

  1. Tekan butang Ctrl + Shift + Esc serentak, dan buka tab Startup
  2. Pilih program yang anda tak perlukan.
  3. Tekan butang Disable.

 

Tips 3: Tutup Background Apps

Windows 10 mempunyai banyak apps yang sudah terinstall. Dan tak semua apps ini perlu untuk berjalan ketika kita menggunakan laptop.

Jadi kita patut tutup background apps agar laptop kita boleh menjadi lebih laju dan lebih lancar.

  1. Tekan Start, dan taip backgrund apps dan tekan Enter.
  2. Tutup sahaja background apps pada toggle mengikut rajah dibawah.
  3. Jika anda memerlukan apps yang tersenarai, anda perlu enablekan semula, dan kemudian disable mana-mana apps yang anda tidak perlukan.

 

Dan sampai disini sahaja 3 tips mudah lajukan laptop khusus untuk Windows 10. Sekiranya anda menyukai artikel ini, sila sharekan dengan kawan-kawan agar lebih ramai yang dapat ilmu yang saya kongsikan ini. Assalamualaikum WBT!

Skrin Laptop Rosak

Kini, laptop dah jadi satu keperluan untuk kebanyakan orang. Baik untuk pelajar dan juga mereka yang sudahpun berada di alam pekerjaan, laptop boleh dianggap sudah menjadi kawan baik kerana ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tapi, masih lagi ramai orang yang tak tahu cara penjagaan skrin yang betul dan ia mendorong kearah masalah skrin laptop rosak. Ada yang hanya sedar laptop bermasalah apabila muncul tanda skrin laptop rosak. Salah satu kesilapan yang biasa orang buat adalah terus membeli laptop yang baru setelah muncul tanda skrin laptop rosak. Dan sebenarnya ia akan merugikan kita. Untuk masalah pada skrin laptop, jangan terus beli laptop baru kerana laptop itu masih lagi ada harapan untuk dipulihkan walaupun sudah nampak tanda skrin laptop rosak. Tanda Skrin Laptop Rosak Yang Sering Terjadi Sebagai pengguna laptop, kita perlu sentiasa peka tentang punca atau tanda skrin laptop rosak ini. Jika ada tanda skrin laptop rosak, terus dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman. Antara tanda skrin laptop rosak yang perlu tahu adalah: Tiada Paparan Pada Skrin Jika laptop anda sudahpun hidup tapi tiada paparan pada skrin, ini bermakna sama ada masalah berpunca daripada skrin itu sendiri ataupun daripada masalah lain. Sebab itu pentingnya untuk periksa terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Skrin Laptop Pecah Skrin laptop yang sudah pecah akan kelihatan seperti ada garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin yang pecah ini boleh menghalang pandangan dan menganggu apabila ingin menggunakan laptop. Muncul Garisan Pada Skrin Garisan halus boleh muncul pada skrin dalam keadaan menegak ataupun melintang. Garisan ini muncul pada mana-mana bahagian skrin dan jika dibiarkan, garisan ini akan bertambah semakin banyak dan teruk. Skrin Berkelip Jika skrin anda kerap berkelip ketika digunakan juga adalah disebabkan oleh masalah skrin laptop rosak. Skrin Malap Ini juga masalah skrin laptop rosak yang selalu terjadi pada laptop, kebiasaannya sukar untuk kita lihat pada skrin kerana backlight pada skrin sudahpun rosak. Jadi memerlukan cahaya untuk nampak paparan pada skrin semula. Apakah Punca Skrin Laptop Rosak? Sebenarnya banyak masalah yang terjadi pada skrin berpunca daripada kesilapan dalam penjagaan dan juga penggunaan. Antara puncanya adalah:
  • Tidak pernah shut down setelah menggunakan laptop
  • Memegang laptop hanya pada panel skrin sahaja
  • Meletakkan barangan di atas laptop
  • Meninggalkan barangan di atas keyboard laptop
  • Terjatuh
7 Tips Penjagaan Laptop Yang Betul Oleh kerana laptop adalah peralatan elektronik yang sensitif, jadi kita perlu memberikan perhatian dalam penjagaan laptop supaya kita tidak berhadapan dengan masalah pada laptop.
  1. Menggunakan laptop di kawasan bersuhu rendah.
  2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta.
  3. Simpan laptop di dalam beg sekiranya tidak digunakan.
  4. Pastikan tiada barangan atas laptop sebelum menutup laptop.
  5. Pegang laptop pada bahagian bawah.
  6. Servis laptop secara berkala.
  7. Bersihkan skrin laptop dengan alat yang khusus.
Skrin Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Yang Baru! Jika skrin laptop rosak, jangan membuat kesilapan dengan gopoh-gapah membeli laptop yang baru. Kerana laptop yang baru agak tinggi kosnya. Lebih baik cari terlebih dahulu kedai servis laptop untuk menyelesaikan masalah skrin laptop rosak. Dan salah satu pihak yang menyediakan servis tukar skrin yang baru adalah FR Laptop Services. Tak sempat untuk kedai kerana tiada masa? Atau kedai servis terlalu jauh? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan servis runner untuk mengambil dan menghantar semula laptop kepada anda setelah dibaiki. Anda ada masalah skrin laptop rosak? Boleh terus hubungi atau terus ke kedai:

