Punca Mac Device Lembab Dan Jalan Penyelesaiannya

punca mac device lembab

Punca mac device lembab ada banyak sebenarnya. Ada yang dari device itu sendiri dan ada juga daripada kesilapan kita sendiri sebagai pengguna. Saya tahu, ramai yang diluar sana menggunakan Mac Device seperti Macbook dan iMac.

Macbook dan iMac ni biasanya datang bukan lah dengan spec biasa-biasa, maklum lah harga bangsawan. Dan dengan harga bangsawan, pengguna akan dapat laptop atau desktop dengan design yang cantik, user experience yang luar biasa dan kualiti yang tinggi.

Kebanyakan pengguna Mac Device ini terdiri daripada programmer, editor, rendering disebabkan produk Apple ini mampu untuk tampung semua keperluan pengguna. Ini salah satu sebab kenapa ramai orang berminat dengan produk-produk Apple ini.

Meskipun Mac Device ini hampir sempurna, tapi masalah lembab memang akan ada. Ada yang ambil masa sekejap dan ada yang mengambil masa bertahun-tahun untuk bermasalah. Tak kisah lah Macbook Pro atau Macbook Air, iMac, confirm akan tetap mengalami masalah lembab ini.

 

Tetapi jangan risau, kali in FR nak kongsikan punca Mac Device lembab supaya Mac Device anda boleh baut sendiri di rumah dengan lancar seperti biasa. Korang boleh decide apa yang perlu dilakukan untuk menjadikan Mac tu laju semula.

 

9 PUNCA MAC DEVICE LEMBAB DAN JALAN PENYELESAIANNYA

1 Hard Disk Penuh

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang pertama sekali adalah hard disk Mac dah penuh. Hard disk merupakan salah satu dari komponen Mac yang menyimpan semua data-data anda simpan, contohnya seperti dokumen, gambar, video, muzik termasuk dengan OS (Operating System).

Bila hard disk penuh, ia akan memberatkan proses dan juga boleh menjadi punca Mac Device lembab. Apa yang kita patut buat adalah meringankan beban yang ditanggung oleh hard disk kita dengan membuang apa-apa sahaja yang tidak diperlukan untuk penggunaan anda.

Jalan Penyelesaian:

  • Clean up data, file, document lama yang tidak diperlukan
  • Organize desktop anda
  • Backup data, file, document yang penting yang diperlukan sahaja.

2 Menggunakan OS Lama

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kedua pula adalah masih menggunakan OS yang lama. Untuk Mac Device, OS atau Mac OS X adalah antaramuka yang memudahkan pengguna, berbeza dengan laptop biasa yang menggunakan Windows.

Sebab tu lah Apple menyeluarkan OS X yang baru setiap tahun atau pun lebih. OS X yang sesuai digunakan bergantung pada model / year Mac anda di manufacture bukan semua OS X yang di keluar kan oleh Apple sesuai untuk semua product Mac.

OS X yang baru Apple perkenalkan OS Seirra 10.12, kebanyakkan Mac tahun 2015 keatas sesuai menggunakan OS Seirra.

Jalan Penyelesaian:

  • Update latest OS X

3 Terlalu Banyak Startup Programs

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang ketiga adalah banyak Startup programs. Startup programs merupakan programs yang berjalan secara automatik apabila operating system berjalan. Bila anda ON Mac anda, banyak software, programs akan akan load dalam background.

Perkara ini bukan sahaja slow kan Mac Device dan juga startup OS anda sepanjang permulaan OS.

Jalan Penyelesaian:

  • Remove startup untuk software / programs yang tidak diperlukan
  • Pergi ke system preference > user&group > klik username anda > klik pada login item > pilih dan klik pada apps yang anda tak mahu lauch ketika startup > kemudian klik symbol “-“ terletak dibawah list disebelah kiri, ini akan remove apps yang ada di dalam list. ( lagi kurang apps di dalam list lagi bagus. Ini dapat membantu mempercepatkan lagi Mac anda.

4 Model Mac Device Yang Lama

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang keempat pula adalah model yang terlalu lama. Jika anda masih lagi menggunakan Macbook dari tahun 2008 ke bawah, sudah sampai masanya untuk anda beralih ke model yang lain. tetapi jika anda menggunakan model 2009 ke atas, ada beberapa perkara yang anda boleh buat untuk menjadikan Mac Device lebih lancar dan laju.

