Kesilapan Pengguna Laptop. Anda Mungkin Buat.

kesilapan pengguna laptop

Kita sebagai manusia, tak lari daripada melakukan kesilapan. Dan kesilapan ini juga boleh terjadi kepada kita, sebagai pengguna laptop. Laptop adalah sebuah peralatan elektronik yang amat sensitif dan mudah untuk rosak dengan cara penjagaan yang salah.

Kesilapan pengguna laptop boleh memberi kesan yang buruk kepada laptop kita. Ya, mungkin kita tidak mempunyai hasrat untuk merosakkan laptop kita sendiri, namun begitu, masih ramai lagi di antara kita yang melakukannya tanpa kita sedar.

Tujuan artikel ini untuk memberikan sedikit pengetahuan dan kesedaran agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dan dapat mengelakkan masalah yang besar mungkin muncul pada laptop kita.

 

3 KESILAPAN PENGGUNA LAPTOP

Kesilapan 1: Tidak Menetapkan Kata Laluan

Kesilapan pengguna laptop yang pertama adalah tidak menetapkan kata laluan pada laptop. Kata laluan adalah merupakan benteng pertahanan yang pertama menentang akses tanpa kebenaran pada laptop anda. Semakin kuat kata laluan anda, perlindungan pada laptop anda akan jadi lebih kuat.

Sesetengah orang berpendapat bahawa kata laluan merupakan sesuatu yang membebankan, kerana tanpa kata laluan, mereka boleh akses laptop mereka dengan segera tanpa perlu bersusah payah untuk menaip kata laluan mereka.

Untuk pengguna laptop yang sering membawa laptop ke luar, ataupun ke kedai atau ke mana sahaja, adalah penting untuk kita meletakkan kata laluan. Untuk lebih keselamatan, kita juga boleh meletakkan kata laluan pada BIOS untuk perlindungan tambahan.

 

Kesilapan 2: Tidak Menggunakan Antivirus

Kesilapan pengguna laptop yang kedua adalah tidak memasang apa-apa aplikasi antivirus pada laptop.

Aplikasi anti-virus seperti Windows Defender, ataupun perisian anti-malware sepatutnya berada didalam setiap laptop. Aplikasi ini memberikan perlindungan daripada sebarang serangan luar ataupun fail-fail yang telah dimuat turun.

Kita patut tahu, bahawa bukan semua fail yang berada di Internet adalah selamat untuk laptop kita. Banyak fail-fail yang merbahaya untuk laptop kita berlegar di Internet seperti virus, adware, spyware dan banyak lagi. Dengan antivirus, kita dapat mengurangkan risiko ini, seandainya tersalah muat turun fail yang mengandungi virus dan sebagainya.

Jangkitan virus adalah merbahaya untuk laptop. Ia bukan sahaja melembabkan laptop, ia juga boleh mencuri data-data tanpa kita sedar ia sedang berlaku. Pastikan kita sentiasa mengemas kini perisian anti-virus dan anti-malware. Kita juga pastikan ia berjalan dan sentiasa memantau laptop anda. Anda juga perlu melakukan full scan atau imbasan penuh menggunakan perisian-perisian itu secara berkala.

kesilapan pengguna laptop

Kesilapan 3: Memasang Aplikasi Yang Tidak Berguna

Kesilapan pengguna laptop yang ketiga adalah memasang aplikasi yang tidak berguna.

Sekarang, terlalu banyak aplikasi yang kononnya boleh meningkatkan prestasi laptop, atau memberikan keselamatan yang lebih kuat pada laptop. Bukan semua aplikasi ini bagus untuk laptop anda, dan kebanyakannya hanya akan memberatkan laptop dan mengurangkan efficiency laptop anda.