Alamat 508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan 55100 KL

No tel : 0172882349

Waze/Google Map : FR Laptop Services

Waktu operasi : Isnin – Ahad : 9am-9pm

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul

Tanda Screen Laptop Rosak & Cara Penjagaan Skrin Laptop Yang Betul | Laptop merupakan salah satu keperluan buat masa ini. Baik untuk pelajar mahupun mereka yang sudah berkerjaya, komputer riba atau laptop ini sudah menjadi ‘teman baik’ kerana mudah untuk dibawa ke mana saja.

Sayangnya tidak semua orang tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul. Ada antara kita yang baru sedar laptop bermasalah hanya ketika muncul tanda screen laptop rosak.

Muncul Tanda Screen Laptop Rosak, Terus Beli Baru? Sabar Dulu!

Salah satu kesilapan yang ramai orang buat adalah terus beli laptop baru setelah muncul tanda screen laptop rosak. Cara itu hanya akan membuat kita lebih rugi.

Kalau screen laptop dah crack atau rosak, jangan beli laptop baru kerana laptop itu masih ada harapan untuk diselamatkan walaupun sudah ada tanda screen laptop rosak tersebut.

Tanda Screen Laptop Rosak Yang Sering Berlaku

Sebagai pengguna, kita perlu ambil perhatian tentang punca atau tanda screen laptop rosak ini. Setelah melihat ada tanda-tandanya, segera dapatkan bantuan servis tukar skrin laptop dari kedai baiki laptop yang berpengalaman.

Antara tanda-tanda skrin laptop rosak yang perlu diberi perhatian adalah :

1. Skrin Laptop Tidak Hidup (Blank Screen)


Skrin laptop tidak hidup dikenali sebagai blank screen. Walau laptop sudah on tetapi skrin laptop tetap gelap tidak berfungsi. Ini salah satu masalah yang paling mengecewakan kerana sukar untuk menentukan punca masalahnya sebenarnya apa.

2. Skrin Laptop Retak


Skrin laptop yang retak akan kelihatan seperti garisan pecah dan merekah pada skrin. Skrin retak ini benar-benar menganggu dan sudah pada tahap tidak boleh digunakan lagi melainkan dengan menukarnya dengan skrin yang baru.

3. Muncul Garisan Menegak / Mendatar Pada Paparan Skrin


Garis-garis halus pada skrin komputer boleh muncul dalam dua keadaan iaitu secara melintang atau menegak. Ada garisan yang muncul dalam warna putih dan ada juga yang berwarna-warni. Garisan ini boleh keluar pada mana-mana bahagian di skrin dan jika dibiarkan, garisan yang sedikit akan bertambah menjadi semakin banyak dan teruk.

4. Skrin Berkelip


Apabila skrin anda berkelip atau mengalami herotan warna itu tandanya skrin laptop benar-benar sedang mengalami masalah. Tanda screen laptop rosak ini perlu segera diberi perhatian.

