DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 2

Jom kita sambung part 2 pulak.

4.MEMASANG PROCESSOR

Port processor adalah yang paling ketara, sebab bentuk ia sangat unik yang berbentuk segi empat. Buka panel tersebut supaya anda boleh memasuk processor ke motherboard tersebut.

Pegang processor tersebut pada bahagian sisi, kemudian dengan perlahan masukan pada port tersebut.

Selepas processor sudah berada pada port motherboard  tersebut, dengan perlahan tutup dan kunci port processor tersebut supaya tidak tercabut.

5.MEMASANG KIPAS CPU

CPU komputer anda akan menjalankan banyak kerja, dengan erti kata lain. Ia akan menjana haba. CPU fan merupakan cooler, yang membantu menyejukan processor, jika CPU fan terdapat thermal paste pada nya anda tidak perlu meletakan lagi thermal paste tersebut.

Jika tiada thermal paste pada CPU fan anda perlu letakannya. Kuantiti yang perlu diletakkan adalah sebesar butir beras sahaja.

Saya akan bagi link cara untuk letak thermal paste pada CPU fan anda. https://www.youtube.com/watch?v=gDkz_9AQQ-g

Selepas itu anda sudah boleh pasangkan CPU fan tersebut. Anda perlu tekan ke empat-empat pin di bahagian sisi untuk lock.

 

Sambungkan pin CPU fan tersebut pada motherboard anda yang telah dilabel cpu fan.

6.MEMASANG RAM

Pada motherboard anda terdapat bahagian dimana anda perlu memasukan RAM. Slot ada empat seperti gambar dibawah.

Masukan RAM pada slot motherboard tersebut. Tekan RAM tersebut sehingga anda dengar bunyi klik. Selapas itu anda perlu mengunci slot RAM tersebut di bahagian sisi sehingga bunyi klik, pastikan ia dipasang dengan betul.

7.MEMASANG GRAPHIC CARD

Jika anda mahu membina gaming PC ini merupakan otot untuk komputer anda. Dengan harapan anda sudah periksa graphic card yang anda gunakan muat untuk diletakan pada case PC tersebut. Ini kerana modern graphic card adalah lebih. Jika tidak anda mungkin terpaksa menukar graphic card atau case yang lain.

Pada case PC tersebut anda perlu buka skru yang berbentuk L, ia akan memudahkan anda untuk memasukan graphic card tersebut.

Seperti RAM anda perlu menekan graphic card tersebut ke dalam slot dengan menggunakan sedikit tenaga, tapi jangan terlalu kuat.

Selepas graphic card dipasang dengan betul, pasang semula cover yang berbentuk L tadi dan skru kembali supaya graphic card itu betul-betul secure.

8.MEMASANG STORAGE DRIVE

Pertama sekali anda perlu mencari ruang tempat menyimpan storage drive. Bergantung pada jenis case yang anda gunakan, mungkin ada removable bracket yang berfungsi untuk memegang storage drive anda, kawasan yang bebentuk seperti tangga-tangga dimana anda boleh menletakan storage drive tersebut.

Jika anda ada bracket seperti diatas yang datang sekali dengan case yang anda gunakan, skru storage drive pada bracket tersebut. Sekiranya case yang anda gunakan menawarkan tools-free installation, anda tidak perlu bimbang tentang langkah ini. Pastikan sata port storage driver anda menghadap ke arah motherboard.

Kalau case anda tidak didatangkan dengan bracket, anda perlu skru storage drive anda menggunakan skru kecil pada case tersebut. Skru dengan ketat supaya storage drive itu tidak terjatuh. Seterusnya sambungkan kable Sata dari motherboard ke storage drive anda.

9.MEMASANG OPTICAL DRIVE (DVD WRITER)

Walaupun ramai orang akan memilih untuk tidak memasang optical drive pada PC mereka (seperti yang saya lakukan), anda mesti mahukan satu. Untuk memasukan optical driver, keluarkan penutup dari bahagian depan case anda dalam salah satu slot yang available.

Dari situ anda akan nampak dua lubang skru pada kedua-dua sisi, masukan optical driver tersebut dan skru dengan ketat, supaya ia tidak mudah terjatuh. Kemudian, apa yang anda perlu lakukan ialah menyambungkan kable SATA yang masih ada pada optical driver tersebut.

Opsss. Belum habis lagi. Kita akan sambung dalam part yang seterusnya, final part!

DIY : Bina PC Anda Sendiri – Part 1

Membina PC anda sendiri terasa seperti melakukan satu upacara. Di mana anda sendiri pergi membeli satu persatu komponen komputer yang diperlukan dari kedai-kedai komputer yang ada di luar sana, supaya dapat membina PC custom yang memiliki spesifikasi yang anda mahukan.