Ada sesetengah aplikasi juga menawarkan aplikasi tambahan yang juga kononnya bagus untuk laptop anda. Dan jika anda tidak berhati-hati ketika proses installation, aplikasi itu juga akan masuk ke laptop anda tanpa anda sedari. Kebanyakan aplikasi-aplikasi ini tidak berguna langsung, dan hanya memakan ruang memori dan melembabkan sistem laptop kita.

Apa yang perlu kita lakukan adalah baca mengenai aplikasi yang kita mahu muat turun, dan jika ia adalah penting dan merupakan suatu keperluan pada laptop kita, teruskan. Jika tidak, jangan.

 

Sampai sini sahaja artikel kesilapan pengguna laptop untuk kali ini. Macam mana pendapat anda?

Jangan lupa untuk SHARE tips dan ilmu ni kepada rakan-rakan.

kesilapan pengguna laptop

Punca Laptop Overheating Dan Cara Penyelesaian

punca laptop overheat

Punca laptop overheating boleh mengundang masalah yang besar pada laptop anda. Antaranya adalah kerosakan komponen, laptop menjadi perlahan, kehilangan data dan banyak lagi.

Kebanyakan masalah suhu naik secara mendadak sering berlaku kepada laptop. Ini kerana ruang air flow yang ada pada laptop adalah sempit dan ia memerlukan servis berkala untuk memastikan performance laptop kekal seperti biasa.

Kalau korang perasan semakin panas sesuatu hardware tu, performance laptop mesti menurun. Saya bagi contoh selain dari laptop. Cuba bayangkan kereta korang temperature high? Confirm kereta tu lama-lama semput tak pun mati.

Konsep sama jugak dengan laptop. Memang tak boleh dinafikan ada model laptop, design dan material yang digunakan tu bagus dan ada jugak yang tidak bagus dari segi pembebasan haba dari processor dan GPU.

Jadi kali ini saya akan menerangkan punca laptop overheating dan cara penyelesaian agar laptop anda boleh bertahan selama bertahun tanpa sebarang masalah.

 

5 PUNCA LAPTOP OVERHEATING

1. Habuk @ Dust

Punca laptop overheating yang pertama adalah habuk. Nampak remeh, tapi benda macam ni lah yang boleh memudaratkan laptop korang semua. Sedar atau tidak, kebanyakkan masalah berpunca dari saluran heatsink yang terganggu dengan gumpalan habuk-habuk yang melekat lalu menyebabkan kepanasan pada CPU meningkat.

Graphic chipset juga sensitif terhadap kepanasan yang melampau. Panas adalah musuh utama komponen elektronik yang sering kali menyebabkan windows hang. Sikit demi sikit habuk yang terkumpul lama-lama akan menjadi bukit yang kemudiannya boleh menjadi punca laptop overheating.

Tips & Penyelesaian:

  • Membuat servis clean dust secara berkala 6 bulan sekali.
  • Pastikan tempat anda guna laptop tu tidak terlalu behabuk / berdebu.
punca laptop overheat

2. Kipas Laptop Tak Berfungsi Dengan Baik

Punca laptop overheating yang kedua adalah kipas yang rosak. Kat dalam laptop sekurang-kurangnya ada 1 – 2 kipas, bergantung pada jenis laptop. Kipas memainkan peranan yang sangat penting. Fungsi kipas ni untuk menyejukkan processor, graphic chipset dan komponen-komponen lain yang ada kat dalam laptop dari overheating.

Sebab kipas laptop tidak berfungsi dengan baik, ada kemungkinan debu-debu habuk banyak melekat. Lagi satu kemungkinan kipas laptop rosak dan ia gagal berfungsi seperti biasa. Kalau kipas laptop korang dah rosak memang akan jadi punca laptop overheating. Kalau korang ada alami problem ni saya nasihatkan agar korang check kipas laptop sebelum terlambat.