5. Skrin Laptop Malap

Masalah skrin laptop malah turut dianggap sebagai salah satu masalah pada skrin. Cara mudah untuk menyedarinya apabila telah menaikkan tahap pencahayaan skrin di tahap maksimum tetapi skrin masih tetap malap. Ada juga skrin yang pada mulanya cerah tetapi bertukar menjadi malap secara tiba-tiba ketika sedang digunakan.

Apa Punca Screen Laptop Rosak? Ini Sebab Kenapa Skrin Laptop Boleh Rosak

Untuk pengetahuan, screen laptop rosak ini boleh berlaku disebabkan oleh kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.

Antara kesilapan atau kecuaian yang sering dilakukan hingga menyebabkan tanda screen laptop rosak ini muncul adalah seperti yang di bawah.

  • Tidak pernah mematikan laptop selepas selesai guna.
  • Mengambil laptop dengan memegang kuat pada bahagian skrin.
  • Meletakkan barangan lain seperti buku di atas skrin (hempap skrin).
  • Tidak pernah peduli untuk memasang antivirus.
  • Selalu membiarkan banyak tab terbuka dalam satu masa.
  • Terlalu banyak program dilancarkan ketika laptop dihidupkan.

 

10 Tips Cara Penjagaan Laptop Yang Betul

Laptop merupakan peralatan yang sangat sensatif dan memerlukan penjagaan yang baik. Sekadar beli hanya untuk guna tanpa tahu cara penjagaan skrin laptop yang betul akan menyebabkan kita perlu berdepan dengan masalah ini untuk setiap laptop yang dimiliki.

Apa gunanya hanya tahu guna dan tukar baru setelah rosak sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan cara yang lebih baik.

1. Jangan dedahkan laptop kepada perubahan suhu yang cepat. Turun naik suhu yang besar boleh menyebabkan kerosakan besar pada laptop.
2. Jangan tinggalkan laptop di dalam kereta. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta akan mendedahkannya kepada suhu yang terlalu teruk dan boleh menyebabkan kerosakan yang serius.
3. Meninggalkan komputer riba di dalam kereta ini juga boleh menjadi sasaran pencuri.
4. Gunakan beg komputer riba untuk mengurangkan kemungkinan terjatuh atau terlanggar secara tidak sengaja pada laptop tersebut.
5. Gunakan beg komputer riba yang sesuai. Pastikan beg cukup besar untuk memuatkan komputer riba dengan selesa. Elakkan letak laptop bersama barangan lain bagi mengelak laptop menjadi calar dan pecah skrinnya.
6. Untuk mencegah kerosakan pada monitor, pastikan tiada halangan (klip kertas, pen atau pensel) pada keyboard semasa menutup penutup. Item seperti ini boleh mengemek, mencalar atau bahkan memecahkan skrin.
7. Tutup penutup dengan betul. Tutup penutup perlahan-lahan dan tahan dari tengah skrin. Menutup tudung menggunakan hanya satu tepi menyebabkan tekanan tambahan pada engsel yang lama kelamaan akan retak dan pecah.
8. Pegang komputer riba pada tapaknya. Mengangkat dan memegang komputer riba pada paparan menghasilkan tekanan yang tidak diperlukan pada engsel. Tindakan ini boleh mengarahkan tekanan ke LCD dan mengubah bentuk atau memecahkan skrin itu sendiri.
9. Bersihkan habuk pada keyboard dari masa ke semasa.
10. Lap skrin laptop dengan cecair pencuci skrin yang boleh didapati dari kedai-kedai menjual peralatan laptop dan komputer.

Screen Laptop Rosak? Jangan Terus Beli Baru! Jimatkan Wang Dengan Hantar Baiki di FR Laptop Services

Sebagaimana yang telah dikongsikan tadi, cara penjagaan screen laptop yang salah merupakan salah satu sebab kenapa screen laptop menjadi rosak. Walaubagaimanapun, perkara yang sudah berlaku tidak bermakna kita perlu terus menyalahkan diri.