Jalan Penyelesaian:

  • Upgrade RAM
  • Upgrade harddisk
  • Upgrade SSD

5 Software Yang Belum Di Update

Punca Mac Device lembab yang kelima pula adalah banyak software yang tak pernah update. Anda perlu pastikan semua software yang ada telah pun diupdate untuk mengekalkan kestabilan Mac Device anda. Jika terlalu banyak oftware yang belum di update, Mac Device anda akan terkesan dengan menjadi perlahan dan boleh juga muncul masalah lain.

Jalan Penyelesaian:

  • Update software
  • Jangan tunggu banyak software yang perlu di update baru nak update, ini memakan masa anda nanti.

6 RAM Terlalu Rendah

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang keenam adalah RAM yang terlalu sedikit. RAM ini digunakan untuk mempermudahkan multitasking. Jika anda pengguna yang heavy, banyak tab dan aplikasi dibuka dalam satu masa, jadi anda perlu tambahkan RAM untuk membolehkan Mac Device anda boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Jalan Penyelesaian:

  • Hentikan semua programs yang tidak lagi digunakan.
  • Jangan bukan terlalu banyak browser
  • Elakkan buka banyak programs
  • Tambah RAM jika kapasiti sekarang terlalu rendah

7 Buka Banyak Aplikasi Dalam Satu Masa

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang ketujuh adalah menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa. Jika anda mempunyai jumlah RAM yang tidak mencukupi, membuka pelbagai apps dalam satu masa boleh menjadikan Mac Device anda lebih lembab. Lagi banyak apps yang aanda buka, lagi tinggi RAM yang anda perlukan.

Jalan Penyelesaian:

  • Upgrade RAM sekiranya tidak mencukupi.
  • Padam apps yang tidak lagi digunakan, lagi banyak lagi bagus

8 Terlalu Banyak File Di Dekstop

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kelapan pula adalah menyimpan terlalu banyak fail pada dekstop. Apabila Mac Device anda dihidupkan, ia akan loadkan semua fail fail yang ada pada hard disk dan paparkan berdasar lokasi simpanan fail anda.

Mac Device anda akan render preview untuk kesemua ikon dan juga isi kandungan yang ada pada deksyop, menjadikan Mac Device anda lembab.

Jalan Penyelesaian:

  • Kemaskan icon di desktop anda, hanya biarkan folder yang penting sahaja
  • Buat satu folder contoh “desktop folder” letak segala icon di desktop anda di dalam folder tersebut.
  • Hide icon di desktop

9 Hard Disk Rosak

punca mac device lembab

Punca Mac Device lembab yang kesembilan adalah rosaknya hard disk. Hard disk ini digunakan untuk menyimpan semua fail, tak kira gambar, video, dokumen, lagu dan banyak lagi. Dan ia juga terletaknya fail-fail OS Mac Device anda.

Jika hard disk rosak, ia boleh menyebabkan Mac Device anda lembab dan anda juga berisiko untuk kehilangan data-data penting atau data-data ini juga boleh corrupt. Sudah pasti, masalah ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.

Tanda-tanda harddisk anda bermasalah, bunyi yang pelik , bunyi tik-tik macam jam, sekiranya anda menjalankan  Disk utility first aid selalu fail, keluar paparan error unrepairable ‘verify’ atau ‘repair disk’ function.

Jalan Penyelesaian:

  • Segera backup data anda dan run time machine
  • Backup data dalam external harddisk
  • Tukar harddisk yang rosak dengan harddisk baru
  • tukar kepada SSD sekiranya anda mahukan performance yang lebih baik

 

Dan sampai sini sahaja artikel punca Mac Device lembab, sekiranya anda pengguna Macbook atau iMac, semoga anda dapat meningkatkan kelajuan Mac Device anda.

Share jika anda suka dengan artikel kami ini.

Shortcut Key Untuk Pengguna Macbook

 

Masih menggunakan mouse?

Antara “shortcut key” yang masih ramai tidak tahu. Kaedah ini lebih cepat “navigate & executing command” berbanding drag mouse & touchpad.

Terdapat beberapa shortcut key untuk Mac yang perlu anda tahu.

CMD-A – Select All.

CMD-C – Copy.

CMD-X – Cut.