Tips & Penyelesaian:

  • Bersihkan kipas laptop dari habuk dan debu.
  • Tukar kipas baru sekiranya dah rosak.
  • Pergi ke kedai komputer kalau korang tak tahu macam mana nak bersihkan habuk atau pun tukar kipas laptop.

punca laptop overheat

3. Main Game Terlalu Lama

Perkara ni confirm ramai yang buat. Ramai orang kat luar sana minat bermain permainan video game kat pc / laptop. Ye la sape yang tak suka main game. Punca laptop overheating yang ketiga paling common adalah main game terlalu lama.

Untuk bermain game memang ada laptop yang dicipta khas untuk bermain game dan mempunyai spec yang tertentu.

Apa yang terjadi ketika korang main game, hardware seperti CPU, GPU dan RAM akan berkerja dengan lebih keras. Apatah lagi kalau game yang korang main tu memerlukan graphic yang tinggi.

Disebabkan komponen-komponen laptop ni berkerja dengan keras sudah pasti komponen tersebut akan menjadi panas. Sekiranya korang pengemar video game saya nasihatkan beli laptop yang khas untuk gaming, lebih baik lagi kalau pakai PC. Sebab PC boleh upgrade macam-macam berbanding laptop.

Tips & Penyelesaian:

  • Jangan on terlalu lama kalau korang gunakan laptop untuk main permainan video, sebab laptop cepat panas berbanding PC.
  • Dinasihatkan kalau korang nak bermain game dengan lama, saya cadangkan buat PC Custom Gaming.
  • Pastikan tempat korang guna laptop tu tak terlampau panas.
  • Pakai cooling fan atau pun kipas biasa dan halakan pada laptop.
  • Had kan masa korang main game.

punca laptop overheating

4. Overclocking

Sebelum saya bercerita pasal overclocking, korang tahu tak overclocking tu apa?

Secara ringkasnya, overclocking bermaksud menetapkan atau memaksa CPU dan memory laptop anda untuk berjalan pada kelajuan yang lebih tinggi daripada gred kelajuan yang telah ditetapkan oleh manufacturer.

Sebagai contoh, Intel Core i7 860 berjalan dengan kelajuan 2.80 Hz. Overclocking Core i7 860 bermaksud memaksa CPU ke kelajuan jauh lebih tinggi daripada 2.80 Hz. Kalau anda melakukan overclocking cpu akan berkerja dengan lebih keras dan suhu akan meningkat. Ya tetapi kesan buruk overclocking adalah ia boleh punca laptop overheating.

Tips & Penyelesaian:

  • Jangan overclock kalau korang hanya gunakan software, programs untuk kegunaan pejabat dan surf internet.
  • Dinasihatkan overclocking pada PC bukan pada laptop sebab ruang pada laptop terhad, tak luas macam pc dan pc boleh tambah extra fan.
  • Dapatkan khidmat atau nasihat pakar sekiranya korang nak overclock.

punca laptop overheating

5. Guna Laptop Pada Permukaan Fabrik

Punca laptop overheating yang paling common sekali adalah penggunaan laptop atas permukaan yang lembut seperti fabrik.

Sebab bila guna laptop kat permukaan fabrik, contoh tilam atau bantal, ini akan menghalang/menganggu air flow laptop.

Bila air flow tak cun mula la komponen-komponen kat dalam laptop suhu meningkat sebab laluan udara kena halang. Suhu yang panas adalah musuh utama komponen laptop, sebab komponen dalam tu amat sensitif.

Tips & Penyelesaian:

  • Elakkan guna laptop di atas permukaan fabrik.
  • Guna pada permukaan yang flat yang tidak menghalang air flow.

punca laptop overheat

 

Jadi, ada banyak benda yang boleh menjadi punca laptop overheating, dan kita harus elakkan laptop kita berada dalam keadaan yang panas supaya jangka hayat laptop kita boleh tahan lebih lama.

Sharekan pada kawan-kawan anda jika anda rasa artikel ini bermanfaat.

Tips Penjagaan Laptop Supaya Boleh Tahan Lama

tips penjagaan laptop

Tips penjagaan laptop adalah penting suapaya kita dapat mengekalkan laptop dalam keadaan yang baik tanpa kita perlu  mengeluarkan wang untuk membaikpulih sekiranya berlaku kerosakan pada laptop.