Jika benar screen laptop telah rosak, jangan terus membuat kesilapan dengan segera membeli laptop baru kerana ia akan menyebabkan kita perlu berbelanja dengan lebih banyak.

Sebelum membeli laptop baru, ada baiknya mencari dulu tentang servis repair screen. Walau kita tidak tahu how to repair screen laptop tetapi kita masih ada pilihan dengan menghantar repair screen laptop ini pada mereka yang pakar.

Salah satu pihak yang boleh repair laptop screen ini adalah FR Laptop Service. Boleh lihat wajah gembira para pelanggan yang gembira dapat selamatkan laptop masing-masing tanpa perlu berbelanja lebih. Dapat jimat kos baiki laptop dari beli baru.


Tidak sempat nak hantar laptop ke kedai kerana tidak ada masa? Tidak juga boleh hantar laptop kerana lokasi jauh? Jangan bimbang kerana pihak FR Laptop Service ada menawarkan khidmat runner untuk ambil dan hantar semula laptop setelah siap di baiki.

Laptop rosak pada bahagian skrin atau apa, boleh hubungi pihak FR Laptop Service. Harga baiki screen laptop rosak ini juga sangat berbaloi-baloi. Tidak kisahlah repair screen laptop Acer, Asus atau lain-lain jenama sekalipun, pihak FR Laptop Service sentiasa ready untuk menawarkan khidmat mereka dengan harga yang sangat berpatutan.

Akhir kata semoga artikel ini dapat membantu memberi sedikit sebanyak info berkaitan tanda screen laptop rosak bersama tips panduan cara penjagaan laptop yang betul.

Sekali lagi diingatkan, jika ada tanda-tanda screen laptop rosak jangan sibuk mencari punca sebaliknya lekas bertindak tukar skrin laptop rosak dengan yang baru bagi mengelak masalah tersebut berlarutan.

Alamat:
508 Jalan Kanan 1 Kampung Pandan
55100 Kuala Lumpur
No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services
Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm

Website | Facebook

Kesan Keyboard Laptop Rosak

Keyboard atau di dalam Bahasa Melayu, papan kekunci adalah salah satu komponen penting untuk sesbuah komputer riba ataupun laptop. Tanpa adanya keyboard, ianya sukar untuk menaip dan menggunakan laptop. Lagi menyedihkan, keyboard laptop ini ada ketikanya boleh rosak secara tiba-tiba.

Tertekan rasanya bila terjadi apa-apa kerosakan pada keyboard. Mana taknya, tak dapat nak gunakan laptop gara-gara kerana keyboard laptop yang sudah pun rosak.

Antara Kesan-Kesan Keyboard Laptop Rosak

Untuk pengetahuan semua, kesan keyboard laptop rosak ini ada banyak. Cuma, ramai yang diantara kita yang tidak menyedari atau dengan sengaja mengendahkan kesan-kesan tersebut. Antara kesan-kesan keyboard laptop rosak adalah:

  • Keyboard tertekan dengan sendiri
  • Terdapat huruf / nombor yang tidak dapat ditekan
  • Tombol huruf tertukar
  • Tekan butang sekali, huruf keluar berderet banyak kali
  • Keluar bunyi beep yang panjang
  • Huruf keyboard tidak berfungsi sama sekali
  • Keyboard laptop tekan lain keluar lain

Punca Kenapa Boleh Berlakunya Masalah Keyboard Laptop Rosak

Ada beberapa punca utama yang boleh menyebabkan berlakunya masalah keyboard laptop rosak ini. Antara punca utama kepada masalah keyboard laptop rosak ini selalunya daripada kecuaian kita sendiri sebagai pengguna.

Habuk / Kotoran Sisa Makanan

Salah satu kebiasaan pengguna laptop adalah makan di hadapan laptop semasa menggunakannya. Sebenarnya cara ini salah kerana sisa makanan boleh terjatuh dan melekat di celah butang keyboard.

Habuk juga adalah punca utama berlakunya masalah keyboard laptop rosak. Cara terbaik adalah membersihkan keyboard secara berkala, dan memastikan tiada kotoran atau habuk yang melekat.