CMD-Z – Undo / Redo.

CMD-V – Paste.

CMD-S – Save.

CMD-F – Open Find Dialogue.

CMD-N – New Finder Window.

CMD-Shift-N – Create New Folder.

CMD-W – Close Window.

CMD-M – Minimize Window.

CMD-Q – Quit Application.

CMD-OPTION-ESC – Open Force Quit Dialogue.

CMD-SHIFT-3 – Screenshot Of Whole Screen.

CMD-SHIFT-4 – Screenshot Of Selected Area.

Tekan butang SHARE untuk manfaat rakan-rakan anda yang guna Mac.

Tips Lajukan Laptop Kesayangan Anda

 

tips lajukan laptop

Tips lajukan laptop kesayangan anda adalah mudah sahaja sebenarnya, dan anda tak lagi perlu menggunakan laptop dalam keadaan yang lembab dan bermasalah. Sebab kita sebagai pengguna laptop yang kita mahukan adalah, laptop kita cukup laju untuk kita siapkan kerja dan kemudian berseronok dengan movie atau game dan sebagainya.

Jadi kami di FR Laptop Services menginginkan semua pengguna laptop dapat merasai kelajuan pada laptop. Kerana saya faham, kalau laptop slow, sakit kepala boleh muncul, stress pun muncul last sekali migraine pun ada sekali.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya mengikuti beberapa tips lajukan laptop kesayangan anda ini, dan inshaAllah, kelajuan laptop anda akan meningkat secara drastik, bergantung dengan tips yang anda lakukan. Tapi, tips yang terakhir tu memang gerenti laptop anda akan jadi laju berdesup, bak kata pelanggan kami.

Hari ni saya akan berikan beberapa tips lajukan laptop kesayangan anda. Harap anda boleh terus baca sehingga ke penghujungnya.

 

7 Tips Lajukan Laptop Anda

1. Disk Cleanup

Tips lajukan laptop yang pertama adalah buat disk cleanup pada laptop.

Disk Cleanup boleh delete Temporary Internet Files, Download Program Files, dan Offline Webpages. Disk Cleanup juga membolehkan anda untuk kosongkan Recycle Bin, Delete Temporary Files dan Thumbnails.

Langkah-langkah untuk buat disk clean up:

Windows 7

  1. Buka start menu
  2. Pilih programs
  3. Pilih accessories
  4. System tools
  5. Dalam system tool
  6. Pilih Disk Cleanup utility.

Windows 8 & 10

  1. Tekan Windows key + R
  2. Taip cleanmgr dan tekan enter.

tips lajukan laptop

2. Defragmentation

Tips lajukan laptop yang kedua adalah buat defragment pada laptop anda.

Defragment adalah baik dan berkait dengan system fail dalam hard disk. Pergerakan read/write hard disk di kawasan-kawasan yang berlainan pada disk semasa mengakses fail yang fragment adalah lambat berbanding dari mengakses fail yang tiada masalah fragmentation.

Langkah-langkah untuk buat disk defragmentation:

Windows 7

  1. Buka start menu
  2. pilih programs
  3. pilih accessories
  4. system tools
  5. dalam system tool
  6. pilih disk defragmenter.

tips lajukan laptop

3. Check for Malware & Viruses

Tips lajukan laptop yang ketiga adalah scan malware dan virus pada laptop kesayangan anda.

Sebaik sahaja hard disk anda telah dibersihkan, seterusnya jalankan perisian antivirus dan lakukan imbasan keseluruhan hard disk laptop.

Jika ia mengesan apa-apa jenis virus atau malware, terus remove atau delete untuk buang malware dan virus pada laptop kesayangan anda.

Download perisian AntiVirus percuma dari internet atau anda boleh beli perisian AntiVirus yang berbayar dari kedai laptop ataupun beli secara online untuk mendapatkan perlindungan yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri keselamatan tambahan yang lebih baik berbanding antivirus yang percuma.

Jangan lupa muat turun perisian CCleaner, boleh check error pada registry pada laptop anda.

4. Check Power Setting

Tips lajukan laptop kesayangan anda yang keempat adalah mengubah power settings pada laptop.