Sekarang, pada zaman teknologi, terdapat pelbagai jenis laptop yang berada di pasaran. Ada yang murah dan juga yang mahal.

Sebagai contoh laptop yang khusus untuk bermain permainan video games daripada Alienware, Siri ROG daripada ASUS, ataupun laptop yang dibuat oleh Apple iaitu Macbook, Macbook Pro dan sebagainya.

Ia merupakan laptop yang digelar high-end di mana ia mempunyai spesifikasi yang tinggi dan kos untuk memiliki laptop-laptop ini bukannya murah.

Bila kita beli laptop seperti ini, kita mesti mahukan laptop itu untuk bertahan pada jangka masa yang panjang agar kita dapat menggunakannya tanpa sebarang masalah.

Penjagaan laptop daripada segi hardware ataupun luaran adalah penting, ini kerana ia memainkan peranan yang sangat besar untuk jangka masa yang panjang.

Dalam artikel ini kami akan ajarkan pada anda tips penjagaan laptop suapaya laptop anda boleh tahan lebih lama.

 

5 TIPS PENJAGAAN LAPTOP SUPAYA BOLEH TAHAN LAMA

TIPS 1: DAPATKAN BEG LAPTOP YANG TERBAIK

tips penjagaan laptop

Tips penjagaan laptop yang pertama bermula daripada bahagian perkakasan. Beg laptop yang baik mampu menjaga laptop daripada sebarang masalah ketika sedang berada di dalam perjalanan.

Jika anda terjatuh, pad pada laptop itu akan menjaga laptop anda daripada kerosakan pada fizikal ataupun pada hard disk.

Hard disk merupakan perkakasan yang sensitif kerana apabila ia terjatuh, jejari mekanikal yang terdapat pada hard disk itu boleh rosak dan menyebabkan hard disk tidak dapat berfungsi.

Beg laptop yang terbaik mempunyai ruang poket yang banyak untuk tetikus, power adapter atau sebagainya dan juga pad lembut yang mampu melindungi keseluruhan fizikal laptop.

TIPS 2: JAUHKAN CECAIR DARIPADA LAPTOP

Kemalangan di mana air tertumpah atas laptop sering terjadi. Kita semua tahu barang-barang elektrik dan juga elektronik adalah sensitif terhadap air. Tips penjagaan laptop yang kedua adalah mengelakkan air daripada berdekatan dengan laptop. Kita perlu berhati-hati ketika kita sedang minum air.

Ataupun cara yang terbaik adalah dengan jauhkan air daripada laptop. Seandainya tertumpah, cepat-cepat bersihkan air itu agar tiada perkara buruk terjadi kepada laptop.

Terus off laptop dan keringkan bahagian dalam laptop. Jangan on laptop selagi bahagian dalam laptop belum kering sepenuhnya. Takut motherboard rosak pulak.

TIPS 3: BERSIHKAN LAPTOP SECARA BERKALA

Tips penjagaan laptop yang ketiga adalah membersihkan laptop secara berkala. Kita selalu bersihkan skrin laptop untuk melihat dengan lebih jelas. Kita juga boleh lakukan benda yang sama pada bahagian lain.

Ambil kain yang bersih, basahkan sedikit pada kain tersebut dan bersihkan pada bahagian luar laptop daripada sebarang kotoran dan habuk.

Kita juga boleh dapatkan satu tin compressed air dan semburkan pada bahagian-bahagian yang mudah untuk habuk berkumpul sebagai contoh pada bahagian papan kekunci, kipas, dan juga gril udara laptop.

TIPS 4: MENJAGA BATERI LAPTOP

tips penjagaan laptop

Bateri laptop adalah nyawa dan juga jiwa laptop, tertutama sekali untuk mereka yang selalu melancong sama ada untuk perniagaan atau percutian. Dan tips penjagaan laptop yang keempat adalah memastikan bateri laptop sentiasa dalam keadaan yang baik.