Anda dapat merasakan kepuasan pada diri sendiri dan dalam masa yang sama mesti ada sedikit perasan ragu-ragu dan sebagainya. Tetapi proses itu sendiri adalah sangat mudah sebenarnya. Saya akan membimbing anda dan memberi tahu apa yang perlu di lakukan.

1.PASTIKAN SEMUA PERALATAN ADA

Perkara pertama yang anda mahu lakukan adalah mengumpulkan semua peralatan anda. Dapatkan case, kesemua komponen PC tersebut dan juga jangan lupa dengan user manual sekali. Pastikan screwdriver, gunting, thermal paste sudah tersedia.

Keluarkan semua komponen yang anda beli dari kedai-kedai komputer dari kotak. Ini dapat menjimatkan ruang semasa anda mahu assemble PC tersebut.

Ini adalah contoh komponen untuk membina PC anda sendiri:-

  • Case: Corsair Carbide Series
  • Motherboard: Asus ATX DDR4 H170-PRO/CSM
  • CPU: Intel Core i5-6500 3.2GHz Quad Core Skylake
  • RAM: Corsair Vengenace LPX 8GB DDR4 2400MHz
  • Graphic card: Gigabyte GeForce GTX 1060 WINDFORCE 6G
  • SSD: SanDisk SSD Plus 240GB
  • HDD: WD Blue 1TB 7200 RPM
  • Power supply: Rosewill Capstone G550

Pastikan anda baca manual yang disediakan supaya tidak tertinggal atau terlepas komponen yang lain.

2.MEMASANG MOTHERBOARD I/O SHIELD

Pertama sekali buka kedua panel penutup PC tersebut. Buka dahulu skru sebelum anda slide kedua-dua panel casing tersebut seperti gambar ini.

Setiap motherboard mempunyai I/O shield yang dilekatkan di belakang case dari dalam. Pastikan port I/O shield tersebut sama dengan port pada motherboard PC tersebut.

 3.MEMASANG MOTHERBOARD

Jika processor adalah nadi komputer anda, motherboard adalah sistem saraf. Ia menyelaraskan kesemua aktiviti-aktiviti komponen. Case komputer mempunyai beberapa untuk memegang motherboard, pastikan ia ada.

Jelas kedudukan motherboard perlu selari dengan I/O shield port tersebut. Pastikan port pada motherboard tersebut selari dengan lubang pada I/O shield. Patikan lubang pada case dan motherboard selari.

Nak masukkan motherboard ini kadang-kadang leceh sedikit, sebab kena bagi motherboard tu selari dengan lubang case dan juga I/O shield, jadi ambil masa sedikit.

Ok, kalau motherboard dah lekat dengan baik, lubang pada motherboard dan case pun dah selari, sekarang anda dah boleh skru setiap lubang pada motherboard. Lagi satu jangan skru terlalu kuat, takut motherboard rosak.

Terdapat beberapa kabel yang datang sekali dengan case PC yang perlu disambungkan ke motherboard anda. Terdapat penyambung kecil yang dilabel LED +, LED -, HDD +, RESET dan sebagainya, dan yang perlu menyambungkan ke pin yang sepadan pada motherboard anda.

Setiap case PC berbeza, jadi anda perlu membaca user manual motherboard dan case anda. Ingan jangan buang user manual yang disediakan. Anda juga boleh sambungkan kipas build in pada motherboard anda jika ada.

Motherboard fan pin saya dilebal CHA FAN1.

Saya akan sambung dalam part yang seterusnya. Tunggu ya 🙂

Connect Phone Ke Laptop Guna Bluetooth

Apa itu Bluetooth? Adalah teknologi tanpa wayar jarak dekat. Kebanyakan laptop dan hampir semua telefon mempunyai keupayaan Bluetooth.

Ia pantas, boleh diharapkan, dan menjimatkan bateri dengan versi baru. Pendek kata, ia adalah cara yang mudah untuk menyambung peranti anda dan memindahkan fail.

Kenapa tidak guna cable sahaja? Menyambungkan cable merupakan jalan yang mudah, tetapi ia bukan pilihan yang terbaik.

Sebagai contoh, laptop anda tidak mempunyai banyak usb port. Laptop kecil mungkin ada satu atau dua usb port, dan agak mustahil untuk anda menggunakan lebih dari dua usb port.