Tekan / Ketuk Keyboard Laptop Dengan Kuat

Bermain permainan video di laptop memang menyeronokkan. Tetapi, disebabkan oleh keseronokkan ini menyebabkan keyboard laptop digunakan dengan agak kasar. Ketika sedang bermain, keyboard sering ditekan dan diketuk dengan kuat meskipun sebenarnya keyboard laptop ini sensitif terhadap impak.

Air Yang Tertumpah

Kejadian air yang tertumpah ke atas keyboard laptop ini pastinya tidak dapat dilupakan oleh sesiapa sahaja. Air yang tertumpah ini boleh menyebabkan laptop rosak teruk. Ia jadi lebih serius sekiranya air yang bergula seperti kopi, milo yang tertumpah ke atas keyboard laptop.

Butang Keyboard Dicabut

Ini ada masalah yang paling biasa terjadi sekiranya ada anak-anak kecil di rumah. Laptop boleh kehilangan butang pada keyboard akibat dicabut oleh anak-anak kecil. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya butang keyboard hilang, akibatnya adalah sukar untuk menggunakan laptop untuk kerja-kerja menaip.

Ramai yang menganggap bahawa sekiranya ada butang yang hilang, mereka boleh terus ke kedai laptop untuk membaiki satu butang sahaja. Maaf, ia tidak semudah itu. Keyboard laptop didatangkan dalam bentuk satu papan. Sekiranya ada butang yang bermasalah, makanya harus ditukar keseluruhan keyboard.

Keyboard Bermasalah Mungkin Petanda Awal Laptop Rosak

Sekiranya keyboard pada desktop rosak, boleh ditukar terus tapi untuk laptop, masalah keyboard laptop rosak tidak semudah itu. Keyboard laptop merupakan komponen asas yang cukup penting untuk sesebuah laptop, jika keyboard laptop bermasalah, jangan sesekali dipandang remeh.

Tak kira sama ada kesan keyboard laptop rosak itu melibatkan butang keyboard yang tidak berfungsi, ataupun apabila tekan butang lain, keluar huruf lain, ataupun langsung tidak berfungsi sama sekali. Ada baiknya hantar laptop bermasalah itu kepada mereka yang lebih pakar.

FR Laptop Services, Pakar Baiki Laptop Rosak Murah di Kuala Lumpur

Risau nak hantar laptop ke kedai kerana harga untuk menukar keyboard laptop rosak mahal? Jangan terus buat kesimpulan ya. Bukan semua kedai mengenakan caj servis yang tinggi dan mahal. Untuk kawasan KL dan Selangor, saya syorkan kedai FR Laptop Services yang berada di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Keyboard laptop rosak? Butang keyboard laptop tercabut? Butang keyboard laptop tak boleh ditekan? Tekan butang lain pada keyboard laptop, keluar butang lain? Tak kira apa pun masalah pada keyboard laptop itu, boleh gunakan servis baiki laptop daripada pihak FR Laptop Services.

Sudah Ramai Yang Berpuas hati Dan Diyakini Ramai

Ini adalah sebahagian daripada pelanggan yang berpuas hati dengan servis daripada FR Laptop Services.

Mahu Atasi Masalah Keyboard Laptop Rosak Dari Kedai Laptop Murah Area Kuala Lumpur? Hubungi FR Laptop Services Segera!

Sekiranya laptop anda menunjukkan kesan-kesan masalah keyboard laptop rosak, segeralah bertindak kerana keputusan segera anda boleh menyelamatkan laptop anda daripada mengalami masalah yang lebih serius.

Jika anda tidak berkesempatan untuk ke kedai FR Laptop Services? Jangan risau, pihak FR Laptop Services ada menyediakan khidmat runner untuk ambil dan hantar laptop anda nanti.

Segera hubungi FR Laptop Services untuk menyelamatkan masalah keyboard laptop rosak.

Alamat:

508 Jalan Kanan 1

Kampung Pandan

55100 Kuala Lumpur

No tel: 0172882349

Waze/Google Maps: FR Laptop Services

Waktu Operasi: Isnin – Ahad, 9 am – 9 pm