Ketika berada di dalam kapal terbang, bas, ataupun kereta, kita tidak boleh menggunakan power adapter kerana tiada sumber kuasa yang disediakan. Jadi kita perlu menjaga agar bateri tahan lama.

Jangan selalu overcharge atau terlebih caj kerana ia akan memudaratkan jangka hayat bateri. Setelah bateri penuh, segera tanggalkan power adapter.

Hanya caj bateri laptop anda ketika bateri laptop anda lemah. Dengan ini kita akan dapat dapat beberapa jam ekstra untuk menggunakan laptop. Dengan penjagaan yang baik , bateri kita akan tahan lebih lama.

TIPS 5: MEMBERSIHKAN KIPAS DAN ‘HEATSINK’

tips penjagaan laptop

Tips penjagaan laptop yang terakhir pula adalah membersihkan kipas dan juga bahagian dalaman laptop.

Kipas dan heatsink merupakan antara sistem penyejukan utama untuk menyejukkan laptop. Oleh kerana processor dan graphic chipset mengeluarkan haba panas bila laptop ‘on’, laptop wajib disejukkan.

Biasa kan tengok kipas dinding di rumah, lama kelamaan kipas jadi hitam sebab habuk terperangkap pada bilah kipas.

Kipas laptop pun sama. Bila habuk semakin banyak berkumpul, ia akan menutup dan menghalang laluan angin. Jadi, udara panas dari laptop tak dapat keluar.

Udara panas yang berkumpul dalam laptop akan menyebabkan kerosakan pada komponen elektronik motherboard. Kalau motherboard rosak, kos repair memang tinggi.

Untuk elakkannya, anda mesti buat servis berkala untuk mencuci habuk yang terperangkap dalam laptop terutamanya di bahagian kipas dan heatsink.

 

Laptop merupakan salah satu harta yang sangat berharga untuk kita. Tanpa laptop, kita tidak boleh melakukan kerja, menonton video, atau bermain permainan video. Oleh itu, kita sebagai pengguna wajib tahu tips penjagaan laptop agar laptop kita boleh bertahan lama, tanpa sebarang masalah.

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.

tips penjagaan laptop

Bateri Laptop Tahan Lagi Lama? Macam Mana?

 

bateri laptop tahan lagi lama

Alamak! Bateri laptop dah low, cepat pulak drain. Situasi ni pulak berlaku masa tengah buat kerja kat luar (mamak stall/old town). Lepas tu pulak lupa bawa charger laptop atau extension cord semua dah guna. Macam mana nak buat bateri laptop tahan lagi lama?

Sebenarnya ada cara yang boleh dikongsikan, macam mana nak buat bateri laptop tahan lagi lama. Ramai di antara pengguna laptop yang tak tahu, walaupun laptop tu baru di beli atau bateri baru ditukar.

Dengan beberapa “tweak” kecil kat bawah ni dapat membantu dan manage pengunaan kuasa bateri laptop anda. Sebelum ni saya dah kongsikan bahagian pertama yang anda boleh baca di sini. Dan untuk bahagian yang kedua, anda boleh baca di sini.

 

Tips Bateri Laptop Tahan Lagi Lama

7. Sleep @ Hibernate Laptop Anda.

Tips bateri laptop tahan lagi lama yang ke-tujuh adalah, sleep atau hibernate laptop sekiranya laptop tak digunakan untuk jangka masa yang lama.

Kebanyakan laptop akan sleep/hibernate secara automatik sekiranya anda tidak aktif untuk masa tertentu. Ia bertujuan untuk menggurangkan penggunaan bateri laptop anda supaya tak cepat habis.

Dari membiarkan tetapan (setting) laptop anda begitu sahaja, anda boleh memendekkan lagi bila laptop anda akan sleep sekiranya anda tidak aktif, supaya dapat menjimatkan lagi kuasa bateri anda.