Power setting pada Windows 7 dan ke atas jauh lebih baik berbanding sebelumnya kerana ia mempunyai kelebihan untuk menetapkan waktu untuk laptop anda Sleep dan Wake Up, dan tak lupa juga anda boleh menetapkan berapa banyak tenaga yang laptop anda gunakan.

Processor pada masa kini mempunyai kelebihan untuk melajukan atau memperlahankan performance bergantung atas setting yang anda telah tetapkan. Tetapi, jika anda tersilap tetapan, laptop anda mungkin akan beroperasi lebih perlahan daripada yang anda harapkan.

  1. Right click pada ikon bateri di taskbar
  2. Pilih power options

5. Add More Memory

Tips lajukan laptop yang kelima adalah upgrade atau tambah RAM pada laptop anda. Jika jumlah RAM laptop anda terlalu rendah, laptop anda akan menghadapi kesukaran untuk bermultitasking.

Kegunaan RAM adalah untuk menyimpan data sementara software yang anda sedang buka dan juga tugasan yang sedang anda lakukan.

Semakin besar kapasiti RAM laptop anda, semakin banyak aplikasi yang anda boleh buka dan gunakan dalam satu masa sekaligus mempercepatkan lagi masa pemprosesan laptop kesayangan anda.

tips lajukan laptop

6. Format New Windows 7/8/10

Tips lajukan laptop yang keenam pula adalah format semula laptop kesayangan anda dan masukkan semula Windows yang baru.

Windows yang bermasalah juga boleh menyebabkan laptop anda menjadi perlahan dan kebiasaannya format boleh menyelesaikan laptop lembab ini. Sebelum anda format laptop kesayangan anda, anda perlu pastikan kesemua data yang penting pada laptop anda telah pun dibackup. Bukan apa, takut jika anda terformat sekali data-data penting anda.

7. Upgrade SSD

Dan tips lajukan laptop yang terakhir adalah upgrade hard disk laptop anda ke SSD.

SSD atau Solid State Drive adalah alternatif kepada media storan tradisional iaitu hard disk, dan kelajuannya hingga sepuluh kali ganda. Meskipun SSD ini hadir dengan saiz yang lebih kecil, namun kelajuan yang diberikan cukup memuaskan.

Jangan risau soal hard disk anda, anda boleh menggunakannya pada laptop dengan menggantikan CD-Rom dengan hard disk caddy.

tips lajukan laptop

 

Dan itulah 7 tips lajukan laptop kesayangan anda, dan harap anda dapat manfaatkan apa yang anda telah baca hari ini.

Jika anda seronok dengan artikel kami ini, boleh SHARE dengan kawan-kawan dan ahli keluarga.

Uninstall Program Jadikan Laptop Anda Lebih Lancar

uninstall program

Uninstall program boleh menjadikan laptop kita lebih lancar kerana wujud program yang boleh memberatkan laptop kita. Program yang berat ini antaranya adalah Spotify, Discord, dan banyak lagi kerana ia akan run secara automatik setelah laptop kita on.

Tak lupa juga, bukan semua program yang kita install pada laptop kita, yang kita gunakan, ada yang diinstall oleh kawan-kawan atau ahli keluarga dan ada juga yang terinstall tanpa kita sedar semasa install program lain.

uninstall program

Jadi, kita harus uninstall program yang tak diperlukan agar laptop kita boleh menjadi lebih laju. Tetapi, tak ramai yang tahu cara untuk uninstall program yang ada pada laptop kita.

Dalam tutorial ini, saya akan ajar bagaimana untuk “Uninstall Programs” atau aplikasi yang tidak lagi digunakan di laptop anda bagi mereka yang tak tahu.

Jom kita mulakan.

 

Cara Uninstall Program Untuk Setiap Windows

Windows 7

  1. Open Start Menu
  2. Click Control Panel
  3. Click Uninstall Programs (on programs category)
  4. Choose the programs that you want to uninstall
  5. Click Uninstall.

Sesetengah aplikasi memerlukan anda untuk restart untuk complete installation dan sesetengah aplikasi tidak perlu untuk di restart.

Windows 8

  1. Drag your cursor at the upper right corner from the screen
  2. Click Setting
  3. Click Control Panel from the pop up menu
  4. Choose/Click Uninstall Programs (on programs category)
  5. Choose the programs that you want to uninstall
  6. Click Uninstall.

Sesetengah aplikasi memerlukan anda untuk restart untuk complete installation dan sesetengah aplikasi tidak perlu untuk di restart.