Cara untuk connect Bluetooth:-

Windows 7

  1. On Bluetooth dari laptop dan telefon anda
  2. Kebanyakan telefon android, ada toggle Bluetooth ikon pada quick setting
  3. Tekan butang start menu
  4. Pilih devices anda perinters
  5. Kemudian tekan add a device
  6. Tunggu sehingga laptop discover phone anda dan klik next

Windows 10

  1. On Bluetooth dari latop dan telefon
  2. Taip Bluetooth pada seach box
  3. Pilih Bluetooth setting
  4. Sekiranya off toggle on Bluetooth tersebut
  5. Pilih phone anda dan tekan pair

  1. Ikut arahan yang diberikan yang keluar dari skrin laptop
  2. Comfirm no pass code yang betul
  3. Tekan ok/connect/pair

Cara untuk transfer fail:-

Pindahkan fail via Bluetooth sangat mudah selepas pair kedua-dua device tersebut.

  1. Pilih fail atau folder yang ingin anda transfer
  2. Tekan butang kanan mouse atau touchpad pada fail tersebut
  3. Pilih send to
  4. Klik Bluetooth device

  1. Telefon anda akan meminta approval terlebih dahulu sebelum dapat transfer fail tersebut.

Anda pilih beberapa fail serentak untuk di transfer dari phone atau ke laptop, dengan menggunakan cara sama seperti yang diberikan di atas. Bukan semua jenis fail boleh transfer, ada segilintir fail type  yang tidak boleh.

Cara Disable Sticky Key

Keyboard shortcut adalah sangat berguna dan dapat menjimatkan masa semasa anda sedang navigasi laptop anda. Walau bagaimanapun terdapat banyak shortcut diaktifkan secara tidak sengaja dan menggangu apa yang sedang anda lakukan.

Salah satu shortcut yang menjengkelkan adalah sticky key, merupakan accessibility feature membenarkan anda untuk menekan beberapa kombinasi shortcut seperti ctrl + alt + del dengan serentak. Feature ini sangat bagus untuk mereka yang memerlukannya.

Shortcut key untuk aktifkan ia dengan menekan shift lima kali. Anda mungkin secara tidak sengaja akan tertekan key tersebut tanpa anda sedari.

Cara untuk disable sticky key:-

  1. Tekan butang shift lima kali pada keyboard
  2. Kemudian akan keluar pop-up
  3. Pilih go to ease of access center to disable keyboard shortcut
  4. Akan keluar satu lagi pop-up seperti gambar ini

  1. Untick turn on sticky keys when SHIFT is pressed fives times untuk disable sticky key

Aplikasi Alternatif Untuk Download Youtube Video

Dalam artikel ini, saya akan memperkenalkan tiga aplikasi yang membolehkan anda download kesemua video dari youtube playlist.

4K VIDEO DOWNLOADER

Aplikasi kasi ini bukan sekadar untuk download playlist. Anda juga boleh download keseluruhan channel dengan satu klik, meminta aplikasi untuk download video yang baru dari individual channel secara automatik, dan juga memuat turun video 3D dan 360.

Salah satu ciri yang perlu diberi perhatian adalah keupayaan untuk memuat turun subtitle. Video yang dimuat turun boleh disimpan sebagai MKV, M4A, MP3, FLV, dan 3G.

GIHOSOFT TUBEGET

Seperti aplikasi 4k video downloader. Gihosoft Tubeget meliputi lebih dari sekadar youtube. Aplikasi ini menyokong lebih dari 10,000 laman sesawang, termasuk facebook, dailymotion, youtube, veoh, dan banyak lagi.

Aplikasi ini mampu memuat turun satu video dan keseluruh playlist. Untuk memuat turun playlist, hanya perlu copy URL dan klik  + PasteURL di penjuru sebelah kiri seperti gambar ini.

Kemudian anda akan diminta untuk memilih format (MP4, WebM, 3GP, FLV, AVI, or MKV) dan kualiti (4K, 1440P, 1080P, 720P, 480P, 360P, or 240P). Apabila anda sudah bersedia, klik Muat turun. Aplikasi ini akan download sehingga lima video pada satu masa.

VLC MEDIA PLAYER

Adakah anda tahu anda boleh menggunakan VLCMediaPlayer untuk menyimpan video YouTube. Proses tidak semudah anda menggunakan yang khusus untuk memuat turun video, tetapi ia juga merupakan option yang baik.

Caranya:-

  1. Buka aplikasi VLC media player
  2. Klik media dan pilih network stream
  3. Copy URL video youtube dari browser anda
  4. Paste URL tersebut dan klik play

  1. Kemudian semasa video sedang berjalan, tekan tool dan pilih codec
  2. Seterusnya copy location

  1. Paste location tersebut pada browser anda
  2. Sekali lagi video akan berjalan pada browser anda dan kali ini klik butang kanan pada mouse atau touchpad anda dan pilih save video as