Ini berguna terutamanya apabila anda sedang mengunakan kuasa bateri, kerana penggunaan tenaga dari bateri jauh lebih rendah ketika sleep berbanding ketika laptop itu dalam keadaan terjaga.

Anda boleh set SLEEP dengan cara:

Contol Panel >  View by Category (tukar kepada Small Icon) > Pilih Power Option > Pilih Choose When to Turn off the Display> dan anda boleh set time untuk laptop anda sleep.

 

8. Rendahkan Brightness Skrin

Tips bateri laptop tahan lagi lama yang ke-lapan adalah menurunkan tahap kecerahan pada laptop. Percaya atau tidak, skrin laptop adalah salah satu daripada komponen yang banyak menggunakan kuasa bateri. Lebih cerah BRIGHTNESS skrin laptop anda lagi banyak kuasa bateri yang pakai bergantung pada LEVEL BRIGHTNESS anda.

Banyak laptop dimana skrin malap apabila menukar ke MODE BATTERY POWER SAVER, jika tidak kurangkan sedikit BRIGHTNESS.

 

9. Off Wifi & Bluetooth

Tips bateri laptop tahan lagi lama yang ke-sembilan adalah mematikan semua hubungan atau connection tak kira pda wifi dan juga bluetooth.

WiFi dan Bluetooth merupakan alat tanpa wayar yang hebat dan membolehkan anda untuk menyambung peranti seperti, MOUSE, KEYBOARD, PRINTER, surfing INTERNET dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda tidak perlu menggunakan FEATURES ini. Sebagai contoh, jika anda berada di awangan menaiki pesawat, anda tidak boleh menggunakan Wi-Fi atau Bluetooth.

Jadi perlukah anda biarkan ia on? Protocol ini memerlukan sedikit kuasa untuk digunakan dan boleh memberi kesan di mana berapa lama bateri laptop anda boleh bertahan.

Jadi, jika anda tidak menggunakannya, mengapa anda perlu membiarkan kuasa dari bateri laptop anda di bazirkan?

Cukup 3 artikel ringkas macam mana nak buat bateri laptop tahan lagi lama. Ada 9 tips semuanya. Mudah je kan nak buat?

#SHARE tips ini kepada rakan-rakan yang mengalami masalah ini. Klik butang SHARE kat bawah ni.

Tips Guna Laptop Baru Agar Laptop Anda Tahan Lama

tips guna laptop baru

Tips guna laptop baru adalah penting untuk mengekalkan prestasi laptop kita dan ia juga boleh menjadikan laptop kita tahan lebih lama tanpa sebarang masalah yang boleh muncul.

Kebiasaannya selepas kita membeli laptop yang baru, kita akan keluarkan laptop tersebut daripada kotak dan kemudian akan configure laptop seperti tetapan akaun, kata laluan, dan sebagainya. Dan ada juga pengguna laptop yang tak tahu untuk setup laptop buat kali pertama.

Sekiranya anda tidak pernah lagi configure laptop baru, jadi artikel ini sesuai untuk anda, kami akan jarkan kepada anda tips guna laptop baru agar laptop anda sentiasa dalam keadaan yang baik, tanpa sebarang masalah.

5 TIPS GUNA LAPTOP BARU

TIPS 1: KEMAS KINI WINDOWS

Tips guna laptop baru yang pertama adakah kita perlu mengemas kini agar kita mendapat kepuasan terhadap prestasi laptop.

  1. Taip updates pada kotak carian.
  2. Tekan pada Check for updates.
  3. Windows akan mencari kemas kini yang boleh didapati dan akan terus memuat turun. Kemudian, ia akan memasang secara automatik. Kita boleh teruskan dengan tips seterusnya.