Windows 10

  1. Open Start Menu
  2. Click Setting
  3. Click System on the Setting Menu
  4. Select Apps & Feature from the left Panel
  5. Select Program that you want to uninstall
  6. Click Uninstall (sekiranya button uninstall itu pudar anda tak boleh uninstall program tersebut
  7. Click the Uninstall pop up button to confirm.

Sesetengah aplikasi memerlukan anda untuk restart untuk complete installation dan sesetengah aplikasi tidak perlu untuk di restart.

Dan itu sahaja cara untuk uninstall program yang anda boleh buat sendiri di rumah. Semoga performance laptop anda juga akan meningkat setelah anda berjaya uninstall program yang memberatkan laptop anda.

Mudah je kan kalau ikut langkah-langkah kat atas ni.

#SHARE dengan rakan-rakan anda untuk manfaat bersama.

Jimatkan Bateri Laptop Dengan Mode ‘Battery Saver’

jimatkan bateri laptop

Jimatkan bateri laptop adalah satu benda yang penting terutama sekali jika anda menggunakan laptop dengan berkuasakan bateri sahaja untuk tempoh masa yang lama. Bateri memberikan kita kelebihan untuk menggunakan laptop di mana sahaja tanpa memerlukan tempat yang ada tenaga elektrik.

Untuk pengguna mudah alih, bateri adalah komponen penting, ini kerana, tanpa bateri laptop takkan boleh digunakan melainkan menggunakan charger pada plug. Jangka hayat bateri adalah kunci utama untuk sesebuah laptop.

Untuk jimatkan bateri laptop, mujurlah Microsoft telah memberikan fungsi battery saver melalui operating system mereka yang terbaru, iaiatu Windows 10.

Battery Saver merupakan fungsi yang terbaru yang didatangkan khas pada Windows 10. Ia akan mula berfungsi setelah bateri kita mencecah 20 peratus. Kita juga boleh mengubah tetapan untuk menentukan bila laptop kita nak menggunakan Battery Saver.

 

Fungsi Jimatkan Bateri Laptop Dengan Battery Saver:

  1. Mengurangkan kecerahan skrin laptop. Ia sangat berkesan untuk mengurangkan penggunaan bateri untuk menambahkan masa penggunaan laptop.
  2. Mematikan aplikasi-aplikasi yang di muat turun daripada Windows Store. Ia juga menghalang aplikasi-aplikasi ini untuk run di background.
  3. Menghentikan sebarang notifikasi daripada semua aplikasi pada laptop.

 

Jimatkan Bateri Laptop dengan Battery Saver

Sebenarnya mudah sahaja untuk jimatkan bateri laptop anda cuma perlu:

  1. Tekan ikon bateri pada taskbar dan tekan butang Battery saver.
  1. Apabila battery saver sedang aktif, anda akan dapat lihat ikon daun hijau yang kecil pada ikon bateri.

Anda juga boleh jimatkan bateri laptop dengan battery saver melalui Settings. Pada Settings, anda boleh mengubah tetapan Battery Saver.

  1. Tekan butang Start/Windows dan tekan ikon Settings.
  1. Pada Settings tekan pada System.
  1. Pilih Battery dan tekan pada toggle sama ada untuk menghidupkan atau mematikan Battery Saver.

Pada tetapan Battery Saver anda boleh menukarkan tetapan untuk jimatkan bateri laptop.

  1. Tetapkan/tukar bila Battery Saver pada laptop diaktifkan. Tetapan default adalah 20 peratus. Ini bermakna apabila bateri laptop anda mencecah 20 peratus, Battery Saver akan mula diaktifkan.
  1. Memilih sama ada Battery Saver turut mengurangkan kecerahan skrin untuk mengurangkan tenaga yang digunakan pada bateri.

Dengan Battery Saver, anda boleh jimatkan bateri laptop terutama sekali ketika anda sedang melakukan tugasan atau kerja yang perlu dihantar dalam masa yang terdekat. Tetapi apabila bateri anda tinggal 1 peratus, terus sambungkan power adapter untuk meneruskan penggunaan. Sekian saja artikel mengenai Battery Saver mode. Diharapkan anda dapat memanfaatkan dan menggunakannya pada laptop anda.

#SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

jimatkan bateri laptop