TIPS 2: MELARASKAN DISPLAY SCALING

Tips guna laptop baru yang kedua pula adalah melaraskan paparan skrin laptop anda. Laptop-laptop pada masa kini didatangkan dengan resolusi yang tinggi seperti 1920×1080 (1080p) dimana paparannya terang dan berwarna warni. Ia juga boleh menyebabkan ikon dan teks kelihatan agak kecil. Display scaling adalah alat yang kita boleh gunakan untuk membesarkan saiz-saiz ikon dan juga teks.

  1. Right-click pada desktop dan pilih Display Settings.
  2. Gerakkan slider dibawah Change the size of text, apps, and other items ke kiri atau ke kanan. Ke kiri, ia mengurangkan saiz objek menjadikan ia kecil, manakala ke kanan pula membesarkan semuanya.
  3. Boot semula laptop anda atau anda hanya boleh log keluar dan log masuk semula.

Pengguna berusia muda kebiasaannya tidak perlu untuk mengubah tetapan ini kerana penglihatan mereka lebih jelas berbanding mereka yang sudah berusia.

TIPS 3: TUNJUKKAN JENIS FAIL DAN FAIL-FAIL TERSEMBUNYI

Tips guna laptop baru yang ketiga adalah mengeluarkan jenis fail dan juga fail-fail yang tersembunyi.

Pada asalnya, Windows 10 menyembunyikan jenis fail (sebagai contoh, *.exe, *.jpg dan sebagainya) dan menyembunyikan fail-fail sistem. Tetapi, ia adalah penting kerana dengan dapat melihat jenis fail, kita boleh mengenali dan tahu fail jenis apa yang kita sedang lihat pada skrin.

  1. Buka File Explorer. Anda boleh mengakses ia dengan menekan fail kuning pada taskbar.
  2. Tekan tab View pada bahagian atas.
  3. Tandakan pada File name extensions dan juga Hidden items. Anda perlu menekan tab View lagi sekali untuk menyelesaikan proses.

TIPS 4: DOWNLOAD PELAYAR WEB PILIHAN

Tips guna laptop baru yang keempat adalah download dan install browser yang baru.

Microsoft Edge merupakan pengganti Microsoft Internet Explorer yang didatangkan pada Windows 10. Dan sememangnya bagi saya sudah mencukup.

Tetapi jika anda lebih selesa menggunakan pelayar web lain seperti Chrome atau Firefox, sudah pasti anda akan menukar pelayar web.

  1. Memuat turun pelayar web yang disukai.
  2. Tekan Start button dan tekan pada ikon berbentuk gear untuk pergi ke Settings.
  3. Tekan pada System.
  4. Tekan pada Default apps pada belah kiri skrin.
  5. Klik pada ikon Web browser dan tukarkan ia kepada pelayar web pilihan.

TIPS 5: BUANG APLIKASI-APLIKASI BLOATWARE

Tips guna laptop baru yang terakhir sekali adalah buang aplikasi bloatware pada laptop baru anda.

Bloatware merupakan aplikasi-aplikasi yang didatangkan pada laptop. Ia disertakan pada laptop oleh syarikat-syarikat yang mengeluarkan laptop.

Di antara jenis-jenis bloatware adalah Candy Crush, dan juga Anti-Virus percubaan yang hanya boleh digunakan selama 30 hari.

  1. Pergi ke Settings melalui butang Start.
  2. Tekan pada System.
  3. Tekan pada Apps & features pada menu sebelah kiri.
  4. Pilih aplikasi yang anda mahu buang.
  5. Tekan butang Uninstall dan tekan lagi sekali pada Uninstall untuk membuang fail-fail yang berkaitan dengan aplikasi tersebut.

Di antara beberapa perkara yang anda boleh lakukan juga adalah personalized laptop dengan menukar gambar latar belakang dan juga tema pada laptop anda.

 

Saya berharap agar artikel tips guna laptop baru ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengekalkan keadaan laptop baru anda.

Share dengan rakan-rakan anda kalau anda rasa artikel ini bermanfaat.